Salam alaik..
Salam sejahtera, salam keamanan sejagat..;)
Masih dalam mood sebagai sang mujahid yang menyahut seruan Ilahi menegakkan al-Aqsa
Bukan apa, sekadar perkongsian,
Baru-baru ini penulis berkesempatan mengikuti sebuah program Wacana Sukarelawan Palestin yang diadakan di IHAB, TM
Menyedari bukan mudah untuk kita memperoleh bingkisan-bingkisan berharga daripada aktivis terkemuka, yang memang berpengalaman menjejakkan kaki ke bumi al-Quds, menyaksikan sendiri keadaan di sana, selain hadir sebagai memberi bantuan & sokongan kpd para syuhada' di sana, maka penulis, mengambil kesempatan utk datang dan mendengar sendiri wadah bicara mereka. InsyaAllah
Pengisian oleh Ir Megat Shariffudin, benar-benar membuka mata dan minda, bahawa sesungguhnya perihal Palestin ini sememangnya bukan suatu yang diambil perhatian sewajarnya oleh pihak media. Orang Melayu sendiri yang beragama Islam, tidak sensitif terhadap isu ini, isu saudara seIslam mereka. Diceritakan oleh saudara Ir Megat, semasa di sana, pelbagai bangsa yang bukan beragama Islam seperti Jepun, Portugal, Yahudi yang bukan berfahaman zionis, dan aktivis-aktivis dari Eropah dan Amerika, turut sama ingin melihat dan merasai bagaimana penduduk palestin merasai keperitan terasing di bumi sendiri.
Di sini penulis, berharap dan berdoa, moga muda-mudi di luar sana (termasuk penulis sendiri), yang sihat tubuh badan dan akal fikiran, juga ilmu yang penuh di dada, digunakan ke arah memperjuangkan nasib Palestina. Sungguhpun tidak mampu hadir dan menjejakkan kaki ke sana, serendah-rendah iman, berdoalah menadah tangan, moga al-aqsa itu bebas daripada genggaman zionis. InsyaAllah. Sebelum itu, Dr Muhammad Azhar yg juga YDP Aqsa Syarif daerah Hulu Selangor turut hadir memberi bingkisan sejarah dan milik siapakah sebenarnya palestin.
Persoalan-persoalan apakah sebenar strategi Ariel Sharon (lihat saja apa sudah jadi pd ariel sharon sekarang?) sebelum ini terhadap perjanjian damai yang x pernah terlaksana, apakah misi sebenar komplot yahudi zionis ini, sedikit sebanyak terungkai oleh penjelasan dan keterangan penceramah. Alhamdullilah. Moga pengetahuan yang diperolehi ini dapat dikongsi bersama readers (if any) di luar sana.
Apa yang menarik, program ini turut dihadiri oleh seorang pelajar UPSI berbangsa Cina, yang dikenali sebagai Shan. MasyaAllah. Bukan mudah ya, seorang yang bukan Islam untuk hadir mengetahui kisah palestin ini! Alhamdulliah. Moga, memperoleh hidayah dari Allah ;)
Di kesempatan itu juga, penulis sempat membeli buku yang kecil, namun sarat dan mahal dengan pengalaman yang dirasakan sendiri oleh Ir Megat Sharifuddin sendiri. Masih dalam pembacaan. .Namun, di bahagian pengenalan sudah menarik pembaca! InsyaAllah. Akan dikongsi kandungan buku berkenaan kpd pembaca sekalian seusai membacanya ;)
Moga beroleh semangat jundullah dalam memperjuangkan al -Aqsa. InsyaAllah;)
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
Penulis,
UPSI, TM
Antara dua pilihan
3 years ago
0 comments:
Post a Comment