Thursday, May 13, 2010

Cinta Dunia vs Cinta Akhirat

Cinta?? memang suatu yang tersangat lazim untuk diperkatakan..tersangat lazim! khasnya kepada muda mudi. orang2 muda.. kenapa? kenapa x ditujukan kepada makcik2, pakcik2, tuan2 dan puan2 di luar sana?? huhh.. bayi2 yang bersepah di luar sana, yang x tahu sape ntah mak bapak mereka, bayi2 yang ditinggalkan yang tinggal mayat..anak2 luar nikah yang bertebaran di muka bumi ni..! adakah semua itu kerana CINTA?? cinta sejati? cinta nan indah kononnya??!!..

Cinta..memang suatu anugerah yang Allah S.W.T kurniakan buat semua manusia.. cinta, kasih dan sayang ialah suatu perasaan halus yang meresapi dalam jiwa dan roh manusia. SubhanaAllah. aku sendiri sukar mentafsirkan bagaimana sebenarnya rasa cinta yang benar2 mendapat barakah darinya..Cinta yang mampu membuatkan diri ini terbuai, beralunn dek panahan rasa dan perasaan yang mendalam terhadap seseorang yang bernama manusia! Ya..! di usia sebegini, usia tatkala masing2 memburu pasangan, adalah menjadi suatu lumrah. merasakan keinginan untuk  memiliki cinta, merasai kehangatan cinta (huhhh...), mendapatkan cinta yang dapat melenyapkan rasa celaru di jiwa? apa benar? [ x berpengalaman..]
Namun, hakikatnya Allah mengurniakannya dengan seelok-elok kejadian agar manusia menyalurkan perasaan itu pada yang berhak. Entah bagaimana aku nak elaborate lagi..nak dijadikan cerita, sebenarnya baru saje usai membaca majalah solusi yang semacam menampar-nampar pipi sendiri! berkaitan Cinta Dunia VS Cinta Akhirat. Sungguh memang beruntung bagi manusia yang bermatlamat dan fokus ke arah cinta yang kekal abadi itu.. SubhanaAllah. Namun, sebagai hamba yang lemah, aku sendiri terkadang tersasar.. bermain dengan perasaan, memasagan angan-angan memliki cinta manusia yang sejati..uhh..Ya Allah, jauhkan ku dari perasaan hasad dan zina hati ya Allah..
Di sini aku titipkan bingkisan artikel tersebut:
Al-Imam Sufiyan al'Tsauri r.h.m berkata: "telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia, di mana pada masa itu, semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t ..." nauzubillah..!
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang menjadikan dunia harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya, serta mencerai beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya, kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya" (Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah yang bermaksud: "Sesiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat dan akan kami tambah keuntungan itu baginya.. Dan sesiapa yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada satu bahagian pun di akhirat"
( Al-Syura, 42: 20)
Ya, cinta yang dimaksudkan bukan sekadar cinta picisan adam dan hawa, malah cinta dunia melingkar ke dahan-dahan yang berpanjangan.. Juga peringatan buat diriku. Agar setiap langkah dan gerak-geri berlandaskan pada syariatNYa. Dalam usaha mencari cinta Hakiki, cinta Akhirat!
WallahuAlam
Penulis,
Batu Pahat, Johor
5.30 pm

Sunday, March 28, 2010

Bicara Qalbi : Saya Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
sumber: www.niqobgirl.blogspot.com



Penulis,
refleksi diri.. (-_-)

Tuesday, March 23, 2010

Jihad sehebat SALAHUDDIN?

Salamun'alaik
Seusai merenteti kisah Salahuddin al ayyubi. Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan tokoh ini. Namun, satu semangat kental dan padu timbul dengan tiba-tiba tatkala aku menyoroti satu persatu pengorbanan dan perjuangan beliau..
Memang benar, mereka yang dipilih Allah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini sememangnya seorang yang cukup mulia. Lihat sahaja Salahuddin sanggup tidak makan dari Jumaat hingga Isnin dan hanya minum beberapa teguk air sahaja sepanjang perang bermula,, itupun selepas dipujuk oleg Dr peribadinya! Salahuddin memberi alasan tidak mahu mengganggu perhatiannya terhadap perjuangannya yang belum selesai! MasyaAllah!
Sebaik sahaja Salahuddin menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap daripada pandangan matanya, dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah dia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya.  Subhanallah..
Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan dia meneruskan perjuangan Islam.
Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
di hati kecilku berkata, saat ini wujud lagi kah pemuda sebegini rupa?!
wujud lagikah singa-singa Allah melaungkan perjuangan? menegakkan syiar ISLAM dengan ilmu dan dan ketaqwaan tersemat kukuh di dada?
SubhanaAllah..hanya itu yang mampu ku lafazkan. Salahuddin berubah dengan drastik tatkala semangatnya berkobar-kobar meluaskan empayar.. keimanannya pada yang Esa semakin bertambah malah harta-harta habis diinfaqkan di jalanNYA.
Malah saat kematiannya, langsung tiada harta yang ditinggalkan, hatta kain kafan pun dihadiahkan pembesarnya kepada beliau untuk dikafankan..
Betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepada sahabatnya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada dalam hatiku. "Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai."
Mampukah jihad ku sehebat Salahuddin..?
Sama-sama berusaha ke arah itu! insyaAllah
dan, ingat! Yakin dengan pertolongan dariNYA...(^_^)
Iktibar bersama,
Penulis
sumber: iluvislam.com

Tuesday, February 16, 2010

Sukarnya untuk berubah..

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah  ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah..
Sukarnya untuk berubah.. berubah menuju hasanah..memang sukar untuk berubah daripada yang sudah terbiasa kepada yang bakal dibiasakan. Ya, yang sudah terbiasa itu, tidak semestinya yang sesuai untuk terus dipraktikkan dalam kehidupan seharian, dijadikan amalan, malah terkadang perlukan anjakan, perlukan penambahbaikan, mungkin juga harus dihentikan dan digantikan dengan amal perbuatan yang lebih baik. Lebih baik di sisiNYA..Walaupun terkadang ianya amat sukar! +_+
Sesungguhnya, aku amat kecewa pada diri sendiri! Kecewa kerana langusng tiada perubahan yang dapat dilakukan. Mungkin ada, itupun amat sedikit! Kecewa kerana gagal memperbaiki diri..Dalam hati memang tidak akan mahu berpatah balik, memang tidak mahu U-turn, tapi apa sudah jadi? Itu hanya angan-angan kosong! Angan-angan mat jenin! Malu kau pada diri sendiri,lebih malu pada DIA ..
Duhai.., memang, memang terkadang perlu untuk kau rasa kecewa pada diri sendiri, menyesali perbuatan lalu..namun sampai bila? sampai bila mahu meratapi semua itu, tanpa ada usaha mengembalikan kekuatan..sampai bila kau mahu berdiam diri..sampai bila kau harus ulangi kesilapan ini.. carilah kekuatan agar istilah NO TURNING BACK itu dapat direalisasikan!
Keadaan sekeliling memang menyesakkan..menyesakkan diri dengan keseronokan yang tidak kehabisan..Keseronokan yang melekakan..keduniaan ini terkadang membuatkan kau jauh.. jauh dari landasan yang sebenar..keduniaan yang mungkin mampu memusnahkan masa depan kau! masyaAllah..Hanya iman menjadi pelampung penyelamat untuk sampai ke daratan..
Aku mencari kekuatan..mencari disiplin diri..KepadaNYA aku berserah.. memang terkadang malu untuk menadah tangan meminta, memohon padaNYA. Atas segala kejahilan diri, malah DIA gantikan dengan nikmat.. SubhanaALLAH
Perubahan ini perlukan pengorbanan sayang..Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh mulia ! Semulia pengorbanan Siti Khadijah kepada suami tercinta, menginfakkan hartanya ke jalan Allah. Menyerahkan tenaga, jiwa dan raga ke arah dakwah Rasullulah..Sungguh mulia mereka, manusia luar biasa..
Insafi diri
Penulis,
Batu Pahat, Johor
4.17pm

Sunday, January 17, 2010

Rancangan DIA

Innallilah hi inna ila hiroji'un..Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA jua lah kita kembali..
Kematian 2 orang saudara kita baru-baru ini benar-benar menyentuh perasaan. Walaupun tidak mengenali dengan rapat, namun kesedihan teman akrab turut tempias pada teman-teman yang lain.. Sesungguhnya, ajal maut di tangan tuhan.. Perancangan DIA tiada siapa yang tahu.. hatta hati sakit kerana menangis kesedihan, yang pergi tetap pergi dijemput Ilahi.. yang hidup harus kuat meniti hari-hari yang penuh dengan tanggungjawab yang tergalas di bahu.. Bersedialah selagi tubuh masih gigih beribadah kepadaNYA mengumpul sebanyak mana amal. insyaAllah..  
" ALLAH mengetahui apa di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan hanya kepada ALLAH dikembalikan segala urusan" ( al-Hajj:76)

Aku termangu seketika merefleksi diri.. mengenang kembali kejahilan diri yang terkadang diulang dan diulang juga..yang terkadang membelenggu diri sendiri.., namun Allah itu sungguh penuh  dengan kasih sayang.. DIA masih memberiku perlindungan, rezeki yang masih mencukupi malah terkadang melimpah ruah.. kesihatan dan keselamatan hidup di dunia.. masyaAllah, terlallu banyak! Alhamdullilah..tapi aku..? Masih tidak tahu berteima kasih, x pandai bersyukur! Masih tidak dapat memberikan HAK yang sepatutnya kepada DIA..+_+
Sesungguhnya, masa jahil ku itu jijik untuk diingati lagi..tidak perlu rasanya diceritakan keaiban diri sendiri kepada umum. Cukuplah diriku dan DIA sahaja yang mengetahui, agar kejahilan itu dibuang jauh-jauh dari dalam diri. Astaghfirullah.. Namun itulah sebenarnya pengajaran yang harus diambil. Belajar dari pengalaman yang lepas.. Syukur ku yang tidak terhingga atas hidayah yang kau kurniakan, atas perancangan yang kau aturkan..Ya, perancangan DIA cukup rapi. Cuma kita tidak menyedarinya. DIA menyusun elok-elok kronologi hidup seorang anak adam dalam diari hari-hari hidupnya. Dan setiap yang berlaku, baik sesuatu yang indah hatta suatu yang menyentap jiwa, semua itu ada hikmah yang tersirat, untuk manusia terus berfikir dan berfikir menggunakan akal kurniaan yang ESA..


insyaALLAH ^_^



Penulis,

12.33 pm
Library UPSI

Friday, December 25, 2009

Christmast vs Hari Raya

Salam alaik buat teman-teman seperjuangan.. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta para sahabat dan keluarga baginda..
Baru 3 hari bercoti di rumah meluangkan masa bersama keluarga tercinta setelah menghabiskan 22 hari melatih diri sebagai bakal pegawai.. insyaALLAh. segala ilmu yang ku terima, segala pengalaman yang ku timba sememangnya cukup bermakna, akan ku semat elok-elok untuk di amalkan kelak sama ada tika aku sebagai seorang pelajar or even as future teacher as well.. insyaAllah ^_^
Apa yang ingin aku kongsikan bersama teman2 tika ini ialah berkisar mengenai perayaan Chrismast yang di sambut oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Namun begitu, kalau diperhatikan apabila christmast datang , mereka2 yang tidak menyambutnya pun turut girang kerana ketika inilah pelbagai jualan murah berlangsung dengan meriahnya, bukan setakat jualan murah, pelbagai barangan free di edarkan, tiket2 cuti hujung tahun @ holiday laris terjual dan pelbagai lagi function2 yang indah2 dan menyeronokkan menanti mereka di luar sana..
hurm... apa yang ingin aku highlightkan di sini ialah apa sebenarnya significant sambutan hari raya @ christmas bagi penganut itu sendiri..? adakah ianya sekadar untuk memeriahkan suasana, menggembirakan perasaan dan hati yang gundah gulana @ sekadar berjumpa teman2 dan keluarga menghabiskan masa bersama..?

Sebenarnya aku ckup terkesan tatkala membaca artikel terbaru saiful islam mengenai betapa rakus dan gembiranya warga kota bergembira tatkala cuti christmast datang menjengah.. sememangnya naluri kebaratan sudah sedikit sebanyak menyelinap  masuk dalam jiwa ummah kini..
di sini aku highlightkan beberapa poin penting yang aku highlight dari saifulislam.com:
MERRY KUFUR!
Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.
Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.
Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.
“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.
"Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.
Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan"
Aku terdiam sejenak, ada betulnya apa yang diiluahkan ustaz melalui artikel ini, bukan mahu menyalahkan sambutan hari raya @ christmast tersebut, tetapi sedikit sebanyak apabila difikirkan kembali ada betulnya..ketika itu, kita semakin alpa, dan jauh dari tuhan..lihat sahaja tika muncul hari raya, orang ramai tersenyum girang bersuka ria menjamu selera padahal significant ramadhan jauh berganda-ganda fadhilat dan rahsia keampunan bulan tersebut..
Di harapkan pada ramadhan akan datang aku akan mampu berdiri lebih jauh lagi memanfaatkan bulan penuh syahdu itu dengan sebenar-benarnya.. dan diharapkan pada eid mubarak akan datang, kita bukan sekadar bergembira malah turut berusaha mendekatkan diri dengan tuhan, agar sambutan itu akan lebih bermakna dan dilimpahi barakah dari Allah.. insyaAllah..sunguuh aku terkesan pada diri sendiri dan di harapkan kita turut cuba mengubah apa yang dapat diubah ke arah yang lebih mulia dan di sukai Allah.. insyaAllah.. nasihat ini turut ditujukan buat diri sendiri yang masih jahil dan cetek ilmu ini..
Sesungguhny manusia itu tidak akan sedar kesilapan dan kejahilan diri sendiri, selagi mana dia tidak disedarkan..
Akhir kata, salam MAAL HIJRAH..^_^
penulis,
6.39 am
Batu Pahat, Johor

Friday, November 27, 2009

Wahai jiwa..

Salam alaik..
Sudah agak lama tidak mengupdate blog ini..
Bukan tidak ada idea untuk menulis..namun diri sendiri khuatir untuk menulis perkara yang remeh temeh yang mungkin kurang manfaatnya kepada diri sendiri juga kepada pelawat2 di luar sana.. (ada pelawat ke? insyaAllah..+_+)huhuuu
Esok aku harus kembali ke kampus menunaikan kewajipan sebagai seorang pelatih..sebagai bakal pegawai..insyaAllah, memang agak berat, tapi jauh di suatu sudut gembira dengan pengalaman yang bakal dikutip nanti..apa yang perlu ada dalam diri ketika ini ialah kekuatan lahiriah dan batiniah, agar diri ini sentiasa bermotivasi melaksanakan suatu kewajipan!
Begitu juga halnya dengan kewajipannya ku pada yang ESA.. aku harus sedar hak2 yang perlu dilunas dan ditunaikan utk DIA! Dia yang maha satu yang mengetahui segalanya, yang mengatur segalanya! Aku sedar bahawasanya aku seringkali mencampurkan masalah2 peribadi dan duniawi ini dengan urusanku bersama DIA!
"Kamu harus sedar HAK dengan DIA tidak harus bercampur dengan yang Batil!" Seperti terkena batang hidug sendiri tatkala kakak naqibah ku menerangkan secara terperinci mengenai tajuk perbincangan kami yang berkisar mengenai HAK dan KEBATILAN yang tidak boleh sama sekali dicampur adukkan!
Mana tidaknya! Jiwa mudaku, jiwa remaja ku seringkali bergejolak! dan gejolak itu seperti melambai-lambai pada duniawi itu! Astaghfirullah..
"Dan sungguh, pada  haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. KAMI memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi yang meminumnya"                                                                              -An-Nahl:66-
Sesungguhnya niat yang ikhlas yang diluhurkan untuk DIA, adalah sama sekali tidak wajar mencampurinya dengan hatta sekelumit rasa kurang senang, mahupun sedikit berat untuk melaksanakan kewajipan kepadaNYA..
Memang! Memang sukar untuk mendapatkan jiwa yang luhur dan suci bersih bertawajjuh pada dia..Namun selagi usaha dan ikhtiar tidak bermain pada fizikal mu, maka mana mungkin ianya dapat dilakukan..sedikit demi sedikit!
Kami hamba yang lemah, terkadang lalai dan melakukan kesilapan YA ALLAH.. bantulah kami.. dalam mencari keluhuran itu..
Wahai jiwa, usahlah berduka..
Duhai hati, keluhuran itu didamba..
" Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu, dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKU"
-Al-Balad: 27-30-
"Sungguh beruntung bagi mereka yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
-Asy-Syams: 9-10-

Penulis,
8.35am
BP, Johor