Thursday, August 27, 2015

Kebiasaan Yang Berharga

"Orang yang paling cerdik ialah orang yang mempersiapkan diri menghadapi kematian"




Allahuakbar! Betapa kerdilnya diri ini. Terasa hinanya diri. Hanya hamba yang terpalit dosa-dosa. Selalu aku tegaskan pada diri, perbaharui hidup, perbaharui niat! Namun terkadang, tersasar juga. Terjatuh juga. Dan sekali lagi seolah aku bangun semula, dan bangkit semula, lagi, lagi dan lagi. Astaghfirullah. Namun, Kau Tuhanku tetap sahaja mencurahkan nikmat-nikmat tanpa putus. Kau tetap sahaja melapangkan lautan keampunan buat sekalian hambaMu yang memohon taubat di atas mihrab cinta. Subhanallah! Terima kasih Allah untuk nikmat yang tidak pernah berhenti. Hanya hambaMu ini sahaja yang terkadang lalai dan alpa dibuai nikmat hingga lupa untuk bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan... 



Ingin ku nukilkan di sini, usai memperoleh halwa telinga daripada Ustazah Norhafizah Musa. Empat perkara yang kita biasa lakukan dan tanpa sedar pada empat waktu inilah waktu rutin yang sebenarnya perlu dititik beratkan agar dikurniakan kekuatan pada keesokkan harinya.


***********




i) Ketika ingin masuk tidur. 
Setengah jam sebelum tidur adalah masa berharga yang perlu diuruskan! Kerana tidur adalah mati kecil. Kerana itulah perlunya persiapan agar jika waktu itu, Allah ambil nyawa, maka pada ketika itu kita dalam keadaan suci dan bersih. Ustazah mencadangkan agar sebelum tidur, ambillah wuduk dan bersolat sunat witir (penutup) 3 rakaat 2 salam. Adalah menjadi suatu yang amat baik sekiranya dapat diamalkan surah al-mulk dan al waqiah sebelum melelapkan mata. Membaca surah 3 kul dan mengusap pada keseluruhan anggota tubuh juga merupakan amalan Sunnah yang diamalkan Nabi Muhammad (saw).






ii) Ketika bangun tidur 
Apa yang kita lakukan saat terbangun dari tidur?? Dalam keadaan separa sedar dan mata yang terkebil-kebil, apa yang bermain dalam fikiran kita? Maka amat beruntung bagi mereka yang bangun sahaja dari tidur dan mencelikkan mata lalu lidahnya mengucapkan alhamdulillah diteruskan dengan doa bangun dari tidur. Subhanallah. Suatu nikmat yang cukup besar tatkala kita bangun dari tidur dan kalimat Allah terus sahaja menjadi saksi bermulanya hari baru. Menurut ustazah lagi, adalah amat beruntung juga yang dapat bangun sebelum subuh, lalu mengerjakan solat sunat walau hanya 2 rakaat dan beristighfar pada Rabb memohon kekuatan agar dipermudahkan hari yang bakal dilalui serta mengharap rahmat dan berkah dari Tuhan.

                                          http://3.bp.blogspot.com/-WJgvqP3byQI/TsMoWE7dTbI/AAAAAAAABRQ/tWwOQvyVGNY/s1600/DoaBangunTidur.jpg

    Ustazah menambah lagi, sekiranya terjaga pada tengah malam, moga-moga kita diberi kekuatan untuk bangun walaupun sekadar bersolat sunat tahajud 2 rakaat. Ustazah memberikan tips iaitu sepotong doa yang sunnah dibacakan saat terjaga daripada tidur dan insyaAllah diberikan kekuatan dan kesegaran untuk berusaha melakukan solat malam.
 
      





iii) Saat ditimpa kesusahan
Ustazah berkata saat ditimpa kesusahan, ikhtiar pertama ialah dengan ingat pada Allah! Usahakan dan belajar untuk menangis di hadapan Allah. Mohon taubat atas segala kekhilafan diri, atas dosa-dosa yang dilakukan. InsyaAllah! Allah itu Maha Mendengar. Dia tidak akan pernah mensia-siakan doa hamba-hambanya yang mengikhlaskan diri bermunajat di hadapanNya dengan sungguh-sungguh! Percaya dan yakin. Allah akan mudahkan.







iv) Ketika ingin menunaikan solat.
Ketika seorang hamba menunaikan solat, itulah cerminan keaslian diri kita yang sebenar. Pada ketika itu, seluruh jasad dan roh bersatu memberi tumpuan sepenuhnya menghadap Sang Pencipta yang Agung. Allahuakbar. Refleksi solat yang dilakukan saban waktu. Sungguh banyak perkara harus diperbaharui. Diperbaiki. Ustazah menggambarkan susuk tubuh Nabi Muhammad (saw) saat baginda ingin solat, seolah-olah baginda tidak mengenal orang-orang di sekeliling kerana pada saat itu hati, jiwa dan fikiran sedang bersedia menghadap penuh khusyuk pada Allah Azza Wajalla. 



Alhamdulillah. Tuhanku, Allah.
Masih memberi kurnia hati yang masih hidup.

Tandanya? Kau bisa menangis! Kau bisa rasa bersalah pada dosa.
Alhamdulillah. Jangan sia-siakan nikmat  ini.

Terus usaha perbaiki sisi diri. Taubat jangan putus.
Taubat usah dipermain.
Tekad.
Azam.
Moga kita dalam rahmat & kasih sayang Tuhan.


Terima kasih Tuhan.




Diolah dari perkongsian ilmu, Ustazah Norhafizah Musa
Segmen Usrati, Ikim FM

Saturday, August 1, 2015

Sandarkan padaNya

Bismillahirahmannirahim.

" Kak dah nak kahwin ke ? "
Soalan yang banyak masuk dalam inbox. Sebelum itu, ANDAI kisah ini diviralkan, semoga ramai anak muda yang terbuka mata hatinya. Biiznillah.
Saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik secara keseluruhan. Saya adalah kakak, saya juga abang, kadang saya juga ibu, kadang juga ayah. Siapa anak sulung mungkin tahu maksud di sebalik ayat ini. Saya anak harapan ayah. Sehingga ayah sanggup berkorban apa saja semata-mata mahu saya belajar lebih tinggi. Dan setiap kali saya dihantar ke lapangan terbang, ayah mesti pesan benda yang sama.
" Cari ilmu. Bukan cari jodoh. "
Dan saya jawab,
" Jodoh datang sendiri ayah. Walaupun kakak tak cari. "

Kemudian sengih. Lepastu sambung lagi,
" Mati pun datang sendiri ayah. Walaupun kakak lari. "
Then lambai tangan say goodbye hehe. Ohya, ayah saya seorang guru disiplin yang sangat strict. Jika katanya A, maka A lah. Jika B, maka B lah. Bayangkan saja andai kami sekeluarga nak keluar shopping, kalau ayah kata jalan pukul 2 petang, maka 2 petang kena jalan. Lambat tinggal. Can you imagine that ? Ayah sangat sangat sangat pantang dengan couple-couple ni. Maka jangan terkejut andai saya kata ayah pernah hempaskan telefon bimbit di saat saya berusia 17 tahun. Dan andai ayah tidak setegas itu, mungkin saya tidak menjadi seperti hari ini. Mak pulak sifatnya lemah lembut penyayang, tetapi entah mungkin terpengaruh dengan ketegasan ayah sampailah mak akan mesej saya tiap malam ketika berada di asrama dulu. Mesejnya begini,
" Belajar bersungguh-sungguh. Mak ayah susah cari duit. Cari ilmu bukan cari jodoh. "
Dan asbab mesej itu, inilah saya hari ini. Asbab pesanan ayah, inilah saya hari ini. Ketegasan mak ayah semakin mengalir pada darah daging saya sehingga hari ini adik-adik saya tak punya akaun facebook. Lain orang lain cara, ini cara saya.
Hatta hari ini saya telah pun menuntut di Universiti, mak ayah tetap pesan benda yang sama sejak saya form 1.
"Cari ilmu bukan cari jodoh."

Ditakdirkan, mengenali seseorang ketika muamalah tahun lepas. Tiba-tiba dia menyatakan hasrat. Saya tak hairan pun sebab berlambak lelaki macam tu, nyatakan hasrat bagai, then tiap kali saya sebut 3 syarat. Semua lelaki terus hilang. Tapi kali ini 'luar biasa'. Saya sebut syaratnya.
1. Tidak boleh lihat wajah saya, ingin melihatnya depan mak ayah.
2. Tidak boleh mesej/call. Sebarang urusan guna orang tengah.
3. Tidak boleh jumpa dan keluar bersama.
Setuju katanya.
Syarat 2 dan 3 dia laksanakan.
Insya Allah 14 ogos akan tunaikan pula hasrat 1 membawa mama dan babanya.

Kampung saya dekat sabah kot. Perlu beli tiket flight, perlu merentasi lautan, perlu melalui ini itu, dalam hati terfikir. Dia ni biar betul ? Tak risau ke muka aku macam alien ke ? Zombi kampung pisang ke ? Hantu kak limah ke ?
Kemudian mamanya telefon.
Macam mana ?

Zaap !
Deep.

Sebab saya tak bagitau pun lagi parents tentang ini. Bermonolog sendiri, matilah kalau aku cakap kat ayah. Habislah. . 


Tapi entah setelah istikharah, doa demi doa. Diberi kekuatan yang luar biasa. Minta Allah lembutkan hati mak ayah dalam sujud. Duk ulang-ulang doa, andai baik dekatkanlah. Andai buruk buatku jauhkanlah.
Tiba masanya terus terang dengan mak ayah, solat sunat kemudian doa, tangan sejuk, kaki sejuk, semua sejuk. Jantung hanya Allah yang tahu. After explain, saya lihat reaksi wajah mak ayah tenang seolah-olah saya gunakan kuasa 'magic' ilmu hitam sampai Mereka cakap lembut, dan kata datanglah. . . Maha suci Allah, inilah pertama kali rasa 'like dream'. Padahal, Sebelum explain tu just selawat ke atas baginda lagi dan lagi. 

Dicintai ? Siapa yang taknak ? Tapi cintailah dulu yang paling banyak memberikan kita cinta.
Nak dapat orang baik, kita tak perlu susah payah pun awak. Cukup kembali ke jalan Allah. Kita akan dapat kejutan demi kejutan. Awak tak akan kenal diri awak selagi awak tak kenal Tuhan awak.

 
Oh lupa, jadikanlah mak ayah sebagai sahabat yang paling kita rapat. Jangan sembunyikan apa-apa dari mereka. Jika ada percanggahan pendapat, dengar bila mereka bercakap dan bercakap lembut saat giliran kita bercakap. Hormat mereka. Redha Allah senang je nak dapat andai mak ayah redha pada kita.
Kadang hairan dengan anak-anak perempuan yang asyik fikir tulang rusuk, tapi bangun paginya pukul 10,11. Sarapannya ibu yang sediakan, bilik tidak terurus, pinggan kotor bertimbunan, peti ais berkulat, 24 jam menghadap hp hp hp. Macam mana nak jadi bini baik ? Itu belum sentuh bab jaga solat, jaga aurat bagai. Reti mengaji ke tak. Nak jadi madrasah terbaik bukan ?
Berubahlah.
It's never too late to start something great. Just believe in yourself. Even if you don't, pretend that you do and at some point, you will. 



Love is not about how much you say i love you. But how much you can prove that it's true. The right person who come at the right time, in the right way. With Allah's plan.
Untuk lelaki di luar sana, cabar diri awak semua. Kalau dah berkenan usahakan untuk halalkan. Paling penting jangan ajak perempuan itu keluar berduaan. Tolonglah. Tolong malu pada Allah dan Rasulullah.
Last, Alang-alang asyik tanya kak nak kahwin ke ? Sebagai denda doakan urusan seterusnya dipermudahkan.
Insya Allah Hu Ta'ala.

Lots of love, - Kak Hassanah

http://greatinspire.com/wp-content/uploads/2012/06/Happy-Valentines-Red-Rose-Tracy-Hall.jpg

p/s: Suatu perkongsian