Friday, October 31, 2008

Sekawan Camar yang berterbangan...

Tak pernah terlintas sebenarnya memikirkan tentang itu,, maha suci Allah yang telah menciptakan segala makhluk di muka bumi ini dengan pelbagai fungsi dan kelebihan,,
sebelum ana menyambung lebih lanjut ttg entry sebelum ini, biarlah ana berkongsi sedikit info  yang ana dapat dr seorang akhowat baru-baru ini.. Sesekali lihatlah ke dada langit..., ada sesuatu yang menakjubkan..  terlihat sekumpulan burung yang berterbangan.., sedarkah kita bahawa terdapat sekumpulan burung-burung terbang di angkasa dengan bentuk V..? (kebiasaannya burung yang bermigrasi akan terbang dalam kelompok masing2)

Burung-burung itu... terbang di dalam satu kumpulan,, dgn seekor burung mengetuai di hadapan kump itu,.. yang paling hadapan merupakan pemimpin  bertindak sebagai pembuka jalan di mana ia harus bekerja keras "memecah" hambatan udara sehingga teman-teman di belakangnya dapat bergerak lebih mudah. Ketika pemimpin ini lelah, temannya segera menggantikan posisinya..
Begitu juga halnya, sekiranya salah seorang burung dibelakang yang terkandas, cepat-cepat 2 ekor burung di belakang membantu dengan membuat formasi V bersama rakan yang terkandas itu,,
SubhanAllah...! betapa haiwan ini begitu memahami, walau tidak dianugerahkan hati dan perasaan, burung ini cukup memahami tugas dan peranan masing-masing.. hatiku begitu tersentuh tat kala memikirkan fenomena kekuasaaan Allah ini.. sudahlah burung-burung ini bermigrasi dari satu negara ke negara yang lain yang jauh beribu-ribu batu, tak kira sejuk, panas, angin kencang.., mereka perlu beradaptasi dengan setiap perubahan cuaca, di tempat2 persinggahan mereka,, selain berhadapan dengan musuh, mereka memerlukan mkann utk memastikan tenaga tetap ada utk terbang di angkasa.... pastinya burung-burung ini punya semangat kental menghadapi segala cabaran di hadapan mereka!! subhanaAllah..
[gallery]
Teman2ku, di dalam al Quran,  Allah menyeru manusia supaya melihat dan berfikir tentang kejadian burung-burung yang berterbangan dilangit.. burung2 ini terbang bebas di langit, sesekali menebarkan sayapnya, sesekali menutupnya, lalu ia seolah-olah terapung-apung di udara.. Ia tidak jatuh di bawah sebagaimana objek2 lain yang pantas direntap graviti bumi lalu jatuh ke bawah.. lain halnya dengan makhluk Allah yang satu ini.. ia seolah-olah tidak terikat dengan hukum graviti malah dapat menembusi tarikan graviti  ini..subhanAllah..^_^
(67: 19) Patutkah mereka menutup mata dan tidak
memerhatikan burung-burung yang terbang di atas mereka,
burung-burung itu mengembang dan menutupkan
sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh)
melainkan Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia
Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Sememangnya, fenomena ini menunjukkan kemurahan dan kekuasaan Allah yang telah mempermudahkan angkasa biru ini  untuk kemudahan burung-burung berterbangan..
Kesemua ini apabila direnung dan difikirkan akan menampakkan kekuasaan Allah yang mutlak, segala sesuatu berada di bawah pentabiran dan kehendak-Nya. Dia melakukan apa yang Dia mahu. Dengan kehendaknya, manusia tidak rebah dan terhoyong-hayang lantaran pusingan bumi yang amat pantas, dan dengan kehendak-Nya jua burung-burung yang berterbangan di angkasa tidak jatuh ke bawah lantaran graviti bumi yang merentap benda yang di atas jatuh ke bawah..
Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah)
Al-Razi mengatakan: Tubuh burung yang berat dan besar itu tidak mungkin dapat bertahan di angkasa melainkan dengan Allah menahannya dan memeliharanya. Cara penjagaannya itu ialah dengan diilhamkan kepada burung-burung tersebut bagaimana hendak menebar dan menutupkan sayap yang memungkinkan mereka terbang dan terapung-apung di udara.
Kesemua ini adalah limpahan kasih sayang dan rahmat Allah jua..
Di harap kepada teman-teman yang membaca, dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar dan manfaat dari bahan yang ana kongsi ini..dengan melihat penciptaan burung ini, semoga dapat meningkatkan lagi keyakinan kepada kekuasaan Allah..InsyaAllah..^_^


31/10/08

0 comments: