Sunday, November 14, 2010

Sesekali diuji

Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah!
Tidak henti-henti aku mengucapkan rasa syukurku!
SubhanaAllah. Mungkin inilah titik tolak ku di jalan ini. Titik tolak dalam mencari nilai hidup sebenar di muka bumi Allah ini. Syukur teramatku pada yang Esa atas kekuatan yang dikurniakan. Alhamdullilah!

" Shida, awak kena ambil kakak tu, kat ktm, pastu sambut adik-adik tu ea. Datang awal. Buat preparation yang mana patut, utk makan pagi mungkin biskut, air panas dah cukup, utk makan tgh hari, awak pandai-pandailah pilih tempat, yang mana murah dan ok. Moga Allah permudahkan segala urusan awak esok"

" Tapi kak.., lalu lintas, saya masih belum mahir kak. Memang saya boleh bawa kereta, tapi, bab lalu lintas, mata saya x peka lagi kak, gelabah, ...bla..bla..bla...bla"

Aku menelan air liur. Kenapa harus aku keseorangan. Tidak berteman langsung! Tika itu, terasa air mata jatuh menitik. Entah kenapa! Perlu ke aku menitiskan air yang mahal ini?

" Shida esok awak x keseorangan, awak bersama para malaikat. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersamamu!"

Terkadang aku ketawa sendirian. Mengenang kembali pada ketika tugasan ini diserahkan. Terasa amat berat, payah seperti x mampu dipikul. Namun Allah maha kuasa atas segala sesuatu. Dia yang menganugerahkan kaki ini untuk melangkah, tangan ini untuk bergerak memusing stereng, memutarkan gear, menggolek roda kereta. Ah! Sungguh, aku amat merasai pertolongan Allah saat itu. SubhanaAllah! :)

Kehadiran seorang ukhti memang suatu yang diharapkan. Namun, sebenarnya, ukhti tersebut hadir ke program utk mendengar pengisian, namun, terus x dapat mendengar kerana sibuk membantu mengurus perihal makanan dan keperluan adik-adik. Masya Allah! Jazakillah ukhti. Daku berdoa moga ukhti dikurnia hidayah Allah agar juga sama-sama berada di jalan ini ^^. Asif jiddan juga diminta, kerana ukhti x dapat dgr pengisian yang best dari presenter semata-mata kerana bersama saya! +_+

Aku berbisik. Ya. ini permulaan jalanku. Allah tidak mengurniakan sesuatu ujian ke atas hambanya itu sekadar sia-sia. Tidak. Ada sesuatu di sebaliknya,  buat hamba-hambanya ligat berfikir dan merenung, kejadiannya di bumi Allah ini.

Terima kasih Allah atas ujian ini. Terima kasih!


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan meneguhkan kedudukanmu" ( Muhammad : 7)

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.  Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu engkau berharap" (Al Insyirah: 5-8)

Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak memberikan kelapangan setelah kesempitan. ( At Talaq: 7)

P/S: Perlu berusaha lebih untuk ujian di atas kertas selepas ini. Tetaplah bekerja keras setelah selesai suatu tugasan! (refer to the Insyirah phrase)


NICE : Sesekali diuji



Penulis,
Tanjung Malim.

0 comments: