Tuesday, December 28, 2010

Andai aku bidadari syurga

Menelusuri bait-bait indah al-Waqiah & ar-Rahman, seakan membawaku bersama semilir angin. Melayang dan seakan terbang ke sana, syurga abadi. Syurga penuh kenikmatan. Syurga yang pasti, yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya yang patuh pada suruhan & larangan serta berbakti kepadaNYA. Oh~ tidak bisa untuk  mendiskripsi bagaimana indah nikmatnya syurga abadi itu kerana segala-segalanya tertulis di dalam al-Furqan. Tidak terdaya oleh batas manusia memikirkan betapa bagaimana luar biasa syurga itu..
 
 "dan air yg mengalir terus-menerus & buah-buahan yg banyak, yg tidak berhenti berbuah & tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk" (al-Waqiah, 56:31)  



Dan tertulis akan kenikmatan syurgawi ialah kecantikan & keindahan bidadari-bidadari yang sempurna kejadian dan akhlaknya. Mereka adalah makhluk Allah yang diciptakan khas untuk menjadi pasangan hamba-hamba yang bijak mengawal nafsu selama di dunia. Iaitu hambanya yang menjaga tubuhnya daripada maksiat kerana mengharapkan redha Allah s.w.t.

Mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau batas imaginasi manusia. Kecantikan, kejernihan, kelembutan dan wangian tubuh mereka mengatasi wanita manapun di dunia ini. SubhanAllah!

Allah menyebut mereka dengan panggilan Hur al-Ain, iaitu wanita berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yg sangat hitam bak mata rusa yg cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, seakan-akan mereka permata yakut & marjan.. (ar-Rahman, 55:58)

Tidak cukup dengan itu, kecantikan dan keindahan luar biasa ini turut dimahkotakan dengan hati yg penuh cinta lagi sebaya umurnya. (al-Waqiah, 56:37)



MasyaAllah. Begitu sekali gambaran Allah akan keindahan dan kenikmatan syurga & bidadari yang menanti. Sungguh beruntung bagi mereka yang tergolong dalam golongan kanan ini.


Mas Kahwin


Imam al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah bercerita tentang bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah. Suatu malam, beliau bermimpi melihat seorang wanita yang sangat cantik, tidak menyerupai dengan manusia pun. Beliau bertanya kepadanya, "Siapa engkau?" Ia menjawab " Aku bidadari, hamba Allah." Beliau berkata lagi, " Menikahlah dengan ku." Wanita itu menjawab "Pinanglah aku daripada Tuhanku dan berikanlah mas kahwinnya". Beliau bertanya lagi, "Apa mas kahwinya?" Bidadari itu menjawab, "Panjang bertahajud" 

SubhanAllah. Membayangkan keindahan dan kecantikan bidadari-bidadari ini membuat setiap cabaran dalam ibadah terasa ringan. Keyakinan terhadap bidadari syurgawi membuat seseorang menundukkan pandangan nya daripada aurat wanita di dunia.


Tersenyum tatkala perihal bidadari syurga bermain di benak. Andai diri ini bidadari syurga..ah~Namun ketahuilah wanita-wanita mukminat itu lebih cantik daripada bidadari syurga! Iaitu wanita yang membasuh mukanya dengan air wuduk, melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah. Demi hati yang penuh cinta kepadaNYA. Dan ketahuilah, kamu akan dikembalikan Allah menjadi perawan-perawan meskipun kamu ialah seorang nenek tua dan lemah!




Sumber: Diolah dari Majalah Solusi isu no. 24, oleh penulis asal Umar M. Noor




Penulis: Suka akan alunan bait-bait al-Waqiah & ar-Rahman seolah menusuk bauan syurgawi!


"Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (diulang berulang kali dalam al-Rahman)

Wallahua'lam.



BP, Johor

Monday, December 13, 2010

1000 pengharapan

Tika ini, diri ini berada di teratak selesa, menunaikan hak pada keluarga tercinta. Menggapai seribu pengharapan agar kerehatan ini memberi sejuta manfaat dalam mencapai tarbiyah diri (dzartiyah), melakukan penghijrahan tidak sekelip masa, namun tidak mengapa derap demi derap langkah yang dipilih. Sedar pada naluri dan fikiran, pada ketika ini jihad perlu lebih sedikit. Tidak lagi sibuk dengan assignment yg berlambakan sewaktu semester akhir yg lalu, final projek yg terkadang melelahkan, ditambah dengan tuntutan syarat memperoleh sarjana muda-thesis yg mungkin memberi pengalaman baru kepada penyelidik muda seperti ku walau terkadang mengeluh. Oh~ usah mengeluh wahai pemudi! Itulah tuntutan mengasah alat untuk mencapai matlamat! Aku tersenyum.. syukur yg tidak terhingga.. Pada Azzawajalla, yang memberi kudrat dalam melalui jalan ini. Pengalaman dalam mengejar usaha menggerakkan dakwah di bumi kampus, dalam pada menggapai kecemerlangan akademik sering membuatku menjadi lebih matang dari sebelumnya. Alhamdullilah, Allah, The Best Planner.


Sering saja mencari solusi, mengasah diri dalam mencungkil bakat diri. Dalam pada kejauhan dengan para murabbi dan minda yang tidak putus pada mutarabbi. Adakah noda dalam diri menjadi penghijab untukku menyentuh mereka. Atau diri ini masih bertatih, jatuh dan terkadang bangun semula dan jatuh semula, dan berjalan dengan perlahan kembali sebelum mampu berjalan laju dan bermarathon! +_+

Kerana sedar, bahawa Allah pemegang pada hati-hati ini. Dan kau perlu mencari tali lasso menerkam (kejamkah?) membawa memasuki kandang ibadah ini. 

Sekadar perkongsian, seusai melayari blog seorang akhi. Tertarik dan terus mengcopy paste! Moga memberi manfaat dalam membangkit hamasah diri di jalan ini selagi masih bergelar mahasiswa! (Detik-detik terakhir ku bergelar mahasiswa)..

Kehidupan seorang muslim yang ideal (Huraian realistik tentang 10 muassafat tarbiyyah)



  1. Bangun di awal2 pagi dan solat qiam tanda syukur kita pada Yang Esa,
  2. Mandi ,
  3. Solat Subuh berjemaah di surau dan jangan lupa untuk memberikan senyuman dan salam pada para jemaah lain,
  4. Berzikir atau membaca Al-Quran dalam 15 hingga 30 minit,
  5. Sarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat sambil membaca atau menonton berita dari sumber-sumber yang adil.
  6. Pergi awal ke kerja/kelas
  7. Tunaikan solat dhuha
  8. Buat kerja sebaik mungkin / Belajar bersungguh2
  9. Cuba sedaya upaya memberikan pertolongan terbaik kepada rakan2 yang memerlukan
  10. Sentiasa berikan senyuman dan salam kepada rakan sekerja/sekolej/sekelas
  11. Memberikan sedekah kepada fakir miskin atau insan-insan yang memerlukan
  12. Riadhah di petang hari sebagai langkah untuk menunaikan haq kepada tubuh badan kita
  13. membaca Al-Quran selepas solat Maghrib
  14. Hadiri sesi ceramah/usrah/membaca selepas solat Isya'
  15. Solat sunat dua rakaat sebelum tidur

Tidak pasti ada perkaitan atau tidak entry ini dengan listing realiti kehidupan muslim yg dishare!. Apa yang pasti tertarik dengan entry ini dan terus mahu meletakkan dalam blog sendiri..whoa. Namun, masih menyatakan penulis asalnye yer. Jazakallah;)

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

P/s: berkobar dalam mengejar Misi: Rumahku Syurgaku. Still in progress..huhhuh.
Kerjasama pihak teratak amat diharapkan ^_+

Penulis,
BP, Johor