Tuesday, October 7, 2008

ALHAMDULILLAH..^_^

Sudah lama sebenarnya hasrat utk menulis blog terpendam dalam jiwa ini.. namun pada tika ini, Allah mengizinkan ku berkongsi apa yang aku rasa, apa yg aku temui dan aku dapat...insya Allah..
Pertamanya, ku panjatkan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas nikmat ISLAM dan IMAN yang aku miliki hari ini..Atas nikmat rezeki yang melimpah ruah, yang tidak pernah putus-putus DIA kurniakan pada diriku juga pd keluargaku..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH
Syawal yang menjelma ini sememangnya mengajar aku erti syukur,,..aku bertuah punya keluarga yang cukup memahami, mengambil berat, dan menjaga kebajikan seluruh ahli keluarga..ALHAMDULILLAH sekali lagi..
Bila aku fikirkan kembali, sememangnya ALLAH telah menetapkan rezeki hamba-hambaNYA,, seperti yang tertulis di dalam al Quran,, hatta anak di dalam rahim ibu, yang belum ditiupkan roh pun, telah Allah tetapkan rezeki baginya..SubhanaALLAH..
dan,,, Ramadhan yang lalu, aku telah mengikuti ayah & bonda ke suatu kampung utk memberi sedikit rezeki yang kami peroleh kepada mereka..Sungguh terharu melihat keadaan rumah mereka...dinding hanya kain-kain yang ternyata akan basah pabila hujan, sudahlah lantai hanya kayu2, dan punya anak kecil yang masih tidur dibuaian,,.. tiada elektrik, tiada bekalan air paip..namun, anak-anak mereka langsung tidak menunjukkan reaksi kesedihan mahupun tekanan..mereka sudah terbiasa hidup seperti itu,,mereka terima apa yg ada..namun, jauh di sudut hati, aku pasti keinginan utk hidup selesa pastinya x pernah luput dalam hati mereka,.. hati kecil ku berdoa, "sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki bagi hamba-hambanya.., dan sungguh Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mahu mengubahnya"
..tidak usah risau.. sememangnya Allah, tidak ada tuhan selain DIA.. yg terus menerus mengurus makhlukNya,,BagiNYA tidak ada sesuatau pun yang tersembunyi di bumi dan di langit..-ali Imran- 1 & 3-
Setulusnya, aku punya tugas berat yang harus dilaksanakan..tugas yg harus diteruskan..tugas yg telah diamanahkan kpd ku..
sehingga ketemu lagi pada masa akan dtg,, insya Allah..
to be continue..


7 Oktober 2009

0 comments: