Tuesday, December 28, 2010

Andai aku bidadari syurga

Menelusuri bait-bait indah al-Waqiah & ar-Rahman, seakan membawaku bersama semilir angin. Melayang dan seakan terbang ke sana, syurga abadi. Syurga penuh kenikmatan. Syurga yang pasti, yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya yang patuh pada suruhan & larangan serta berbakti kepadaNYA. Oh~ tidak bisa untuk  mendiskripsi bagaimana indah nikmatnya syurga abadi itu kerana segala-segalanya tertulis di dalam al-Furqan. Tidak terdaya oleh batas manusia memikirkan betapa bagaimana luar biasa syurga itu..
 
 "dan air yg mengalir terus-menerus & buah-buahan yg banyak, yg tidak berhenti berbuah & tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk" (al-Waqiah, 56:31)  



Dan tertulis akan kenikmatan syurgawi ialah kecantikan & keindahan bidadari-bidadari yang sempurna kejadian dan akhlaknya. Mereka adalah makhluk Allah yang diciptakan khas untuk menjadi pasangan hamba-hamba yang bijak mengawal nafsu selama di dunia. Iaitu hambanya yang menjaga tubuhnya daripada maksiat kerana mengharapkan redha Allah s.w.t.

Mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau batas imaginasi manusia. Kecantikan, kejernihan, kelembutan dan wangian tubuh mereka mengatasi wanita manapun di dunia ini. SubhanAllah!

Allah menyebut mereka dengan panggilan Hur al-Ain, iaitu wanita berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yg sangat hitam bak mata rusa yg cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, seakan-akan mereka permata yakut & marjan.. (ar-Rahman, 55:58)

Tidak cukup dengan itu, kecantikan dan keindahan luar biasa ini turut dimahkotakan dengan hati yg penuh cinta lagi sebaya umurnya. (al-Waqiah, 56:37)



MasyaAllah. Begitu sekali gambaran Allah akan keindahan dan kenikmatan syurga & bidadari yang menanti. Sungguh beruntung bagi mereka yang tergolong dalam golongan kanan ini.


Mas Kahwin


Imam al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah bercerita tentang bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah. Suatu malam, beliau bermimpi melihat seorang wanita yang sangat cantik, tidak menyerupai dengan manusia pun. Beliau bertanya kepadanya, "Siapa engkau?" Ia menjawab " Aku bidadari, hamba Allah." Beliau berkata lagi, " Menikahlah dengan ku." Wanita itu menjawab "Pinanglah aku daripada Tuhanku dan berikanlah mas kahwinnya". Beliau bertanya lagi, "Apa mas kahwinya?" Bidadari itu menjawab, "Panjang bertahajud" 

SubhanAllah. Membayangkan keindahan dan kecantikan bidadari-bidadari ini membuat setiap cabaran dalam ibadah terasa ringan. Keyakinan terhadap bidadari syurgawi membuat seseorang menundukkan pandangan nya daripada aurat wanita di dunia.


Tersenyum tatkala perihal bidadari syurga bermain di benak. Andai diri ini bidadari syurga..ah~Namun ketahuilah wanita-wanita mukminat itu lebih cantik daripada bidadari syurga! Iaitu wanita yang membasuh mukanya dengan air wuduk, melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah. Demi hati yang penuh cinta kepadaNYA. Dan ketahuilah, kamu akan dikembalikan Allah menjadi perawan-perawan meskipun kamu ialah seorang nenek tua dan lemah!




Sumber: Diolah dari Majalah Solusi isu no. 24, oleh penulis asal Umar M. Noor




Penulis: Suka akan alunan bait-bait al-Waqiah & ar-Rahman seolah menusuk bauan syurgawi!


"Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (diulang berulang kali dalam al-Rahman)

Wallahua'lam.



BP, Johor

2 comments:

Anonymous said...

mujahadah!

Anonymous said...

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepadamu cubaan seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)