Friday, November 19, 2010

Aidiladha vs Aidilfitri

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Wallilahilhamd!

Salam kesyukuran Aidiladha...


Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban, Hari Raya Haji..
Ungkapan yang sama, namun terkadang raya yang satu ini seperti di anak tirikan?
Bukan apa, sekadar mengingatkan pada diri sendiri. Tidak! Tidak sepatutnya merasakan begitu. Sesungguhnya, Aidil Adha merupakan hari kebesaran buat umat Islam!

Ya. Wajib bagi kita memperingati sirah Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah dengan sabar dan tanpa ragu-ragu, menyembelih anaknya, Nabi Ismail yang kemudiannya diganti dengan seekor kibas. Dan ketika bulan ini juga digalakkan bagi yang berkemampuan menunaikan haji di Baitullah..

Tapi kenapa ya? Seringkali seperti merasakan Aidil adha bukan untuk disambut meriah. Bukan untuk dirai dengan hiruk pikuk kota mempromosi Jualan Murah seperti Aidilfitri. Bak kata ustaz Hasrizal, cuti pun sekadar sehari. Khamis dan Jumaat anak-anak kembali ke sekolah. Bagaimana bisa anak-anak yang belajar dan bekerja di selatan @ utara, mahu pulang ke kampung halaman yang perjalanan ke kampung sudah memakan masa 4 hingga 6 jam..(tm-bp= lbh kurag 4jam, if x berhenti lama kat R&R..)

Jika dilihat Takbir hari raya eidul Adha juga, lebih lama hingga sampai ke hari Tasyrik. Syahdu takbir yang bergema, merasakan betapa kerdilnya diri ini sebagai Hambanya di bumiNya. Oh~ takbir ini benar-benar menggamit kebesaran Allah sebagai pencipta. SubhanaAllah!

Takbir Hari Raya

Perlu ditegaskan bahawa hari raya dalam bulan Zulhijjah bukan hanya pada 10 haribulan sahaja, bahkan ia berlanjutan dari hari ke-11, 12 dan ke-13 yang juga lebih dikenali sebagai hari-hari Tasyrik. Umat Islam juga diharamkan daripada berpuasa pada hari-hari Tasyrik tersebut. Alangkah baiknya jika setiap jemaah Haji dan juga umat Islam seluruhnya dapat menghayati kesan-kesan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadat Haji tersebut yang bukan hanya setakat kesan fizikal dari segi ibadah sahaja, malahan ibadah Haji mendidik betapa peri pentingnya pengorbanan untuk mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. 


Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan kepada takwa dari kamu.( al hajj: 37)
(Sumber: http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2008/12/06/falsafah-hari-raya-aidiladha/)

Sungguh sedih dan terkilan andai hari kebesaran ini, tidak disemai dengan rasa keimanan pada yang Esa, dan dibiarkan berlalu begitu sahaja..

Ya Allah, yang Maha memaafkan, ampunkan kami andai rasa hati ini, bukan yang sepatutnya dirasa. Astaghfirullah +_+

Nukilan Ustaz Hasrizal dalam blognya:  ( http://saifulislam.com/?p=7151#more-7151 )



Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.
Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.
KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.
Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan. (Sumber: Saifulislam.com)


Penulis: Berhajat membuat korban bersama adik beradik dan keluarga, jika ada rezeki lebih selepas posting. InsyaAllah:)
Tanjung Malim, Perak.

0 comments: