Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan yang melabuhkan tirai..

Salam alaik. Sudah lama benar tidak mengupdate blog ini. Lebih kurang 3 bulan juga! woha! Sungguh! Seolah-olah aku melalaikan tugasan dalam menyampaikan risalah ini. Astaghfirullah.. tidak, tidak sama sekali. Mungkin juga dek kesibukan kerja'sihir' & tuntutan nafsu yg pelbagai membuatkan aku terkadang tidak berkesempatan untuk merajinkan diri & meluangkan masa di sini.. Asif jiddan..

Malam ini, malam tatkala jari-jemari ku ini rancak menaip di papan keyboard ini, merupakan malam terakhir ramadhan ini. Terawih yg ku laksanakan tadi juga merupakan terawih ku yg terakhir! Bulan yg mana mengandungi malam 1000 bulan ini bakal melabuhkan tirainya..Apa perasaan kalian??  woha! -_- Muhasabah kembali.. Moga diberi kekuatan untuk menambah amal di waktu kecemasan ramadhan ini! Ramadhan ini masih berbaki!



Suatu refleksi buat diriku sebenarnya.. Di sepanjang bulan barakah ini, pelbagai perkara yg berlaku. Kesibukan assignment & projek di kampus jgn kiralah! Ditambah dgn lab/test/kuiz yg terkadang hanya mampu bertawakal dek kerana tidak membahagikan masa dengan bijak. Memang terkena batang hidung sendiri! Dan pada masa yg sama, orang ramai berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah di bulan yg ditingkatkan pahala dan ganjarannya di sisi Allah. Seboleh-boleh tidak mahu terlepas terawih sehari pon! Walau pon hakikatnya, terkadang boleh terlelap semasa solat dek kepenatan oleh kerja2 di kampus di siang harinya!

Baru-baru ini juga seorang akhawat telah kembali bertemu Ilahi. Berita yang menggetarkan jiwa tatkala pemergiannya di akhir2 Ramadhan ini. Sungguh, Ramadhan terakhir buatnya.. Suatu tarbiyah buat diriku, bahawa kematian itu tidak bertarikh. Kita tidak pasti bila masanya nyawa akan di tarik..Kembali kepadaNYA. Sebelum itu juga, ibunda seorang sahabatku yg juga rakan seangkatanku, juga telah kembali ke rahmatullah. Berita yg agak mengejutkan sebenarnya. Namun, redha dengan ketentuannya. Sememangnya, sungguh beruntung mereka. Orang-orang yg dipilih Allah walaupun pedih yang dirasakan.

Semoga ramadhan yg melabuhkan tirainya, mampu memberi seribu makna dalam diri. InsyaAllah

Syawal bakal menjelma. Moga ketemu lagi di Ramadhan akan datang. Andai dipanjangkan umur. InsyaAllah

Salam Aidilfitri..;)

0 comments: