Tuesday, February 16, 2010

Sukarnya untuk berubah..

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah  ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah..
Sukarnya untuk berubah.. berubah menuju hasanah..memang sukar untuk berubah daripada yang sudah terbiasa kepada yang bakal dibiasakan. Ya, yang sudah terbiasa itu, tidak semestinya yang sesuai untuk terus dipraktikkan dalam kehidupan seharian, dijadikan amalan, malah terkadang perlukan anjakan, perlukan penambahbaikan, mungkin juga harus dihentikan dan digantikan dengan amal perbuatan yang lebih baik. Lebih baik di sisiNYA..Walaupun terkadang ianya amat sukar! +_+
Sesungguhnya, aku amat kecewa pada diri sendiri! Kecewa kerana langusng tiada perubahan yang dapat dilakukan. Mungkin ada, itupun amat sedikit! Kecewa kerana gagal memperbaiki diri..Dalam hati memang tidak akan mahu berpatah balik, memang tidak mahu U-turn, tapi apa sudah jadi? Itu hanya angan-angan kosong! Angan-angan mat jenin! Malu kau pada diri sendiri,lebih malu pada DIA ..
Duhai.., memang, memang terkadang perlu untuk kau rasa kecewa pada diri sendiri, menyesali perbuatan lalu..namun sampai bila? sampai bila mahu meratapi semua itu, tanpa ada usaha mengembalikan kekuatan..sampai bila kau mahu berdiam diri..sampai bila kau harus ulangi kesilapan ini.. carilah kekuatan agar istilah NO TURNING BACK itu dapat direalisasikan!
Keadaan sekeliling memang menyesakkan..menyesakkan diri dengan keseronokan yang tidak kehabisan..Keseronokan yang melekakan..keduniaan ini terkadang membuatkan kau jauh.. jauh dari landasan yang sebenar..keduniaan yang mungkin mampu memusnahkan masa depan kau! masyaAllah..Hanya iman menjadi pelampung penyelamat untuk sampai ke daratan..
Aku mencari kekuatan..mencari disiplin diri..KepadaNYA aku berserah.. memang terkadang malu untuk menadah tangan meminta, memohon padaNYA. Atas segala kejahilan diri, malah DIA gantikan dengan nikmat.. SubhanaALLAH
Perubahan ini perlukan pengorbanan sayang..Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh mulia ! Semulia pengorbanan Siti Khadijah kepada suami tercinta, menginfakkan hartanya ke jalan Allah. Menyerahkan tenaga, jiwa dan raga ke arah dakwah Rasullulah..Sungguh mulia mereka, manusia luar biasa..
Insafi diri
Penulis,
Batu Pahat, Johor
4.17pm