Friday, September 17, 2010

Hurm...

Click to view my Personality Profile page


p/s: bersaing dgn diri sendiri^^

Thursday, September 16, 2010

Bersaing dengan diri sendiri~

Salam aidilfiri buat semua. Selawat & salam buat junjungan besar dan para sahabat serta keluarga baginda.

Kehangatan aidilfitri masih lagi terasa walau sudah seminggu syawal menjengah. Semestinya aidilfitri ini disambut sebulan seangkatan kita mengerjakan ibadah puasa selama sebulan. Tapi, adakah sambutan ramadhan & aidilfitri itu seimbang? Meng'claim' mahu beraya sebulan, walhal ibadah di bulan 1000 bulan itu, entah sedarjat dengan sambutan meriah aidilfitri ini atau tidak. Bukan mahu meng'kondem' tidak boleh beraya sakan dibulan kemenangan ini, sekadar muhasabah kembali seberapa banyak amal & anjakan yg berjaya dilakukan. Atau sekadar sama dan serupa seperti hari-hari sebelumnya. Tiada perubahan! Statement ini sebenarnya, menampar-nampar diri sendiri. Persoalan-persoalan agar diri bersaing dengan bayang-bayang sendiri, berlegar-legar di ruang fikiran. Adakah aidilfitri ini sama seperti aidilfitri yg lalu? Sekadar sambutan meriah, pakaian yg serba indah, berkunjung-kunjungan..., itu sahaja kah?



Agak 'kering' sebenarnya setelah lama tidak menyucikan hati, lalai seketika. Sedar diri ini perlu bangkit dari 'kerehatan' setelah melunaskan hak2 yg sepatutnya. Hanya Dia yg menjadi kekuatan untuk aku kembali berfikir & berfikir tentang kehidupan yg sementara ini. Sesungguhnya, nikmat yg dikurniakan Allah terlalu besar. Terlalu besar. Alhamdullilah.. 




Ya. Aku perlu bersaing dengan diri sendiri. Membaiki kelemahan diri. Bukan terus-terusan seperti sebelum-sebelumnya. Skopnya di sini bukan sekadar dalam ruang limgkup kerja, akademik, personal, kemahiran dan sebagainya, malah amalan seharian. Diri dan Azzawajalla. Itu prioriti yg diutamakan yang terkadang terpesong dari landasan sebenar. Istighfar. -_-

Bercakap mengenai potensi diri, semua individu punya potensi masing-masing. Potensi yang sama ada ditonjolkan dikhalayak @ tersembunyi dalam lingkup sendiri. Jika dilihat di sekelilingku, ramai saja yg petah berkata-kata, berani menyuarakan pendapat dikhalayak tanpa perlu masa yg panjang utk memikirkan ayat @ perkataan apakah yg perlu dilontarkan. Bercakap dengan jelas dan isi,  bukan cakap kosong sahaja. Ya, aku kagum dengan mereka. 




Berbalik kepada topik. Bagaimana sebenarnya yg dikatakan Bersaing dengan Diri sendiri? Di sini aku titipkan tips2 yg aku peroleh dari artikel majalah solusi yg sempat ku singkap.





  • Baiki kelemahan diri
  • Jangan buang masa
  • Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, seminar, kursus dlln
  • Selalu bertanya dengan org yg lebih tahu
  • Sentiasa Mujahadah dengan diri sendiri. Sasarannya, diri kita akan menang!
  • Berusaha melakukan yg terbaik dalam segala bidang & skop kerja.
  • Yakin diri dan yakin bantuan Tuhan
  • Tanggalkan sifat2 mazmumah dalan diri
  • Berani laksanakan langkah bijak yg dirancang
  • Jangan berhenti selagi belum berjaya!
 Sumber: Majalah Solusi

Bertepatan dengan firman Allah:

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,”
 ( Al Anfal 53)




















Salam Mujahadah & selamat bersaing dengan diri sendiri. Wallahualam

p/s: -asif. berlaku sedikit campuran bahasa.
      -perlu latih &praktik utk bertutur dengan jelas, dgn isi & berani..
       

Penulis,
4.17 am

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan yang melabuhkan tirai..

Salam alaik. Sudah lama benar tidak mengupdate blog ini. Lebih kurang 3 bulan juga! woha! Sungguh! Seolah-olah aku melalaikan tugasan dalam menyampaikan risalah ini. Astaghfirullah.. tidak, tidak sama sekali. Mungkin juga dek kesibukan kerja'sihir' & tuntutan nafsu yg pelbagai membuatkan aku terkadang tidak berkesempatan untuk merajinkan diri & meluangkan masa di sini.. Asif jiddan..

Malam ini, malam tatkala jari-jemari ku ini rancak menaip di papan keyboard ini, merupakan malam terakhir ramadhan ini. Terawih yg ku laksanakan tadi juga merupakan terawih ku yg terakhir! Bulan yg mana mengandungi malam 1000 bulan ini bakal melabuhkan tirainya..Apa perasaan kalian??  woha! -_- Muhasabah kembali.. Moga diberi kekuatan untuk menambah amal di waktu kecemasan ramadhan ini! Ramadhan ini masih berbaki!



Suatu refleksi buat diriku sebenarnya.. Di sepanjang bulan barakah ini, pelbagai perkara yg berlaku. Kesibukan assignment & projek di kampus jgn kiralah! Ditambah dgn lab/test/kuiz yg terkadang hanya mampu bertawakal dek kerana tidak membahagikan masa dengan bijak. Memang terkena batang hidung sendiri! Dan pada masa yg sama, orang ramai berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah di bulan yg ditingkatkan pahala dan ganjarannya di sisi Allah. Seboleh-boleh tidak mahu terlepas terawih sehari pon! Walau pon hakikatnya, terkadang boleh terlelap semasa solat dek kepenatan oleh kerja2 di kampus di siang harinya!

Baru-baru ini juga seorang akhawat telah kembali bertemu Ilahi. Berita yang menggetarkan jiwa tatkala pemergiannya di akhir2 Ramadhan ini. Sungguh, Ramadhan terakhir buatnya.. Suatu tarbiyah buat diriku, bahawa kematian itu tidak bertarikh. Kita tidak pasti bila masanya nyawa akan di tarik..Kembali kepadaNYA. Sebelum itu juga, ibunda seorang sahabatku yg juga rakan seangkatanku, juga telah kembali ke rahmatullah. Berita yg agak mengejutkan sebenarnya. Namun, redha dengan ketentuannya. Sememangnya, sungguh beruntung mereka. Orang-orang yg dipilih Allah walaupun pedih yang dirasakan.

Semoga ramadhan yg melabuhkan tirainya, mampu memberi seribu makna dalam diri. InsyaAllah

Syawal bakal menjelma. Moga ketemu lagi di Ramadhan akan datang. Andai dipanjangkan umur. InsyaAllah

Salam Aidilfitri..;)

Thursday, May 13, 2010

Cinta Dunia vs Cinta Akhirat

Cinta?? memang suatu yang tersangat lazim untuk diperkatakan..tersangat lazim! khasnya kepada muda mudi. orang2 muda.. kenapa? kenapa x ditujukan kepada makcik2, pakcik2, tuan2 dan puan2 di luar sana?? huhh.. bayi2 yang bersepah di luar sana, yang x tahu sape ntah mak bapak mereka, bayi2 yang ditinggalkan yang tinggal mayat..anak2 luar nikah yang bertebaran di muka bumi ni..! adakah semua itu kerana CINTA?? cinta sejati? cinta nan indah kononnya??!!..

Cinta..memang suatu anugerah yang Allah S.W.T kurniakan buat semua manusia.. cinta, kasih dan sayang ialah suatu perasaan halus yang meresapi dalam jiwa dan roh manusia. SubhanaAllah. aku sendiri sukar mentafsirkan bagaimana sebenarnya rasa cinta yang benar2 mendapat barakah darinya..Cinta yang mampu membuatkan diri ini terbuai, beralunn dek panahan rasa dan perasaan yang mendalam terhadap seseorang yang bernama manusia! Ya..! di usia sebegini, usia tatkala masing2 memburu pasangan, adalah menjadi suatu lumrah. merasakan keinginan untuk  memiliki cinta, merasai kehangatan cinta (huhhh...), mendapatkan cinta yang dapat melenyapkan rasa celaru di jiwa? apa benar? [ x berpengalaman..]
Namun, hakikatnya Allah mengurniakannya dengan seelok-elok kejadian agar manusia menyalurkan perasaan itu pada yang berhak. Entah bagaimana aku nak elaborate lagi..nak dijadikan cerita, sebenarnya baru saje usai membaca majalah solusi yang semacam menampar-nampar pipi sendiri! berkaitan Cinta Dunia VS Cinta Akhirat. Sungguh memang beruntung bagi manusia yang bermatlamat dan fokus ke arah cinta yang kekal abadi itu.. SubhanaAllah. Namun, sebagai hamba yang lemah, aku sendiri terkadang tersasar.. bermain dengan perasaan, memasagan angan-angan memliki cinta manusia yang sejati..uhh..Ya Allah, jauhkan ku dari perasaan hasad dan zina hati ya Allah..
Di sini aku titipkan bingkisan artikel tersebut:
Al-Imam Sufiyan al'Tsauri r.h.m berkata: "telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia, di mana pada masa itu, semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t ..." nauzubillah..!
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang menjadikan dunia harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya, serta mencerai beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya, kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya" (Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah yang bermaksud: "Sesiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat dan akan kami tambah keuntungan itu baginya.. Dan sesiapa yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada satu bahagian pun di akhirat"
( Al-Syura, 42: 20)
Ya, cinta yang dimaksudkan bukan sekadar cinta picisan adam dan hawa, malah cinta dunia melingkar ke dahan-dahan yang berpanjangan.. Juga peringatan buat diriku. Agar setiap langkah dan gerak-geri berlandaskan pada syariatNYa. Dalam usaha mencari cinta Hakiki, cinta Akhirat!
WallahuAlam
Penulis,
Batu Pahat, Johor
5.30 pm

Sunday, March 28, 2010

Bicara Qalbi : Saya Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
sumber: www.niqobgirl.blogspot.com



Penulis,
refleksi diri.. (-_-)

Tuesday, March 23, 2010

Jihad sehebat SALAHUDDIN?

Salamun'alaik
Seusai merenteti kisah Salahuddin al ayyubi. Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan tokoh ini. Namun, satu semangat kental dan padu timbul dengan tiba-tiba tatkala aku menyoroti satu persatu pengorbanan dan perjuangan beliau..
Memang benar, mereka yang dipilih Allah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini sememangnya seorang yang cukup mulia. Lihat sahaja Salahuddin sanggup tidak makan dari Jumaat hingga Isnin dan hanya minum beberapa teguk air sahaja sepanjang perang bermula,, itupun selepas dipujuk oleg Dr peribadinya! Salahuddin memberi alasan tidak mahu mengganggu perhatiannya terhadap perjuangannya yang belum selesai! MasyaAllah!
Sebaik sahaja Salahuddin menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap daripada pandangan matanya, dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah dia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya.  Subhanallah..
Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan dia meneruskan perjuangan Islam.
Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
di hati kecilku berkata, saat ini wujud lagi kah pemuda sebegini rupa?!
wujud lagikah singa-singa Allah melaungkan perjuangan? menegakkan syiar ISLAM dengan ilmu dan dan ketaqwaan tersemat kukuh di dada?
SubhanaAllah..hanya itu yang mampu ku lafazkan. Salahuddin berubah dengan drastik tatkala semangatnya berkobar-kobar meluaskan empayar.. keimanannya pada yang Esa semakin bertambah malah harta-harta habis diinfaqkan di jalanNYA.
Malah saat kematiannya, langsung tiada harta yang ditinggalkan, hatta kain kafan pun dihadiahkan pembesarnya kepada beliau untuk dikafankan..
Betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepada sahabatnya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada dalam hatiku. "Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai."
Mampukah jihad ku sehebat Salahuddin..?
Sama-sama berusaha ke arah itu! insyaAllah
dan, ingat! Yakin dengan pertolongan dariNYA...(^_^)
Iktibar bersama,
Penulis
sumber: iluvislam.com

Tuesday, February 16, 2010

Sukarnya untuk berubah..

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah  ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah..
Sukarnya untuk berubah.. berubah menuju hasanah..memang sukar untuk berubah daripada yang sudah terbiasa kepada yang bakal dibiasakan. Ya, yang sudah terbiasa itu, tidak semestinya yang sesuai untuk terus dipraktikkan dalam kehidupan seharian, dijadikan amalan, malah terkadang perlukan anjakan, perlukan penambahbaikan, mungkin juga harus dihentikan dan digantikan dengan amal perbuatan yang lebih baik. Lebih baik di sisiNYA..Walaupun terkadang ianya amat sukar! +_+
Sesungguhnya, aku amat kecewa pada diri sendiri! Kecewa kerana langusng tiada perubahan yang dapat dilakukan. Mungkin ada, itupun amat sedikit! Kecewa kerana gagal memperbaiki diri..Dalam hati memang tidak akan mahu berpatah balik, memang tidak mahu U-turn, tapi apa sudah jadi? Itu hanya angan-angan kosong! Angan-angan mat jenin! Malu kau pada diri sendiri,lebih malu pada DIA ..
Duhai.., memang, memang terkadang perlu untuk kau rasa kecewa pada diri sendiri, menyesali perbuatan lalu..namun sampai bila? sampai bila mahu meratapi semua itu, tanpa ada usaha mengembalikan kekuatan..sampai bila kau mahu berdiam diri..sampai bila kau harus ulangi kesilapan ini.. carilah kekuatan agar istilah NO TURNING BACK itu dapat direalisasikan!
Keadaan sekeliling memang menyesakkan..menyesakkan diri dengan keseronokan yang tidak kehabisan..Keseronokan yang melekakan..keduniaan ini terkadang membuatkan kau jauh.. jauh dari landasan yang sebenar..keduniaan yang mungkin mampu memusnahkan masa depan kau! masyaAllah..Hanya iman menjadi pelampung penyelamat untuk sampai ke daratan..
Aku mencari kekuatan..mencari disiplin diri..KepadaNYA aku berserah.. memang terkadang malu untuk menadah tangan meminta, memohon padaNYA. Atas segala kejahilan diri, malah DIA gantikan dengan nikmat.. SubhanaALLAH
Perubahan ini perlukan pengorbanan sayang..Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh mulia ! Semulia pengorbanan Siti Khadijah kepada suami tercinta, menginfakkan hartanya ke jalan Allah. Menyerahkan tenaga, jiwa dan raga ke arah dakwah Rasullulah..Sungguh mulia mereka, manusia luar biasa..
Insafi diri
Penulis,
Batu Pahat, Johor
4.17pm