Ya Allah, betapa aku terkadang merasa ketidakadilan berlaku. Aku tidak berlaku adil padaMu. Aku tidak memberikan separuh dari ruang hidupku ini hanya untuk mu. Kerana aku tahu setiap degup jantung serta setiap hela nafas ini adalah rahmat dariMu ya Allah! Kau yang berkuasa atas seglanya!! Ya Allah, izinkan ku mengucap syukur yang tidak terhingga kerana mengurniakan aku nikmat terbesar, yang terutama iman dan islam, hingga aku mampu berdiri di muka bumi sehingga hayatku ini. Ya Allah, tiap kali aku berfikir dan berfikir mengenai alam ini, kejadiannya yang di luar batas manusiawi, terlalu indah, ya Allah, tidak terucap oleh lidahku. Kelu untuk aku memuji kebesaranMU. Mengalir air mata ini, mengenangkan betapa kasih sayangmu begitu luas dan lebar..!
Ya, tanggungjawab yang tergalas di bahuku ini semakin berat dirasakan. Tugas sebagai seorang dae’i bukan suatu tugas yang mudah. Aku mencari kekuatan agar setiap derap langkah ku, setiap arah yang aku lalui adalah ibadah dan bertunjangkan Mu ya ALLAH. Kerana, aku perlu memberi kefahaman kepada mereka. Kefahaman bahawa hidup ini bukan hanya hidupnya seorang robot. Diulang segala kerjanya hari demi hari. Kerana ada satu tujuan utama yang perlu dicapai. Dicapai melalui pengislahan seluruh umat manusia! Bagaimana bisa ia berlaku?
Aku menghela nafas. Kerana aku tahu, tugas ini tidak akan terhenti selagi dunia ini dipegang oleh orang yang bukan berfikrahkan tauhid. Aku mencari solusi. Ya, aku perlu berada di dalam jemaah ini. Terus teguh dan kukuh! Kerana tugas dalam jemaah lebih teguh, lebih terancang dan lebih berstruktur. Alhamdullilah. Kau telah memilihku..betapa aku bersyukur. Namun, terkadang fikiran dan akal ligat berfikir, setelah Kau memilih aku, bagaimana akan aku ambil dan galas tanggungjawab ini..? itulah pentingnya jemaah. Turut sama berganding bahu, berkongsi suka duka agar setiap langkah yang di atur adalah langkah yang lurus dan berterusan!
Kau tsabatkan ku ya Allah di jalanmu ini..agar aku mampu bertahan. Hingga terhasilnya ustaziyatul alam yang dicitakan! Kuatkan hubunganku denganmu, agar aku bisa sentiasa berdamping denganMu, agar tidak mudah aku digoyah oleh dunia ini.
“Jika Allah hendak mengurniakan kebaikan kepadamu, tiada siapa dapat menghalang, namun jika Allah murka, tiada siapa dapat membantumu”
(hadith Nabi)
Pesanan Murabbi: Jaga iman. Jaga amal. Tetapkanlah hati ini. ;)
Penulis,
Tanjung Malim, UPSI
Antara dua pilihan
3 years ago
0 comments:
Post a Comment