Cinta adalah rezeki. Seperti kata Nabi SAW tentang isteriya Khadijah:
Aku telah direzekikan cintanya"
(Riwayat Muslim)
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalas kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana sini, tidak berjumpa, sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila ada insan mencintai kita, itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. Seseorang yang beristeri atau bersuami, belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' atau 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri atau suami atau anak yang cinta dan kasih kepada kita, maka bersyukurlah atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalas kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana sini, tidak berjumpa, sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi Muhammad Saw bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah, lalu Nabi Muhammad Saw menyatakan, "beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya,
Aku mencintaimu kerana Allah"
Lelaki itu menjawab,
Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku kerana Nya"
(Riwayat Abu Daud)
Sumber: Page FB Dr MAZA (Dr Muhammad Asri Zainul Abidin)
Subhanallah! Sungguh, cinta adalah suatu anugerah dari Allah, pemilik Cinta. Dan Cinta Teragung pastilah Cinta dari Allah. Bagaimana agaknya bila diri kita dicintai oleh Allah Azzawajalla? Allahu Akbar. Subhanallah.. Allah, Tuhanku, Pemilik segala khazanah langit dan bumi. Layakkah diri ini menerima cinta dari Sang Pemilik Cinta?
Hadith Rasulullah Saw:
Rasulullah Saw bersabda, Sesungguhnya, Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata, " Wahai Jibril aku mencintai hambaku itu, maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya. Lalu Jibril mengisytiharkan kepada seluruh penduduk langit dan berkata:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu HurairahWahai Penduduk langit, sesugguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah kalian semua kepada dia, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini"
Subhnallah! Moga setiap langkah yang diambil adalah langkah yang menjadikan kita semakin intim dengan Allah. Bukan menjauhiNya. Dan semoga nama kita juga dapat diisytiharkan di langit sana. Inshaa Allah.
Cinta Allah
Cinta Allah
Ia adalah kehidupan
Siapa yang menghilangkannya
Maka ia termasuk orang yang mati
Cinta Allah adalah Cahaya
Siapa yang kehilangan sinarnya
Maka dia berada dalam kegelapan samudera
Cinta Allah adalah kenikmatan luar biasa
Siapa yang tidak memperolehinya
Maka seluruh kehidupannya
Adalah kegelisahan dan derita
Cinta Allah adalah ruhnya iman
Cinta Allah adalah ruhnya amal
Cinta Allah adalah ruhnya perilaku
Ketika kita terlepas dari cintaNya
Maka seperti jasad kita tanpa jiwa dan nyawa
Sumber: Diolah dari Rancangan Al hidayah 2013. Ustazah Norhafizah Musa