Salamun'alaik
Seusai merenteti kisah Salahuddin al ayyubi. Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan tokoh ini. Namun, satu semangat kental dan padu timbul dengan tiba-tiba tatkala aku menyoroti satu persatu pengorbanan dan perjuangan beliau..
Memang benar, mereka yang dipilih Allah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini sememangnya seorang yang cukup mulia. Lihat sahaja Salahuddin sanggup tidak makan dari Jumaat hingga Isnin dan hanya minum beberapa teguk air sahaja sepanjang perang bermula,, itupun selepas dipujuk oleg Dr peribadinya! Salahuddin memberi alasan tidak mahu mengganggu perhatiannya terhadap perjuangannya yang belum selesai! MasyaAllah!
Sebaik sahaja Salahuddin menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap daripada pandangan matanya, dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah dia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya. Subhanallah..
Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan dia meneruskan perjuangan Islam.
Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
di hati kecilku berkata, saat ini wujud lagi kah pemuda sebegini rupa?!
wujud lagikah singa-singa Allah melaungkan perjuangan? menegakkan syiar ISLAM dengan ilmu dan dan ketaqwaan tersemat kukuh di dada?
SubhanaAllah..hanya itu yang mampu ku lafazkan. Salahuddin berubah dengan drastik tatkala semangatnya berkobar-kobar meluaskan empayar.. keimanannya pada yang Esa semakin bertambah malah harta-harta habis diinfaqkan di jalanNYA.
Malah saat kematiannya, langsung tiada harta yang ditinggalkan, hatta kain kafan pun dihadiahkan pembesarnya kepada beliau untuk dikafankan..
Betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepada sahabatnya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada dalam hatiku. "Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai."
Mampukah jihad ku sehebat Salahuddin..?
Sama-sama berusaha ke arah itu! insyaAllah
dan, ingat! Yakin dengan pertolongan dariNYA...(^_^)
Iktibar bersama,
Penulis
sumber: iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment