Sunday, March 13, 2011

Manisnya bersusah payah

“ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah” (Al balad, 90: 4)

Syed qutb menterjemah susah payah dari al balad: 4, dengan erti yang lebih mendalam. Dengan huraian yang padat dan terperinci. Sungguh Tafsir Fi Zillal Quran begitu menyentuh jiwa bagi sesiapa yang merasakan perlunya memahami dan menghayati isi kandungan al Quran dengan lebih mendalam. Ya, al Quran ini, kitab ini, buku ini, ibarat HARTA KARUN. Isi nya begitu bernilai. Namun, ungkapan ini hanya dapat dirasakan oleh empunya diri. Bagaimana Allah mencampakkan rasa & kefahaman masing-masing kepada individu tersebut..Rasa bernilainya ‘buku’ ini.

                Syed Qutb bercerita bahawa sesungguhnya kesusahan manusia itu adalah sedari sebelum alam rahim. SubhanaAllah. Tidak terfikir dibenak ini. Sedari bagaimana kesusahan sel sperma dan ovum bercantum untuk menjadi zygote. Seterusnya, bagaimana zygote ini bersusah payah menempel di dinding rahim dengan perlunya kondisi dan persekitaran yang sesuai serta makanan untuk terus hidup menjadi blastula dan seterusnya sel tersebut membahagi dengan izin Allah menjadi embryo. Bahawa tiada yang mudah. Suatu kejadian itu perlu melalui satu proses demi proses dan fasa demi fasa untuk menuju suatu matlamat. Ia bukan sekelip mata! Itulah kesusahan yang cuba di sampaikan Syed Qutb dalam menghuraikan ayat ke 4 dalam surah al balad ini.

                Tidak cukup dgn itu, lahirnya fetus ke dunia. Lahirnya dengan perjuangan mulia seorang ibu mendesak fetus keluar yang almaklum sudah pun bersusah payah sedari 9 bulan sebelumnya.   (Moga Allah merahmatimu ibu..) Kesusahannya tidak terhenti sampai di situ. Kesusahannya dalam meniti usia bayi kepada perlunya kondisi2 yang sesuai pada peringkat usia yang masih kecil dari makan minum, penjagaan dan kasih sayang yang lebih dari ibu dan ayah. SubhanaAllah...Mencapai usia memperoleh sepasang kaki..ku lihat, kanak2 ini begitu gigih dan sabarnya berjalan jatuh dan bangun. Bangun semula. Jatuh lagi. Namun bangun semula. Ah! Itu sudah cukup menampakkan kesusahan si kecil yang amat payah mahu bertatih berjalan, mahu bertebaran di muka bumi Allah ini! Si kecil ini seolah-olah faham bahawa tidak ada yang senang di bumi Allah ini. Tidak ada..  Bak kata orang2 tua, nak makan pun perlunya tangan dan tenaga untuk menyuap ke mulut. SubhanaAllah..:)

                Ya. Suatu refleksi buat diri. Bahawa kepada yang telah memilih jalan ini, maka memang Allah mengatakan ia tidak mudah.

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?” (al-ankabut, 29:2)

Betapa manisnya suatu perjuangan yang penuh liku dan susahnya, namun di akhirnya dikurnia ganjaran besar yang tidak lain dan tidak bukan syurga Allah serta pertemuan denganNYA.  Cuba bayangkan jika suatu matlamat atau perkara yang dihajati dapat diperoleh dengan begitu mudahnya dan lancarnya, tanpa perlu melalui jalan2 yang getir dan pahit? Sememangnya perasaaan mendapatkan apa yang dihajati jauh berbeza dengan mereka yang dengan penuh kecekalan dan tabah melalui lorong2 tajam demi mengharapkan apa yang dihajati. Ah~ betapa manisnya susah payah itu. So sweet..:)

                Syed Qutb benar2 mentelaah dan mentafsir perincian Kalamullah ini dengan hati dan jiwanya. Bukan sekadar mentafsir malah menjiwai bagaimana kata-kata Allah ini berdialog dengan dirinya. Subhanallah. Moga memperoleh manfaat dari entry ini. InsyaAllah. 


P/s: Jika ada fakta yang salah dalam entry ini. Sila perbetulkan ye. Jazakillah:)

0 comments: