Wednesday, November 19, 2008

IMAn oh ImaN..?

Salamun'alaik...
salam pertemuan setelah berehat agak lama...alhamdullilah..selesai sudah imtihan.. smoga segala usaha dan tawakal kita pada yang Esa mendapat ganjaran olehNYA.. InsyaAllah.. sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..^_^
selesai imtihan (exam), ana rasa gembira..(yeke??).. gembira kerana berjaya mengharungi tempoh yang agak sulit..( debar jugak.. menanti result.. ^_+..huhu).. apa pun buat peringatan teman2 dan diri ana sendiri,,pabila kita dah buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik, serta telah bertawakal padanya.. serahkan ia pada yang Esa untuk menguruskannya.. sesungguhnya segala-galanya milik Allah..=)
" Allah mengetahui apa di hadapan mereka dan apa di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan"
( Al-Hajj: 22: 76)

Namun, pada masa yang sama ana seringkali terfikir dan merasa iman ini sedang turun dan naik..??
Tatkala  peperiksaan sedang rancak berjalan.. ketika itu pengharapan pada yang maha esa cukup tinggi.. ditambah dengan usaha yang berterusan...ketika itu kita cukup rajin berdoa siang dan malam... memohon pada yang maha esa agar dikurniakan kekuatan, ketenangan dan kejayaan untk peperiksaan yang bakal dihadapi nanti..
Iman oh iman... tatkala imtihan ini selesai melabuhkan tirai.. ana merasakan suatu penurunan iman..?? apa yg dapat ana katakan,, ana rasa ingin berseronok,, bersuka ria..tanpa sedar bahawa doa dan pengharapan pada yang Maha Esa perlu diteruskan..dan terlupa untuk seketika bahawa kita punya tanggungjawab dan tugasan yang perlu diteruskan..(~_~)astaghfirullah..

betullah ..kita ni manusia.. x lari dari melakukan kesilapan.. iman juga pastinya berlaku turun dan naik...namun, buat peringatan teman-teman dan diri ana sendiri.. sentiasalah recharge iman ini ye... kerana  dengan iman ini dapat melindungi kita dari pelbagai godaan dan hasutan yang hanya akan menambah titik hitam di hati ini..
insyaAllah..