Saturday, May 28, 2011

Memahami erti sebuah Taubat

Tarbiyah ini hadir bukan hanya sekelip mata. Tarbiyah ini hadir bukan sepantas kilat, bukan juga laju mendasari diri persis butir-butir jernih yang mengalir terus... Tidak, tidak sama sekali.. Bahkan tarbiyah ini hadir, lalu bertumbuh sedikit demi sedikit, membenih lalu bertunas. Dan, terkadang goyah dek hamparan-hamparan kasar terik mentari mahupun angin kencang di luar sana... Namun, itulah mehnah dan cabaran yang harus ditempuh agar bisa akar itu menunjang mencakar langit, dan terus megah berdiri memberi dan mengugurkan buah-buah ranum, buat penghuni dunia....

"Tidakkah kamu memerhatikan, bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya..."  (Ibrahim : 24-25)


Aku tersentap oleh suatu sapaan minda yang seringkali menghantui, menyapa dan terkadang bersahutan dalam samar cahaya itu. Yang terkadang membuat diri ini gundah seolah membedil potensi diri, melemah iman dan meminima segala keyakinan.

Dan itulah, dosa-dosa lampau, segala maksiat yang menghantui, karat-karat jahiliyah yang terkadang melambai-lambai, menggoda dan mengilai meratapi. Astaghfirullah! Persetan kan semua itu! Ah, kau punya iman bukan? Di mana iman kau? Di mana akal kau? Di mana fikrah yang kau genggam selama ini? di mana? !!

Dan kalimat astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, dilafaz dan dilantunkan dalam nada suara keras dan akhirnya lembut...mengharap perlindungan dari yang Maha Esa agar terus dipayungi rasa takut akan azabNya, terus digenggam dalam tarbiyah, terus dibaluti dengan lembaran keinsafan... tanpa mahu memberi seinci ruang buat syaitan durjana menguasai jiwa, lalu membiarkan diri terhempap dalam kancah kemaksiatan! Dengan segenap taubat dan keampunan dipanjatkan buat Mu Tuhan, Allah Tuhanku... Sungguh, segala kemaksiatan dan dosa yang dilakukan telah menghantui benak dan fikiran. Yang membenam obsesi diri. Apakah tiada pengakhiran? Dan aku tahu.. Ayuh! inilah jalannya....

*********************************************************************************

http://muharikah.wordpress.com


Itulah dia memaknai makna sebuah taubat.

Kerana potensi besar seseorang mampu terhalang hanya kerana maksiat dan dosa yang ia lakukan kepada Allah. Semua orang mempunyai cita-cita dan obsesi. Begitu juga setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi seorang manusia yang hebat.

AKU maksudkan SEMUA orang. |Semua orang mempunyai kelebihan dan potensi teramat besar. Termasuk diri kamu.

Namun, ramai orang juga terhambat dari menonjolkan potensi dirinya serta mengoptimakan potensi itu kerana semangat yang lemah, kerana kelalaian dan kerana meremehkan diri sendiri. Semuanya itu adalah kerana maksiat dan dosa yang ia lakukan. Perasaan berdosa ini seringkali meruak perasan putus asa yang akhirnya menjadikan diri kita amat lemah.

Rasulullah pernah bersabda: ‘ Sesungguhnya seorang hamba itu terhalang rezekinya kerana dosa yang ia lakukan ( HR Ahmad).

Dosa dan kesalahan seseorang itu mempunyai dimensi pengaruh yang amat besar dan mendalam  yang dapat menghalang kebaikan itu datang kepada seseorang.

Kerana itu kita makin memahami bahawa dalam kita amat perlu dekat dengan Allah taala, dan ini tersimpul pada kalimat taubat, istighfar dan komitmen dengan perintah Allah.


Kerana itu jugalah, kita harus meluruskan dan memantapkan kefahaman kita akan erti sebuah taubat. Kerana kita betul-betul yakin bahawa taubat dan dekatnya kita dengan Allah itu adalah jalan mendapatkan kemenangan dan kesuksesan serta kemajuan seorang.

Ya, tentu kau terasa teramat turun (down) dengan keputusan peperiksaanmu, mahukan turun (down) setelah menempuh perjalanan peperiksaan yang tidak menentu hala tujumu selepas itu.

Namun, tiada jalan lain, melainkan dengan taubat, kerana Allah telah janjikan kemenangan , hanya bagi orang-orang yang bertaubat.

 Di situlah sinar harapanmu kembali.



Tetapi taubat adalah amalan orang-orang yang salih untuk menggapai kemenangan dalam kehidupan mereka.  Ia merupakan kunci sukses dalam semua aspek kehidupan kita. Bermula dari perancangan, hinggalah perlaksanaan, sehinggalah kepada natijahnya.

Dengan taubat inilah akan bermula lembaran baru dalam kehidupan dalam seseorang itu dan orang-orang di sekitarnya. Ia dapat memperbarui janjinya, semangatnya, dapat mengatasi segala masalahnya.

 Yakinlah, SEMUA masalah boleh diselesaikan dengan taubat dan kembali keapda Allah. Itulah tempat perlindungan, itulah jawapan kepada setiap permasalahan.

Syurga itu janjiNYA....

"Dan bertaubatlah kepada Allah wahai orang-orang beriman, agar kamu mendapat kemenangan" ( An-Nur: 31)

* rujukan artikel:  Muharikah

 

Wallahua'lam

Sunday, May 15, 2011

Salam dari guru kepada guru...

Perjuangan ini belum selesai
Perjuangan ini tiada titik noktah
Perjuangan ini perlu diteruskan...

Cikgu...
Baru kini ku tahu betapa besar nilai ungkapan ini..
Cikgu..
Baru ku tahu betapa berat akan beban yang tergalas...
Cikgu..
Betapa kini ku sedar akan kasih dan sayang untuk mereka..

Cikgu..
Baru kini ku tahu harapan setinggi gunung buat mereka...
serta selembar doa yang tidak pernah putus...
buat mereka...
Agar berjaya..
dunia dan akhirat..


Cikgu...
Ucapan terima kasih dan doa buat insan-insan yang telah mendidik diri ini...
Betapa Allah telah menciptakan manusia-manusia yang istimewa jiwanya...
Istimewa hati, rohani dan jasadi...
dengan lembut sabar..menyampaikan dan memberikan ilmu..
Jazakillahu khairan..


Buat kalian..
Maafkan andai diri ini tidak sempurna..
Menyampaikan dan mendidik sedaya yang mampu..
Terkadang penuh sabar.. meniti hari-hari  saban waktu..
Berdoa dan terus berdoa...
Kerana itulah senjata mukmin yang terhunus tajam...
Buat kalian agar terus digenggam iman dan usaha..
Demi masa depan yang lebih baik...
InsyaAllah...

Salam sayang...


Selamat Hari Guru 
 "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"






 
"Dan Dialah yang telah menidurkanmu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia bangunkanmu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yg telah ditetapkan. Kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan" 
[Surah al-an'am:60]