Thursday, July 16, 2009

Muhasabah seorang Daie

1.  Rasa Berkorban
-sentiasa merasakan setiap apa yang dilakukan adalah mujahadah. Tugas  dan tanggungjawab ini kerana Allah
2. Seorang daie kerjanya melebihi masa..
3. Daie,  xde masa utk lemah semangat!
4. Gilap logam Diri
5. ALLAH melihat USAHA bukan hasil!
6. Mengatasi segala keuzuran, penting bg seorang Daie
7. Dalam perjuangan, tiada istilah gagal
8. Melakukan yang terbaik utk tugas dakwah!
9. Check mutaba'ah amal
10. Sentiasa memperbaharui niat!
11. Bersangka baik sesama manusia & sentiasa menyatukan tali sillaturrahim
12. IsTiqamaH!
muhasabah diri..
untuk ingatan bersama ^_^
insyaAllah.
penulis,
3.24 am

Wednesday, July 1, 2009

Kematian yang tidak bertarikh

Alhamdullilah.. syukur pad mu Ya Rabb
Selawat dan salam buat rasul junjungan, keluarga dan para sahabat baginda
Untuk entry kali ini aku sebenarnya agak tertarik dgn berita kematian MJ (micheal Jackson) yang meninggal dunia secara mengejut.  a bit stunned actually.,huhuu
dan kini, di mana2 org menyebut mengenai kesahihan MJ dalam keimanannya kepada ISLAM. I'm a bit curious as well.,. bagaimana agaknya majlis pengebumiannya, dan jika benarlah MJ atau nama Islam nya MIkael telah memeluk Islam dengan rasmi, bagaimana reaksi peminat2 nya, dan kita sememangnya mengharapkan berita gembira mengenai kebenaran keislaman MJ. Sudah tentu keislaman nya membawa pengaruh besar kepada seluruh dunia yang mungkin membawa ke arah positif.

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu kebenarannya. Michael sendiri tidak pernah menyatakan secara rasmi dan terbuka mengenai keimanannya kepada agama tauhid Allah ini.
Sesungguhnya kematian itu tidak bertarikh. Oleh hal yang demikian, berlumba2 lah kita mencari kebaikan untuk bekalan di SANA nanti.
فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ
“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” al-Maidah :48
Di sini, terdapat artikel yang menarik yang dapat dikongsi bersama berkaitan MJ dan hakikat kematian kita yang tidak bertarikh.
semoga mendapat manfaat bersama. insyaAllah ^_^
.................................................................................................................................
Sana sini orang masih menceritakan khabar kematian Michael Jackson yang matinya secara mengejut. Namun pemerhatian masyarakat di kita tidaklah terfokus sangat pada sebab kematiannya walaupun masih belum terungkai dengan sepenuhnya. Menariknya kematian selebriti ini responnya berlainan berbanding kematian penyanyi dunia yang lain. Apa yang menjadi titik persoalan sebahagian masyarakat kita yang bukan semua peminat fanatiknya adalah status keislamannya. Status agamanya inilah yang telah membawa kepada perbincangan dan perdebatan agama di internet secara meluas. Info ini jugalah yang menjadi tarikan magnet pada minda saya untuk mengikuti juga sedikit sebanyak perkembangan lanjut mengenai kematiannya.
Michael atau nama Islamnya Mikhail, diberitakan telah memeluk Islam pada 21 November 2008. Adalah tidak mustahil seorang yang bergelumang dengan segala kesesatan dan kemasyhuran batil yang akhir hayatnya berada dalam cahaya kebenaran. Begitulah juga sebaliknya kerana inilah hakikat keimanan yang kuasa penentunya disisi Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa.
Walaupun disahkan oleh media terutma The Sun dan pengakuan saudara kandungnya sendiri, namun sayangnya setakat ini saya belum menemui pengakuan secara terang-terangan oleh Michael sendiri. Inilah yang menjadi persoalan atas keislamannya meskipun rata-rata Muslim mengharapnya sebegitu. Persoalan ini masih tidak terungkai apabila keluarganya pula memutuskan untuk merahsiakan lokasi perkuburannya dan cara ia disemadikan.
Keimanan kepada Allah s.w.t adalah hakikat yang sangat penting bagi kehidupan seorang manusia berbanding dengan cara dan sebab kematiannya. Hakikat inilah yang membezakan status seorang manusia dan nilai kehidupannya itu sendiri. Jikalau muslim dengan sepenuh kepercayaan mengesakan Allah s.w.t maka setiap inci hidupnya selepas pengakuannya itu akan dinilai, manakala sebelumnya akan terlebur. Namun sekiranya tidak, maka setiap langkah kehidupannya adalah sia-sia dan amalnya seperti debu-debu yang berterbangan.Firman Allah Taala:
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” Furqan :23
Michael adalah antara jutaan manusia yang matinya tidak disangka-sangka baik mereka yang disekelilingnya atau mungkin beliau sendiri. Tinggal lagi kematiannya mendapat laporan terhangat kerana beliau seorang penyanyi dunia yang terkenal. Kematian yang meninggalkan segala kemasyhuran dan kekayaan yang dikecapinya selama ini. Perpindahan dari rumah yang besar tersergam ke lubang kubur yang bersegi empat kecil. Andainya beliau benar seorang Islam, maka ia sangat beruntung baginya. Satu pencarian hakiki yang telah ditemuinya di fasa-fasa terakhir kematiannya.
Alangkah bagusnya kalau beliau benar-benar mengakui keislamannya dan memperlihatkan dengan jelas cahaya itu berkesan dalam dirinya di akhir-akhir ambang kematiannya. Atau jua harapan kita mungkin ingin melihat perubahan Michael seperti berubahnya Cat Stevan kepada Yusof Islam. Mencanangkan kebenaran yang didokongnya dan menyatakan kebatilan yang di cari sebelum ini. Pasti ianya sangat memberi impak yang mendalam pada peminat fanatiknya sendiri. Namun ianya kehendak Allah s.w.t yang Maha Mengetahui apakah hikmah di sebaliknya. Jika ia sememangnya telah mentransformasi sebagai Mikail luar dan dalam, maka hanya Allah yang mengetahui kedudukannnya di akhirat dan Dialah yang berhak mengadilinya. Tiada siapa yang dapat menyelami akidah penyanyi unik ini melainkan Yang Maha Mengetahuinya.
Kematian Tidak Bertarikh
Kematiannya bukanlah mengingatkan sangat kita kepada stailnya berjalan ke belakang, gaya melekap tangan pada cermin atau tarian zombinya yang pernah menakutkan saya ketika kecil. Namun ternyata sekali lagi kematian Michael mengingatkan kita tentang hakikat kematian yang hadir tiada bertarikh. Kematian yang tidak dipercepatkan dan tidak pula ditangguhkan. Firman Allah Taala :
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ‌ۚ إِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ فَلَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
“Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya.”  Yunus :49
Benar kata Saidina Ali r.a, “Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba barulah dia terjaga dari tidurnya” Ada orang takut mengingati mati, apatah lagi untuk memikirkannya. Lagu Selimut Putih sendiri takut didengari dan baginya mengingati mati tiada motivasi dan melemahkan semangat diri. Kenapa ingin digembar gemburkan perit kematian sedangkan hakikat itu akan datang jua nanti akhirnya?
Memang benar, sangat beballah sekiranya ada yang benar-benar menganggap dirinya kekal dan kematian tidak menjemputnya. Mungkin satu wayarnya sudah tercabut atau tidak berfungsi untuk dia berfikir secara waras. Namun betapa ramai yang hidup seperti berfikiran sebegini tanpa mereka sedari perjanjian itu makin hampir.
Sumber : http://tintataghyir.wordpress.com
penulis,
11.57 pm