Bismilllah
Kalaulah ada mesin atau apa sahaja alat yang dapat menterjemah apa yang bermain di fikiran dan otak manusia kepada patah-patah perkataan, tentu sahaja sudah beribu-ribu patah telah diterjemah. Terkadang, sukar untuk kita keluarkan kepada perkataan pada setiap apa yang kita rasa, pada setiap emosi dan psikologi manusia.
Kerana sesungguhnya, hanya DIA, Allah yang maha mengetahui, setiap isi hati seorang manusia. Every single thing. He knows. Dan sebagai hambaNya, kita perlu untuk cuba sedaya upaya meletakkan Allah pada setiap detik, tika dan masa kerana Dia lah pencipta rasa itu. Dan kepada Dia sebaik-baik tempat luahan rasa dan pengaduan. He is always there to listen you. =)
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada"
(Surah Faathir : 38)
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada"
(Surah al Maidah : 7)
Dan lebih-lebih lagi, bagi seorang manusia yang bergelar perempuan dan wanita, emosi adalah satu kuasa besar. Emosi lah yang menyebabkan wanita itu penuh kasih dan sayang. Kerana emosi jugalah wanita itu terluka dan melukakan. Kerana emosi wanita juga, menyebabkan lelaki sukar untuk memahami. Dan emosi jugalah yang membahagiakan wanita.
Kerana wanita adalah makhluk perasaan.
Benar. Terkadang dalam membuat keputusan emosi sentiasa mempengaruhi. Kerana itu, amat perlu kebergantungan penuh pada yang Esa. Agar pilihan itu adalah yang terbaik bukan mengikut rasa dan emosi.
Teringat pada pesan salah seorang pakar motivasi tanah air, yang berpesan agar kita melazimi diri dengan solat istikharah pada setiap malam. Kerana kita membuat keputusan pada setiap masa. Pada setiap hari. Tanpa kita tahu pengakhiran kepada keputusan yang kita ambil. Tapi Allah tahu. Dan itu kerana itu, kita memohon petunjuk dan jalan dari yang Maha Mengetahui, agar setiap keputusan adalah terbaik di sisiNya.
Ayuh. Saling mendoakan ya?
.