Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, December 6, 2015

Percaya dan yakin



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Mu Tuhan.


Subhanallah! Sungguh dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai cerita dan peristiwa yang cukup menggugah jiwa. Ia umpama sebuah lukisan abstrak pelbagai warna yang penuh kisah. Ada kisah air mata yang meluncur laju dan ada kisah yang membuatkan diri senyum sendiri hingga ke telinga dan terkadang tertawa sendiri!

Sungguh! Percaya dan yakinlah pada aturan Allah. Yakinlah bila mana hak Allah dijaga, maka Allah akan permudahkan segalanya. Sabar dan teruskan berbuat dan menyebarkan kebaikan.

Pada saat kau jatuh, hati kau hancur. 
Kau menangis. Berjurai-jurai air mata. Rasa pedih. Kecewa. Tak terungkap. Di atas mihrab cinta kau tadah tangan, mohon hidayah. Mohon petunjuk. Mohon dikuatkan semangat! Diberi kekuatan. Diberi iman dan taqwa untuk terus teguh di atas jalan cinta ini. Tersedu-sedan memohon keampunan pada Sang Pencipta. Tersekat-sekat suara merintih, membaitkan butir bicara pada Sang Khaliq. Subhanallah, bukankah keperitan ini suatu nikmat? 



Terkadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu, Allah akan biarkan hatinya hancur berkali-kali, sampai dia rasa tiada lagi harapan di dunia ini, dan itu akan membuatnya punya harapan hanya untuk Allah sahaja" - Syeikh Abdul Qadir Jailani



Selalu percaya dan yakinlah, bila kesedihan datang, hakikat kesedihan itu penuh nikmat. Percayalah wahai saudara ku, Allah telah susunkan sesuatu yang terbaik untukmu. Hakikat kesedihan dan kepedihan itu sebenarnya membuatkan diri kita hampir pada DIA.





Pada ketika aku tahu, bahawa kegembiraan membuatkan manusia sering terlupa kepadaMu. Pada ketika aku sedar, bahawa kesedihan sering membuat manusia begitu akrab merayu dari-Mu. Pada ketika itu, kekusutan berlalu. Diam-diam, aku berterima kasih padaMu. Tuhan" -Bonda Nor


Subhanallah. Aku cukup terkesan bila Allah izinkan aku dipertemu dengan seorang wanita berusia 55 tahun.  Seorang calon SPM persendirian yang mengambil SPM untuk menyambung pengajiannya dalam bidang pengajian Islam. Meskipun umurnya sudah lebih setengah abad dan lebih kurang sebaya pun dengan ibu-ibu kita, namun semangatnya cukup kental! Cuba sahaja bayangkan, kali terakhir beliau mengambil peperiksaan LCE pada tahun 1976 dan pada tahun 2015 mengambil peperiksaan SPM. Subhanallah. Allahuakbar. Makcik Juriah Janaky binti Abdullah. Moga Allah merahmatimu. Moga Allah izinkan untuk makcik terus menuntut ilmu dan berjaya mencapai impian. InsyaAllah. Kami doakan! 



 



Sungguh aturan pertemuan ini, benar-benar menjentik hatiku. Bahawa ilmu amat penting. Ilmu itu suatu yang amat berharga yang tiada jangka hayat. Ilmu itu kuasa. Yes. Knowledge is power. Ilmu itu cahaya. Sesiapa yang mencintai ilmu, dan berusaha mempelajarinya, mengamalkan dan menyampaikan kepada yang lain, sesungguhnya ganjarannya hanya Allah jua yang mengetahui. Ilmu yang bermanfaat (amal jariah) dapat menemani kita hingga ke liang lahad. Subhanallah!



Tak pasti sekiranya cerita pertemuan dengan makcik ini terkeluar dari tajuk entry ini. Namun, apa yang aku ingin highlight kan di sini, ialah bila kita percaya dan yakin pada Allah. Jaga Hak Allah. Fikir yang baik-baik. Bersangka baik pada DIA. Allah akan pertemukan kita dengan orang yang baik-baik dan tempat yang baik-baik. InsyaAllah. Namun, andainya sebaliknya, ia adalah ujian untuk kita berfikir dan memuhasabah diri untuk terus memperbaiki sisi diri. 





Pesanan ini. Buat diriku jua. 
Moga Allah redha.
Moga Allah berkati.
Kerana tujuan dan impian kita sama.
Menuju redha Tuhan.
Syurga yang kekal abadi. 


InsyaAllah


Thursday, December 25, 2014

Aku memilih lupa



Dalam diam
Hatiku terguris
Gurisannya cukup dalam


Dalam diam
Jiwaku menangis
Tangisannya membenih dendam


Namun, berdendam bukan sifatku
Pendendam bukan aku


Lalu, untuk ku seka air mata
Untuk ku lentur bahagia
Aku memilih lupa


Biar aku lupa
Seperti tiada apa-apa
Tiada yang ku lihat
Tiada yang ku dengar
Tiada kesan mata menangis
Tiada parut hati terguris


Dan aku mahu datang kepadamu
Dengan senyumanku
Seperti tiada luka
Kerana ketika itu
Aku sudah lupa..


Nukilan,
Bonda Nor

http://www.barrowhamradio.org/images/spring.jpg


https://pbs.twimg.com/profile_images/2125961772/jre.jpg

Monday, November 3, 2014

Perjalanan Cinta


Perjalanan adalah melelahkan 
Kerana ia meragut tenaga
Namun jika dibuat dari hati
Perjalanan tidak akan penat lagi!



Perjalanan adalah kesulitan
Kerana ia berdepan dengan ketidaktentuan
Namun jika disertai tawakkal
Perjalanan akan dipermudahkan




Perjalanan itu satu kesunyian
Kerana ia melelahkan
Namun, jika dilalui dengan yang tersayang
Tidak akan ada kesunyian yang berpanjangan!

 InsyaAllah




Nukilan,
Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Monday, September 15, 2014

Mengurus harapan


Usai mencerna minda dengan sebuah artikel tulisan Ir. Ahmad Jais Alias, bertajuk Menguruskan Harapan. Sungguh, terasa benar, seolah-olah hampir pada diri saat ini. Manusia dan harapan memang tidak akan pernah terpisah. Kerana manusia bersifat lemah dan terbatas kemampuan diri. Manusia, merancang dan berharap, tetapi Allah jualah yang mengizinkan segala-galanya. 

Tatkala kita meletakkan sepenuh usaha dan keringat dalam mencapai harapan, namun tiada tawakal di akhirnya, maka ia adalah sia-sia... Bukan menidakkan sebuah harapan, kerana harapan itu penting, sebagai suatu motivasi pada manusia untuk berbuat sehabis baik. Cuma yang membezakan aku dan kamu, ialah pada niat. Adakah tunjang harapan itu, kita telah meletakkan Allah sebagai tujuan. Moga-moga dengan tertunainya harapan itu, kita semakin intim dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Dan dari situlah muncul keberkatan dalam segala yang dirancang dan diharapkan.

Tiada daya upaya kita wahai manusia yang berharap pada manusia yang lemah sifatnya. Sungguh, jika Allah mengkehendaki ia berlaku, maka ia AKAN berlaku, tetapi jika TIDAK Allah kehendaki, maka ia tidak akan berlaku. Maka letakkanlah pengharapan dan kebergantungan hanya pada DIA, insyaAllah tidak akan kecewa!


Di sini aku kongsikan sebahagian rencana tulisan Ir. Ahmad Jais yang pasti membuat diri kembali merefleksi dan merenung ke dalam diri..

*****

Setiap insan mempunyai harapan. Bahkan harapan adalah salah satu naluri yang tertanam dalam diri kita yang bergelar insan. Harapan menumbuhkan tekad dan usaha, manakala putus harapan mengundang kekecewaan, duka dan nestapa.

Harapan ini perlu diuruskan, kerana ibarat tenaga pendam dalaman yang menanti saat dan tika untuk meledak menghasilkan letusan kejayaan dalam kehidupan. Seseorang yang punya harapan yang tinggi menggunung, pasti bermotivasi untuk melakukan gerak kerja yang menjurus ke arah merealisasikan harapan tersebut. Sebaliknya, mereka yang mudah berputus asa akan tewas sebelum berjuang lagi.

Jika diturutkan hati dan nafsu, pastinya harapan manusia tidak akan kenal had atau siling. Manusia berharap akan hidup selama-lamanya, berharap dapat berkahwin dengan anak raja, berharap dapat harta seperti Qarun, berharap berkuasa sehebat Sulaiman, dan macam-macam lagi pengharapan yang terlintas di fikiran.

Harapan yang terlalu menggunung tanpa menjejak ke bumi nyata akan mengundang parah jika tidak kesampaian. Ia akan jadi seperti Mat Jenin, yang berharap menjadi kaya dengan hanya berangan-angan di atas pokok kelapa, dan akhirnya sakit sendirian bila jatuh bersama-sama dengan buah kelapa di atas tanah.

Ada juga yang kecewa keraca cinta dan harapan yang mendalam terhadap seseorang yang disukainya, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kasih tidak berbalas, cinta terlarang oleh keluarga atau maut yang memisahkan dua insan yang bercinta ini. Jika ketika harapan percintaan ini berderai oleh pelbagai faktor tersebut, jiwa gagal diurus dengan baik, putus harapan ini bisa mengundang putus nyawa, bunuh diri dan tindakan lain yang membahayakan pasangan kekasih tersebut.

Apa yang dibincangkan adalah harapan yang boleh diuruskan oleh diri sendiri, seperti harapan untuk berjaya dalam pelajaran, mengejar kerjaya, kekayaan dan sebagainya. Semua ini adalah perkara yang boleh berada dalam genggaman kita. Berjaya atau gagal kita mengejar harapan itu, bergantung sepenuhnya kepada usaha yang kita lakukan ditambah dengan doa dan tawakal kepada Allah S.W.T
 

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Tetapi bagaimana pula harapan yang melibatkan pihak lain? Kita berharap mendapat ketua yang adil, mendapat kekasih dan teman hidup sejati, kita mengharapkan usaha kita dihargai dan segala macam pengharapan yang melibatkan insan lain. Kekecewaan lebih banyak berlaku dalam perhubungan dua pihak, berbanding mereka yang berputus asa dengan diri sendiri. Putus asa akan datang bilamana harapan kita tidak bersambut oleh pihak lain. Dalam situasi ini, apa yang boleh dilakukan?


Kekecewaan bukanlah sesuatu yang negatif secara mutlak, bahkan jika diambil secara positif, ia boleh ditukar menjadi tenaga yang kuat untuk menjana kebangkitan mereka yang pernah tewas. Kekecewaan memberi ruang untuk kita menilai kembali kekuatan diri, mengukuhkan kembali sendi-sendi yang longgar, memantapkan yang lemah merancang keupayaan serta keupayaan serta kekuatan baru.


Kekecewaan bukan untuk ditangisi tetapi untuk direnungi dan difahami. Kekecewaan bukan diubati dengan tangisan (walaupun tangisan juga perlu untuk melepaskan perasaan), tetapi dirawat dengan keazaman dan ketinggian himmah dan perasaan.

Seseorang yang bijak menguruskan kekecewaan dan bangkit daripada kejatuhan, insyaAllah akan beroleh hikmah dalam menguruskan harapan. Tidak semua harapan sendiri dapat digapai. Tidak semua harapan orang lain, terhadap kita perlu dipenuhi. Namun jangan jemu, untuk sentiasa mengharap yang terbaik.

Di dalam Islan, salah satu sifat seorang Mukmin adalah raja' (pengharapan) kepada Allah s.w.t. Harapan kepada Allah s.w.t tidak akan dikecewakan kerana Allah adalah sebaik-baik tempat kita meletakkan harapan.

Harapkan bunga, bungakan layu..Harapkan manusia, manusia akan pergi...Harapkan harta akan binasa..Harapkan Allah tidak akan musnah.."


http://data2.whicdn.com/images/95076947/thumb.jpg




Sumber rujukan: Majalah Solusi Isu No. 18
Artikel Menguruskan Harapan 
Penulis: Ir. Ahmad Jais Alias











Thursday, June 12, 2014

Cinta adalah rezeki


Cinta adalah rezeki. Seperti kata Nabi SAW tentang isteriya Khadijah:
Aku telah direzekikan cintanya"
(Riwayat Muslim)

Apabila ada insan mencintai kita, itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. Seseorang yang beristeri atau bersuami, belum tentu  mendapat nikmat 'dicintai' atau 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri atau suami atau anak yang cinta dan kasih kepada kita, maka bersyukurlah atas rezeki cinta itu.


Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalas kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana sini, tidak berjumpa, sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.


Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi Muhammad Saw bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah, lalu Nabi Muhammad Saw menyatakan, "beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya,  
Aku mencintaimu kerana Allah"
Lelaki itu menjawab, 
Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku kerana Nya"
 (Riwayat Abu Daud)

Sumber: Page FB Dr MAZA (Dr Muhammad Asri Zainul Abidin)


Subhanallah! Sungguh, cinta adalah suatu anugerah dari Allah, pemilik Cinta. Dan Cinta Teragung pastilah Cinta dari Allah. Bagaimana agaknya bila diri kita dicintai oleh Allah Azzawajalla? Allahu Akbar. Subhanallah.. Allah, Tuhanku, Pemilik segala khazanah langit dan bumi. Layakkah diri ini menerima cinta dari Sang Pemilik Cinta?

Hadith Rasulullah Saw:
Rasulullah Saw bersabda,  Sesungguhnya, Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata, " Wahai Jibril aku mencintai hambaku itu, maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya. Lalu Jibril mengisytiharkan kepada seluruh penduduk langit dan berkata:
Wahai Penduduk langit, sesugguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah kalian semua kepada dia, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini"
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Hurairah



Subhnallah! Moga setiap langkah yang diambil adalah langkah yang menjadikan kita semakin intim dengan Allah. Bukan menjauhiNya. Dan semoga nama kita juga dapat diisytiharkan di langit sana. Inshaa Allah.



Cinta Allah


Cinta Allah
Ia adalah kehidupan
Siapa yang menghilangkannya
Maka ia termasuk orang yang mati


Cinta Allah adalah Cahaya
Siapa yang kehilangan sinarnya
Maka dia berada dalam kegelapan samudera


Cinta Allah adalah kenikmatan luar biasa
Siapa yang tidak memperolehinya 
Maka seluruh kehidupannya
Adalah kegelisahan dan derita


Cinta Allah adalah ruhnya iman
Cinta Allah adalah ruhnya amal
Cinta Allah adalah ruhnya perilaku


Ketika kita terlepas dari cintaNya
Maka seperti jasad kita tanpa jiwa dan nyawa



 Sumber: Diolah dari Rancangan Al hidayah 2013. Ustazah Norhafizah Musa




Saturday, June 22, 2013

Kuasa kasih sayang

Kenapa awak degil sangat! tak nak dengar cakap saya!"
Dah berbuih mulut bagi nasihat, kenapa tak berubah jugak!"



Mungkin dialog-dialog di atas biasa bagi seorang pendidik kepada para pelajar yang nakal atau mungkin para ibu bapa kepada anak-anak yang membuat perangai.


Usahlah berhenti memberi nasihat, teruslah menitipkan kata-kata murni dan teguran buat insan yang disayangi. Teruslah memberi semangat dan pedoman. Moga ada secuil kata yang di ambil buat pedoman masa hadapan.

Persoalannya, terkesankah hati mereka dengan nasihat-nasihat itu? Bagaimana menyentuh hati-hati mereka agar menerima nasihat dan bimbingan kita?


Sungguh, Allah lah yang memberi kuasa dalam menyentuh hati-hati mereka melalui Kasih Sayang. Allah jualah Pemberi Kasih Sayang. Kasih sayanglah yang akan melembutkan dan menyentuh lubuk hati mereka menjadi manusia dan hambanya yang lebih baik.


Ayuhlah kita berusaha memupuk kasih sayang dalam sanubari dan jiwa. Melalui tutur bicara, kita cuba untuk berlemah lembut. Menutur perkataan yang elok dan indah didengar. Menyebut dengan suara yang santun lagi bersopan. Seperti yang disarankan oleh Imam Sufyan:

"Tidaklah seseorang itu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kecuali pada ada 3 sifat:
1. Berhalus ketika menyuruh dan melarang.
 2. Adil ketika menyuruh dan melarang.
3. Bijaksana ketika menyuruh dan melarang.


Kita sering mahukan para pelajar mendengar kata guru-gurunya. Kita sering mahu mempengaruhi mereka agar mengikuti segala suruhan dan kehendak kita. Tanpa kita sedar, latar belakang emosi, latar belakang keluarga serta lain -lain keperluan yang tidak terpandang oleh mata hati kita.
Subhanallah! Sungguh, masih cetek ilmu yang perlu dicari lagi.



Ayuhlah berkasih sayang pada perilaku. Seorang kanak-kanak berusia 0 hingga 7 tahun, akan menyerap seperti span, pada setiap apa yang didengar dan apa dilihat di sekelilingnya. Pada 7 tahun berikutnya, iaitu pada usia 7 tahun hingga 13 tahun mereka akan melihat orang-orang disekelilingnya untuk dijadikan 'role model' nya. Melihat tingkah ibu bapanya, guru-gurunya. Tanpa kita sedar, tiap perbuatan seperti berjalan, bercakap, mahu pun membuat apa jua aktiviti diperhatikan mereka. Ayuh, kita berusaha menjadi model terbaik, Qudwah Hasanah untuk mereka. Dan sebaik-sebaik Qudwah tentulah nabi kita, Muhammad SAW. 



Ayuh, kita semai kasih sayang. Kerana kasih sayang lah kuasa terbesar. Bagaimana beroleh kasih sayang? Ilmu, ilmu dan ilmu. Dan segalanya datang dari Pemberi Ilmu dan Kasih Sayang, Allah Azzawajalla. 


Kerana kasih sayang Allah pada hambanya tidak pernah berhenti. Meskipun, kejahatan yang dilakukan, Allah masih membalasnya dengan selaut kebaikan..





p/s: nakal tapi tetap sayang








Monday, February 4, 2013

Memberi itu nikmat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Apabila ditimbang-timbang hari ini, sudah berapa banyak kita memberi dari menerima?

Adakah kita lebih banyak menerima dari memberi?

Memberi bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mencakupi lebih dari itu. Senyuman, bantuan dan doa merupakan suatu bentuk pemberian yang amat bernilai saya kira. =)

Hakikatnya, emosi orang yang banyak memberi adalah lebih ceria, gembira dan lebih banyak tersenyum kerana hormon endorphin, sejenis hormon 'gembira' telah dirembeskan yang akan mempengaruhi emosi dan perasaan kita dan orang yang sebegini merupakan orang yang produktif! InsyaAllah!


Berbanding mereka yang sukar memberi, mereka lebih mudah murung, muram dan kurang tersenyum kerana tatkala itu  hormon cortison telah dirembeskan.


Ayuh. Mari hayati kisah ini yang tercatat dalam sebuah hadith yang panjang.



Seorang wanita Yahudi yang merupakan seorang pelacur telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Dengan izin dan inayahnya, Allah telah mengurniakan hidayah kepadanya dan akhirnya menjadi wanita Solehah. 

Di sini, dapat kita lihat, Allah telah menilai pemberian kasih  sayang wanita ini hatta sekalipun terhadap seekor anjing! Subhanallah.

Sebagai kontra dan perbandingan, diceritakan pula terdapat seorang wanita yang kuat ibadahnya kepada Allah tetapi mengurung kucingnya hingga tidak diberi makan dan minum. Lalu akhirnya, Allah mentakdirkan neraka buatnya. Nauzubillah! 

Dapat kita lihat, nilai suatu pemberian lebih lebih lagi sebuah kasih sayang amat besar maknanya. 



Besar lagi kasih dan sayang Allah serta segala pemberian Yang Maha Pencipta kepada sekalian alam.

Allah. Sungguh Dialah yang Maha Pemberi. Dia memberi tanpa syarat. Tanpa diminta. Tanpa minta dibalas.


Hanya perlu bayangkan pada diri kita yang tika ini masih bisa bernafas. Sistem pernafasan dan organ paru-paru masih berfungsi dengan baik. Jantung yang tidak pernah berhenti berdegup mengepam darah ke seluruh anggota tubuh badan sedari sejak dilahirkan hingga saat ini. Sistem perkumuhan dan segala rembesan enzim dan hormon serta berjuta-juta lagi proses yang sedang berlaku dalam tubuh kita dalam sedar mahupun tidak.  Subhanallah! 

Sungguh. Allah itu tidak tidur dan tidak mengantuk.

Dan segalanya adalah manfaat untuk manusia.

Malu kita pada Allah. Sudahlah berhutang pada Allah, untuk membalas segala kurniaanNya apatah lagi.


Ya. Pada logiknya memberi akan mengurangkan. Namun, pada hakikatnya tidak! Yakinlah.


Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui"
(al Baqarah: 261 ) 



Dan mungkin keberkatan (barakah) pada setiap pemberian kita, Allah kurniakan secara tidak ketara (intangible). Barakahnya mungkin dalam bentuk keluarga yang penuh dengan kasih sayang, ahli rumah yang selamat sejahtera dari segala musibah, sihat wal'afiat dan pelbagai lagi bentuk yang terkadang kita tidak sedar dan tidak tahu.


Dan sungguh kasih sayang itu berkadar terus dengan iman kita.

Semakin tinggi iman kita, semakin banyak kita mampu untuk memberi kasih sayang.


Inginkan kasih sayang, maka berilah kasih sayang.

Sungguh, memberi itu nikmat!








Di olah dari Galeri Audio,Ikim. fm. Segmen Mukmin Profesional, bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi bertajuk Memberi dengan Kasih Sayang.





Tuesday, January 3, 2012

Optimis


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Sesungguhnya ilham dan buah fikiran datang dari Allah. Bukan datang dengan sendiri. Saya suka dengan perkataan optimis. Tetapi, untuk menyelongkar di sebalik makna perkataan itu, bukan kerja mudah. Memasuki tahun baru 2012, membuatkan diri tersentak dari lamunan yang panjang. Pada tahun ini, jika dizinkanNya, saya bakal memasuki alam berkerjaya. Amin. Moga dipermudahkan. Umur juga bakal meningkat. Ah! Ketepikan angka tersebut, kalau diri masih belum mampu menonjolkan bahawa anda kini  memasuki alam dewasa. Akhir remaja. Dan sudah tentu bagi seorang perempuan, emak dan abah sudah bertanya, "sudah punya teman atau tidak?" ....



Apa yang lebih penting, saya perlu sentiasa mengingatkan diri, matlamat saya diciptakan. Sentiasa refresh niat. Lebih-lebih lagi pada tahun baru 2012 yang saya jangka penuh dengan cabaran yang mendatang. Sentiasa bertanya apakah matlamat saya sebagai manusia di muka bumi, sebagai hamba Allah dan khalifah. 



Harapan saya, sudah tentu apabila sudah menjadi pendidik, saya berdoa agar saya menjadi pendidik yang bukan hanya menyampaikan kandungan subjek dan mata pelajaran, tetapi juga dapat mendidik mereka dengan nilai-nilai murni supaya mereka kenal siapa Allah. Agar mereka bukan Islam hanya pada nama, tetapi juga Islam pada segenap sudut. Ah! Mungkin saya belum cukup sempurna. Saya tahu. Kerana saya juga manusia lemah dan masih berusaha menjadi lebih baik dan bermanfaat kepada yang lain. Kekurangan memang harus diperbaiki tetapi kekurangan tidak menghalang kita untuk terus menebarkan kebaikan. (Umar Muhammad Noor)


Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah "
(al-Imran: 110) 

Adapun buih, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya, tetapi yang bermanfaat bagi manusia, akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan"
(ar-Ra'd: 17)



Optimis dalam kamus dewan merujuk kepada orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu. (macam nak buat karangan SPM la pulak, haha)  Lebih mudah saya katakan orang yang optimis sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. Optimisme pula merujuk kamus dewan, ialah sikap iaitu pandangan hidup atau pendirian yang melihat segala hal dari sudut kebaikannya sahaja atau menjangkakan perkembangan  atau kemungkinan yang baik-baik sahaja.



Ya. Saya perlu optimis pada tahun baru ini. Saya harap mereka di luar sana juga begitu. Kerana saya percaya  sikap optimis akan membantu untuk lebih berusaha walau apa jua aral melintang selain mengalirkan semangat positif dalam diri. Optimis dan berbaik sangka pada Sang Perancang yang Maha Mengetahui. Dan percaya atau tidak sikap optimisme ini sebenarnya baik untuk pesakit jantung khususnya kerana apabila pesakit memiliki harapan positif (optimis) terhadap penyakitnya, ia bukan hanya memberi kesan pada semangatnya yang kuat untuk melawan penyakit, malah memiliki harapan positif terhadap penyakit. Apa pun ianya kembali kepada ketentuan Yang Maha Mengetahui. Lanjutan bacaan :  Optimisme dan Efeknya Terhadap Jantung


Kita yang kawal fikiran kita dan fikiran kawal niat kita, dan niat menentukan kehidupan kita. Manusia yang berjaya ialah manusia yang kawal fikiran dan niat mereka"
(Prof. Dr. Muhaya Mohamad) 



Jujurnya, saya dan rakan-rakan Jurusan Sarjana Muda Pendidikan masih menunggu panggilan untuk ditemuduga. Mohon doa dari semua yang terbaca entry ini, moga dipermudahkan kami menelusuri sisi perjalanan menuju penempatan nanti yang diketahui sekitar bulan Mac depan. (nak interview, tapi baca gitu-gitu je, bole ke? T_T) Saya turut mendoakan agar setiap dari kita sentiasa dipermudah dalam segala kerja yang diusahakan dan moga ia dikira sebagai ibadah dan beroleh ganjaran dariNya. InsyaAllah. 



Ayuh, optimis dan bersangka baiklah terhadap Allah. Walau di dunia ini terkadang sering saja ditimpa badai dan kesulitan, ketahuilah di syurga nanti nikmatnya kekal selamanya. Akhir kalam, saya kongsikan Hadith 19 yang amat dekat di hati. 



Peliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya di hadapan engkau. Kenal Allah pada masa lapang, nescaya Dia mengenal engkau pada masa susah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya, apa-apa yang ditakdirkan tidak datang kepada engkau, tidaklah ia datang kepada engkau. Tetapi apa yang sepatutnya datang kepada engkau, tidaklah ia tersalah datang kepada engkau. Dan ketahuilah sesungguhnya, kemenangan itu beserta kesabaran. Dan sesungguhnya, kelapangan itu, beserta kesusahan. Dan sungguh, bersama kesusahan itu ada kesenangan"
(Hadith 19) 





                                     

P/S:  Gambar hiasan.  ^_^

Thursday, November 24, 2011

Bacalah!

Bismillah


Masa itu ibarat emas. Masa itu ibarat pedang yang menghunus tajam. Dan apa jua perumpamaan yang merujuk kepada kepentingan menggunakan masa dengan betul dan berhemat. Kita semua sudah serba tahu dan begitu arif akan kepentingan masa yang terkadang kita rasakan begitu lambat berlalu dan terkadang dirasakan masa itu pantas umpama air yang mengalir laju. Apa jua situasi, saya tahu bahawa saya perlu 'tegar' untuk bijak memilih aktiviti yang bermanfaat dan tidak terlalu terbuai dengan kemalasan dan bergoyang kaki di rumah. Jika di tanya, kenapa tidak saya cuba-cuba bekerja sambilan agar tidak kebosanan di rumah? Saya hanya mampu tersenyum. Bukan tidak mau tapi saya yang tidak berminat atas sebab-sebab tertentu. 



Apa pun, tika ini saya berdoa dan terus berdoa, moga Allah mengurniakan kekuatan untuk kita meneruskan setiap inci nikmat hidup ini dengan apa jua perkara yang bermanfaat sama ada bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada agama dan negara. InsyaAllah.



Saya punya koleksi buku-buku yang belum dibaca. Boleh dikatakan banyak. Entah kenapa begitu liat hendak membaca. Sedang diri tahu betapa ilmu itu mesti dicari dan ia tidak akan datang bergolek. Saya tahu bahawa, untuk memastikan fikiran, minda dan otak kita berada dalam keadaan baik dan cergas serta mampu mengolah dan membuahkan idea yang bernas, amalan membaca amat perlu. Apatah lagi bila menjadi seorang pendidik kelak, pastinya pelajar-pelajar akan melontarkan soalan-soalan yang memerlukan guru tersebut perlu ligat mencari jawapan dan bijak menyusun kata secara profesional. Huhu. Saya masih baru dalam bidang perguruan ini. Hanya berbekalkan pengalaman berpraktikum selama lebih kurang 4 bulan rasanya terlalu sedikit untuk memperkatakan perihal dunia seorang guru. 



Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mengembalikan minat membaca. Betul. Membaca terkadang perlukan target dan matlamat. Mungkin tips ini berguna untuk situasi seperti saya yang terkadang susah untuk menghabiskan hatta sebuah buku. Raheeq maktum apatah lagi. Errr. (maafkan saya wahai naqibahku). Mungkin selepas ini, perlukan tekad dan keazaman untuk membaca. Selain doa yang tidak putus-putus kepada Rabbul Izzati.


Berdoalah agar kita dikurnia rasa ingin membaca.. Jangan hanya ada rasa ingin membeli.. "
(Ustaz Adlan Aziz, Penulis buku)



Memang betul apa ustaz tu cakap. Masa membeli bukan main ghairah. Tapi bila nak membaca liat semacam. Huu. Tapi, InsyaAllah buku-buku ilmiah yang dibeli akan tetap berguna sampai bila-bila dan moga kekal hingga anak cucu kita masih bisa menatap dan menggunakannya. Jadi saham akhirat. InsyaAllah. =)


Di ambil dari Laman web Motivasi Kerja :



  • Perkara pertama: cuba pergi ke kedai buku terlebih dahulu, anda akan lihat banyak buku yang menarik minat membaca. Sebelum ini anda hanya pergi ke kedai majalah, jauh bezanya.
  • Mulakan berjinak-jinak dengan buku yang nipis dahulu. Bila dah rasa seronok barulah baca buku-buku tebal.
  • JANGAN letakkan target nak habiskan sebuah buku dalam masa yang singkat, kerana itu akan memberi tekanan pada anda. Jadi akan mengganggu mood anda untuk membaca.
  • Letakkan target 1 Buku : 1 Bulan. Setahun anda dah baca 12 buku. HEBAT!
  • Beli satu rak buku. Susun cantik-cantik kerana itu semua akan memberi mood untuk membaca.
  • Jika berkesempatan untuk bertemu penulis buku, ambil autograf mereka. Percayalah anda akan semangat membaca!
  • Cuba ambil 15 minit sahaja SEHARI atau mungkin 10 helai untuk setiap kali pembacaan.


Selamat mencuba!

Monday, September 26, 2011

Something to ponder

Bismillah


I've been watch Fireproof again. Just nice to see and think how a marriage being saved from a very thiny way by Caleb's father.  Something to learn on the interaction and communication between a couple of husband and wife. And of course, at the end, we shoud come back to the nature, which the One and the Only who give the strength to overcome all those things. The Almighty. =)

I'm not married yet, but inshaAllah looking forward for it. Allah knows better the most suitable time for us, right?





Just something to ponder, those quotes from some scenes, always make my mind spinning and  thinking. Those words are meaningful to me..


If the temptation arises, choose not to say anything. It's better to hold your tongue than to say something you'll regret.



Be quick to listen, slow to speak and slow to get angry.



"When a man is trying to win the heart of a woman, he studies her. He learns her likes,dislikes, habits, and hobbies. But after he wins her heart and marries her, he often stops learning about her. If the amount he learn about her before marriage was equal to a highschool degree, he should continue to learn about her until he gains a college degree, a master's degree and ultimately, a doctorate degree. It is a lifelong journey that draws his heart ever closer to hers"


Sound interesting right? ^^



And the part that I concerns and learn from that, which is Honour to Your self ! Don't  talk about honour to your partner if there is no honour at all to you own.


What Catherine (Caleb's wife) was true. Indeed.

"What was on the computer screen was honourable? When you are alone, that's was you default to and there is nothing honourable about! " (Caleb's watch some sorts of ....)


And another part which I prefer to :

"How can someone show love over and over gain when they're constantly rejected?

and Caleb's father reply:

"It's not because I'll get some reward out of it. God loves you eventhough you don't deserve it. Eventhough you rejected Him. Spat in His face"


Oh. How touched..


And this is something to ponder. Deeper.



Watch Out for Parasites


A parasites is anything that latches onto you or your partner and sucks the life of your marriage. They usually in the form of addiction like gambling, drugs and pornography.



They promise pleasure, but they grow like a disease and consume more and more of your thoughts, time and money.  


They steal away your loyalty and heart from those you love. Marriages rarely survive if parasites are present.


If you love your wife, you must destroy any addictions that has your heart. If you don't, it will destroy you!




And the words given by Caleb's bestfriend:


"And don't just follow  your heart, because your heart can be deceived , but you got LEAD your heart "




That was so inspiring film. Alhamdullilah. May we reflect it to our "work" and at any situation in our daily life.








P/s : Ya Allah, tarbiyahkanlah kami dengan apa jua cara yang Kau sukai. Amin ya rabb.













Sunday, September 11, 2011

Koran by heart

How many of us learn quran by heart?

Subhanallah! Those kids made me into tears. Very inspiring video. The most overwhelmed documentary.

Mesti tonton!



Koran by Heart from MuslimCommunityTV on Vimeo.





Suaranya persis burung-burung menyanyi di angkasa. Air mata jatuh berguguran tatkala kanak-kanak ini melantunkan ayat-ayat suci ini. SubhanaAllah.  Tempat ke-3. Nabiollah, 10 tahun. Dari Tajikistan.







Namanya Djamil. 10 tahun. Dari Senegal. Dia keseorangan di sana tanpa ayah dan ibu menemani, memberi sokongan. Walaupun tidak berjaya, saya kagum dengan keberanian dan ketabahan yang dimiliki beliau. Such an amazing boy.







Rifdha nama diberi. 10 tahun dari Maldives. Satu-satunya kanak-kanak perempuan yang memasuki pertandingan hafazan tersebut selain seorang hafizah berusia 17 tahun. Berjaya mendapat tempat ke-2. Memiliki otak cerdas kerana memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran dan seorang hafizah. Sangat meminati subjek Matematik dan Sains. Sungguh ianya suatu kurniaan Allah buatnya dan untuk hamba-hambanya berfikir akan kebesaran tuhan lalu bersyukur.









p/s : Jom usaha memperbaiki bacaan. Berusaha berdikit-dikit untuk belajar menghafaz. Moga suatu hari nanti, ada pewaris yang dilahirkan sebagai huffaz cemerlang seperti kanak-kanak ini, dalam kalangan keluarga, masyarakat dan negara. InsyaAllah. Ameen.

Thursday, July 14, 2011

Tawakkal kita

Saya kira saya belum pernah memberi ulasan atau entry berkaitan cerita atau filem. Tipu kalau saya katakan diri ini langsung tidak menonton cerita-cerita atau filem-filem tika ada waktu senggang terutama ketika di rumah bersama keluarga tercinta. Tipu juga kalau saya katakan saya langsung tidak menyentuh sebarang bentuk hiburan  untuk mengisi masa terluang. Ah! Ini lah realitinya. Realiti yang perlu dihadapi dengan berhati-hati!



Mungkin pada suatu ketika kita bisa berkumpul bersama lingkungan para sahabat yang soleh dan solehah, yang sentiasa mengajak untuk bersolat berjemaah, membaca al Quran dan mentadabbur maknanya, sama-sama ingat mengingati tatkala ada yang 'down', mengajak untuk bangun malam untuk meneguhkan cinta kepada sang pencipta, saling menguatkan antara satu sama lain. Tarikan duniawi pula begitu lemah sama sekali. Oh! begitu senang dan indahnya hidup ini jika seluruh hidup ini begitu terbimbing oleh para murabbi dan mutarrabbi yang sentiasa menjaga di sisi. Namun hakikatnya Tidak!



Kerana segalanya bermula pada diri sendiri. Kerana dirilah yang akan belajar untuk mengenal siapa kita yang sebenarnya. Kerana diri sendirilah yang berhadapan dengan segala rencah realiti hidup. Kerana diri sendirilah yang memilih jalan yang bakal dilaluinya. Kerana itulah, amat penting 'fikrah islami' ini perlu disemai, dibajai seterusnya disiram agar tumbuh suatu dahan yang teguh menjulang ke langit yang akar umbinya begitu kukuh untuk dicabut dan dirosakkan oleh anasir-anasir yang punya rencananya tersendiri. Itulah dia 'tarbiyah' atau didikan yang datang dari Allah.



Ok. berbalik kepada filem yang bakal saya kongsikan. Dua buah filem sebenarnya. Kerana kedua-duanya datang dari produksi dan penulis yang sama. (jika saya salah, betulkan ya). Walaupun ianya berkisar dan bersumberkan pada kitab Bible dan pengaruh kepercayaan agama Christian, namun bagi saya tunjang ketauhidannya sama iaitu percaya bahawa ada SATU sahaja pencipta di alam fana ini iaitu Allah. Allah azzawajalla. (Christian bertuhankan Jesus)







 Nothing is impossible if God with you" (Matthew) - Facing the Giants 


Dan tidak banyak bezanya dengan ayat dari al-Quran yang membawa maksud akan kekuasaan Allah yang mampu menjadikan segalanya walau pada zahirnya di luar kemampuan manusia.


Sesungguhnya urusanNya apabila DIA mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." (Yassin : 82)


Kepercayaan dan keyakinan akan kekuasaan Tuhan yang mampu melakukan apa jua yang dikehendakinya. Itulah yang saya kira, kita beriktikad dan beriman akan wujudnya Allah, Tuhan yang sekalian alam yang zatnya tidak terjangkau oleh fikiran dan akal manusia.



Mesej ini cuba disampaikan dalam kisah yang dipaparkan yang mana tidak melupakan usaha yang harus seiring dengan tawakkal dan pengharapan akan pertolongan dari yang maha berkuasa.



Kedua-dua kisah yang dipaparkan berkisar bagaimana manusia berhadapan dengan masalah-masalah dan dugaan yang begitu menggugat jiwa. Yang terkadang menggetarkan kepercayaan bahawa segala permasalahan dan dugaan itu telah Allah rencanakan asbab dan musababnya. Itulah dia 'ujian'. Ujian yang datang untuk melihat sejauhmana ketaatan dan kebergantungan manusia pada DIA, penentu segalanya. 



Elemen dakwah dalam kisah ini begitu jelas. Bagaimana keyakinan individu itu, di perkuat oleh 'murabbi' yang bijak mengatur bicara dalam mendidik mutarabbinya agar terus teguh berpegang pada prinsip dan akidah. Bagaimana saya kira, ada sebahagian babak dalam Facing The Giants, pelajar-pelajarnya telah membuat bulatan dan saling menginsafi serta mengingati antara satu sama lain. Dalam perkataan lain kita kenal ia sebagai 'halaqah'  atau 'usrah'. Suatu bentuk wadah tarbiyah individu yang disarankan oleh pemimpin as-Syahid Hassan Al Banna. Oh! menarik bukan?








Saya kira, selain keterujian kepercayaan mereka pada Tuhan yang satu, kisah yang dipaparkan turut terselit beribu nilai-nilai murni yang semakin lama semakin nipis di dada setiap daripada kita. Bermula bagaimana kita memulakan bicara, setiap patah perkataan yang keluar di bibir, komunikasi dengan setiap individu di sekeliling terutama bagaimana kita menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa dan sudah tentu hubungan dengan DIA, sikap usaha yang bersungguh-sungguh, sabar dan banyak lagi nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan dalam filem ini. Tidak rugi anda menontonnya. 



Saya fikir, tidak perlu untuk saya menceritakan sinopsis kedua-dua kisah ini. Tonton dan fahami setiap patah perkataan yang dipaparkan. (Tonton bersama subtitle). InsyaAllah. Beroleh manfaat. Selamat menonton!




Penulis: Jazakallah kpd Ustaz hasrizal yang memperkenal cerita ini. :)

Tuesday, April 5, 2011

Menerobos sempadan diri!

Menimba pengalaman sebagai seorang pendidik merupakan suatu pengalaman berharga yang amat aku hargai.. Walaupun tidak semuanya indah, namun itulah yang dikatakan pengalaman..
Guru, suatu tugas yang amat mulia, JIKA rutin yang dilaluinya itu disertai dengan niat dan hati...

Dilalui dengan hati? Mcm mana sebenarnya ya??
Setiap hari, setiap kali aku melangkah dengan derap langkah menuju ke bangunan itu..
Aku cuba, dan cuba dengan sedaya upaya
Agar ikhlas, ikhlas, ikhlas kerana Allah!
Tiada niat lain selainNYA! 
Sedar akan terkadang hati ini seakan digesit oleh kata-kata nista syaitan!
Yang sering saja  membolak-balikkan hati ini.. Ya, aku sedar, sedar dan harus menentang serangan itu!
Berharap dan sentiasa berdoa, agar kedatangan ku ke sini tidak sia-sia!
Bukan sekadar seorang pelatih, yang melatih bakat diri
menonjol di khalayak sebagai pemidato lagaknya
bukan itu saja. Ia lebih dari itu...lebih dari itu..

Ya Rabb, mudahkan perjalanan kami, mudahkan lah ia..mudahkanlah..




“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

**********************************************************************************

Sejak berpraktikal, diri seakan tercabar dengan pelbagai perkara yang terkadang dirasakan tidak mampu. Namun, alhamdullilah, Allah mengetahui apa yang hamba-hambanya mampu lakukan. Apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Allah, sungguh Kau amat mengerti. Betapa engkau terlalu kasih dan sayang pada hamba-hambamu. Cuma, hamba-hambamu sahaja, yang tidak mampu merasakan kasih sayang Mu, mensyukuri setiap nikmat hatta sehela nafas yang Engkau anugerahkan. Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulliah.. Ampunkan kami ya Allah. Ampun kami ya Allah..Andai kami menzalimi diri sendiri, sama ada sedar mahu pun tidak..+_+

Dan..tika ini merasakan perlunya untuk PUSH diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh komitmen. Even, tugasan itu seperti berat dirasakan. (Hakikatnya, ada jalan yang jauh lebih berliku!) Namun, masih merasakan adanya sekelumit kekuatan yang Allah hadirkan untuk terus melangkah..yeah! :D Ayuh kita terobos sempadan diri!! 

My lovely students:)


b) Petua-petua untuk menerobos sempadan diri

1. Patuh perintah Allah swt sepenuhnya.
2. Doa yang berterusan – ‘Doa itu senjata mukmin – hadis’, minimum dalam 45minit sehari. Cakap/sebut perkara positif, jangkaan positif.
3. Gunakan kebolehan/ilmu/bakat yang ada dalam diri kita.
4. Bentuk matlamat yang jelas – tulis atas kertas, ceritakan pada yang tersayang, tampal kat bilik tidur, tempat kerja-membangkitkan semangat, mengingatkan. Termasuk berhenti merokok! (Doktor pakar sahkan ramai perokok muslim susah nak mengucap bila nazak)
5. Gunakan sunnah Nabi sebagai standard /piawai kita.
6. Mengurus diri dan orang lain dengan cara terbaik.
7. Bentuk suasana yang merangsang/memotivasikan kita – rumah, bilik tidur, bilik darjah, tempat kerja.
8. Sentiasa menolong, mendorong, merangsang orang lain – Allah akan membantu kita.
9. Belajar menghormati orang lain di sekeliling kita, agar kita dihormati – dapat belajar sesuatu daripada mereka, Allah akan turunkan rahmatNya.
10. Tingkatkan produktiviti – Allah suka hambaNya yang membuat sesuatu kerja dengan paling baik.
11. Meluaskan jaringan persahabatan – ramai sahabat yang baik-baik.
12. Sentiasa positif dan bersangka baik – tubuh badan akan sihat, otak positif, untuk dapat ilham, hidayah, bantuan Allah dan manusia.
13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi – selalu baca doa Nabi Musa – Surah Thaha ayat 25-27.
14. Buat kerja dengan penuh semangat, ceria,  - badan tidak penat, kerja akan berjalan lancar.
15. Kena berfikir secara kreatif, luar biasa – berdoa agar diberi ilham, hidayah oleh Allah, mula berfikir cara luar biasa, berkawan dengan orang yang hebat-hebat yang suka berfikir, fikir macam kartun/loyar buruk yang positif.
16. Ikut peraturan-peraturan Allah dengan sepenuhnya.
17. Lakukan perubahan langkah demi langkah secara bersepadu – ubah hati, cara berfikir, tindak tanduk, sosial-kawan-kawan yang baik, jaga solat dan perintah Allah, pastikan rezeki berkat, halal, komited terhadap kerja, keluar zakat.
18. Kena mengambil peluang sepenuhnya – segera buat keputusan melalui mesyuarat, istikharah, berbincang dengan yang tersayang.
19. Sentiasa membantu orang lain dengan ikhlas – Pesan Nabi kepada Ali; ‘Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain’
20. Sentiasa ceria, seronok, redha, senyum – awet muda, badan sihat, rezeki murah.
21. Jadi orang yang pemaaf – dendam terhakis, hati bersih, doa makbul. Maafkan semua orang sebelum tidur, sentiasa bermaaf-maafan sebelum berpisah.
22. Muhasabah diri, dan bentuk jurnal kejayaan – setiap malam sebelum tidur, tulis apakah perkara/kejayaan-kejayaan positif yang dicapai.
23. Tidak pernah memecahkan kunci – tidak memaksa orang lain menerima pandangan kita.
24. Bentuk imej diri yang positif – karisma, keyakinan diri, penampilan diri yang positif.
25. Sentiasa yakin dengan ketentuan Allah – sentiasa bertawakal kepada Allah.
Moga bermanfaat.


Petua copied from http://takafulsmartmedic.wordpress.com/2009/08/04/menerobos-sempadan-diri-dato-dr-hj-mohd-fadzilah-kamsah/

Thursday, January 6, 2011

Oh Dunya!

Tanggungjawab. Ya, aku sedar akan tanggungjawab & tugas yang digalas. Sesungguhnya tugas dakwah & tarbiyah ini tidak ada titik pengakhirannya selagi dunia ini tidak mencapai ustaziyatul alam. Memang penuh liku, payah & tidak semua indah. Tugas ini bukan seperti proses sekadar ajak2 orang, menyampaikan, bermesra-mesra, makan-makan, kemudian dapat gaji ke? Dapat hadiah @ ada anugerah ke? Jadi, buat apa buat benda ni semua? Sekadar ‘terpaksa’, @ dipaksa?


"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? "

" (yaitu) Kamu beriman kepada Allah & RasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta & jiwamu. Itulah lebih baik jika kamu mengetahui" 

                                                                                                  (As Saff, 61: 10-11)
 Astaghfirullah

SubhanaAllah

Allahuakbar!!

Ya, kita manusia yang lemah. Yang tidak pernah terlepas daripada kesilapan. Dan batin & zahirnya sentiasa inginkan kesenangan, keindahan, kemewahan. Oh Dunya! Dunya yang terkadang melemaskan yang zahirnya kita tampak gembira!


Begitulah nafsu manusia. Dunya yang merasuk semua manusia di muka bumi.. Apalah sangat yang telah diusahakan dalam dakwah ini jika dibandingkan dengan pengorbanan para rasul & sahabat baginda. Jauh sama sekali!


Percaya @ tidak. Perasaan sedemikian memang sentiasa datang & mengetuk-ngetuk pintu hati. Dan bekalan iman itu perisai kepada diri! Bekalan sebagai para duat itulah penguat untuk terus melangkah dan terus melangkah dan jika diizinnya, biarlah berlari! Itulah pentingnya tarbiyah dzartiyah, didikan kendiri selain kekuatan dari mereka di sekeliling. Didikan iman untuk diri sendiri untuk memastikan diri tidak lari dari fikiran ghazwah.


Kerana sedar matlamat utama adalah kerana Allah. Cinta nya kepada Allah. Kerana kasih dan cinta, tulus untuk Allah. Allah yang menentukan ganjaran nya, tanpa sedar @ tidak. Dia merancang sesuatu yang tidak diketahui. Maka, berserah saja padaNYA! 



"Dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (At-talaq, 65:3)


Kau teruskan usaha & kerja2 ini. Teruskan sahaja untuk menggegarkan jiwa manusia di sekelilingmu. Biar karat2 jahiliyah ini dioksidakan oleh deru angin tarbiyah. Biarkan!


Itulah iman, yang senipis kulit bawang. Diketil sedikit sudah terkesan. Dan perlu  segera dipulih dengan makanan jiwa agar tidak terus terluka dan berbisa nanti.


Tulisan ini ditulis sekadar berkongsi  apa yang dirasa. Yang terlalu kecil & kerdil di jalan ini. Mengerti akan kesan tulisan ini kerana perlu berusaha mengamalkan apa yang dituturkan. Bawalah diri ini bersama berlari, kerana sedar, diri sekadar merangkak & berjalan yang terkadang jatuh tersungkur..:(



Doa Mohon Ketetapan Hati

1)
Maksudnya: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu" (Riwayat Ahmad)

2)
Maksudnya: "Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkan hati kami pada ketaatan kepadaMU" (Riwayat Muslim)

P/s: Kadang2 rasa slogan Nike "Just Do It" ni bole bagi motivasi..Just do It! In cause of Allah:) 

Wallahu'alam.. 


Tuesday, November 2, 2010

Wahai al-Aqsa tercinta

Salam alaik..

Salam sejahtera, salam  keamanan sejagat..;)

Masih dalam mood sebagai sang mujahid yang menyahut seruan Ilahi menegakkan al-Aqsa
Bukan apa, sekadar perkongsian,
Baru-baru ini penulis berkesempatan mengikuti sebuah program Wacana Sukarelawan Palestin yang diadakan di IHAB, TM
Menyedari bukan mudah untuk kita memperoleh bingkisan-bingkisan berharga daripada aktivis terkemuka, yang memang berpengalaman menjejakkan kaki ke bumi al-Quds, menyaksikan sendiri keadaan di sana, selain hadir sebagai memberi bantuan & sokongan kpd para syuhada' di sana, maka penulis, mengambil kesempatan utk datang dan mendengar sendiri wadah bicara mereka. InsyaAllah



Pengisian oleh Ir Megat Shariffudin, benar-benar membuka mata  dan minda, bahawa sesungguhnya perihal Palestin  ini sememangnya bukan suatu yang diambil perhatian sewajarnya oleh pihak media. Orang Melayu sendiri yang beragama Islam, tidak sensitif terhadap isu ini, isu saudara seIslam mereka. Diceritakan oleh saudara Ir Megat, semasa di sana, pelbagai bangsa yang bukan beragama Islam seperti Jepun, Portugal, Yahudi yang bukan berfahaman zionis, dan aktivis-aktivis dari Eropah dan Amerika, turut sama ingin melihat dan merasai bagaimana penduduk palestin merasai keperitan terasing di bumi sendiri.

Di sini penulis, berharap dan berdoa, moga muda-mudi di luar sana (termasuk penulis sendiri), yang sihat tubuh badan dan akal fikiran, juga ilmu yang penuh di dada, digunakan ke arah memperjuangkan nasib Palestina. Sungguhpun tidak mampu hadir dan menjejakkan kaki ke sana, serendah-rendah iman, berdoalah menadah tangan, moga al-aqsa itu bebas daripada genggaman zionis. InsyaAllah. Sebelum itu, Dr Muhammad Azhar yg juga YDP Aqsa Syarif daerah Hulu Selangor turut hadir memberi bingkisan sejarah dan milik siapakah sebenarnya palestin.

Persoalan-persoalan apakah sebenar strategi Ariel Sharon (lihat saja apa sudah jadi pd ariel sharon sekarang?) sebelum ini terhadap perjanjian damai yang x pernah terlaksana, apakah misi sebenar komplot yahudi zionis ini, sedikit sebanyak terungkai oleh penjelasan dan keterangan penceramah. Alhamdullilah. Moga pengetahuan yang diperolehi ini dapat dikongsi bersama readers (if any) di luar sana.

Apa yang menarik, program ini turut dihadiri oleh seorang pelajar UPSI berbangsa Cina, yang dikenali sebagai Shan. MasyaAllah. Bukan mudah ya, seorang yang bukan Islam untuk hadir mengetahui kisah palestin ini! Alhamdulliah. Moga, memperoleh hidayah dari Allah ;)

Di kesempatan itu juga, penulis sempat membeli buku yang kecil,  namun sarat dan mahal dengan pengalaman yang dirasakan sendiri oleh Ir Megat Sharifuddin sendiri. Masih dalam pembacaan. .Namun, di bahagian pengenalan sudah menarik pembaca! InsyaAllah. Akan dikongsi kandungan buku berkenaan kpd pembaca sekalian seusai membacanya ;)




Moga beroleh semangat jundullah dalam memperjuangkan al -Aqsa. InsyaAllah;)

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,





Penulis, 
UPSI, TM

Thursday, September 16, 2010

Bersaing dengan diri sendiri~

Salam aidilfiri buat semua. Selawat & salam buat junjungan besar dan para sahabat serta keluarga baginda.

Kehangatan aidilfitri masih lagi terasa walau sudah seminggu syawal menjengah. Semestinya aidilfitri ini disambut sebulan seangkatan kita mengerjakan ibadah puasa selama sebulan. Tapi, adakah sambutan ramadhan & aidilfitri itu seimbang? Meng'claim' mahu beraya sebulan, walhal ibadah di bulan 1000 bulan itu, entah sedarjat dengan sambutan meriah aidilfitri ini atau tidak. Bukan mahu meng'kondem' tidak boleh beraya sakan dibulan kemenangan ini, sekadar muhasabah kembali seberapa banyak amal & anjakan yg berjaya dilakukan. Atau sekadar sama dan serupa seperti hari-hari sebelumnya. Tiada perubahan! Statement ini sebenarnya, menampar-nampar diri sendiri. Persoalan-persoalan agar diri bersaing dengan bayang-bayang sendiri, berlegar-legar di ruang fikiran. Adakah aidilfitri ini sama seperti aidilfitri yg lalu? Sekadar sambutan meriah, pakaian yg serba indah, berkunjung-kunjungan..., itu sahaja kah?



Agak 'kering' sebenarnya setelah lama tidak menyucikan hati, lalai seketika. Sedar diri ini perlu bangkit dari 'kerehatan' setelah melunaskan hak2 yg sepatutnya. Hanya Dia yg menjadi kekuatan untuk aku kembali berfikir & berfikir tentang kehidupan yg sementara ini. Sesungguhnya, nikmat yg dikurniakan Allah terlalu besar. Terlalu besar. Alhamdullilah.. 




Ya. Aku perlu bersaing dengan diri sendiri. Membaiki kelemahan diri. Bukan terus-terusan seperti sebelum-sebelumnya. Skopnya di sini bukan sekadar dalam ruang limgkup kerja, akademik, personal, kemahiran dan sebagainya, malah amalan seharian. Diri dan Azzawajalla. Itu prioriti yg diutamakan yang terkadang terpesong dari landasan sebenar. Istighfar. -_-

Bercakap mengenai potensi diri, semua individu punya potensi masing-masing. Potensi yang sama ada ditonjolkan dikhalayak @ tersembunyi dalam lingkup sendiri. Jika dilihat di sekelilingku, ramai saja yg petah berkata-kata, berani menyuarakan pendapat dikhalayak tanpa perlu masa yg panjang utk memikirkan ayat @ perkataan apakah yg perlu dilontarkan. Bercakap dengan jelas dan isi,  bukan cakap kosong sahaja. Ya, aku kagum dengan mereka. 




Berbalik kepada topik. Bagaimana sebenarnya yg dikatakan Bersaing dengan Diri sendiri? Di sini aku titipkan tips2 yg aku peroleh dari artikel majalah solusi yg sempat ku singkap.





  • Baiki kelemahan diri
  • Jangan buang masa
  • Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, seminar, kursus dlln
  • Selalu bertanya dengan org yg lebih tahu
  • Sentiasa Mujahadah dengan diri sendiri. Sasarannya, diri kita akan menang!
  • Berusaha melakukan yg terbaik dalam segala bidang & skop kerja.
  • Yakin diri dan yakin bantuan Tuhan
  • Tanggalkan sifat2 mazmumah dalan diri
  • Berani laksanakan langkah bijak yg dirancang
  • Jangan berhenti selagi belum berjaya!
 Sumber: Majalah Solusi

Bertepatan dengan firman Allah:

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,”
 ( Al Anfal 53)




















Salam Mujahadah & selamat bersaing dengan diri sendiri. Wallahualam

p/s: -asif. berlaku sedikit campuran bahasa.
      -perlu latih &praktik utk bertutur dengan jelas, dgn isi & berani..
       

Penulis,
4.17 am