Monday, June 15, 2009

Tokoh dan Penulis buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM bertemu Ilahi

Salamunalaik
Secara jujurnya, aku masih belum dpt menghabiskan buku tersebut..kalu x silap aku beli buku tersebut tahun lepas, namun hanya mampu dibaca dalam 5 hingga 6 helai sahaja.. rasa diri ini bersalah kerana tidak cuba menyelinap isi kandungan buku itu dengan Hati! kerana memahami dengan akal memang bersifat sementara.. astaghfirullah
Tokoh ini aku kenal sebagai penulis buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM. Namun hakikatnya tidak. Setelah ku selidiki, karya-karya beliau bukan sekadar karya-karya biasa, malah menjadi rujukan seluruh dunia Islam. beliau di gelar murabbi dalam kalangan ilmuwan yang sentiasa menjadikan beliau dan karya-karyanya sebagai rujukan utama dalam menuntut ilmu Allah.
Pemergian Tokoh Sheikh Fathi Yakan ke Rahmatullah (pada Subuh Sabtu 13 Jun 2009 yang lalu)  mengundang seribu satu rasa 'curious' dan bersalah di dalam diri.. karyanya yang ku kira amat terkenal di seluruh dunia Islam tidak ku hargai dengan sebenar-benarrnya.. Adakah disebabkan berita ini, baru sekarang kau punya keinginan untuk menyelak kembali ilmu yang tersirat di dalam buku tersebut..? Mengapa bukan waktu2 sebelum ini..? tepuk dada tanya iman! +_+
astaghfirullah

Sejumlah hasil tulisan dan pengalaman sentuhan sang Murabbi
Sejumlah hasil tulisan dan pengalaman sentuhan sang Murabbi
Al fatihah..
penulis,
11.28 pm

Wednesday, June 10, 2009

Garis Sempadan itu!

Salamun alaik..
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Membaca berita di dada akhbar hari ini (10 Jun) membuat diri ini sebak! Sedih  dengan saudara seIslam kita di sana. Kerana garis sempadan itu, mereka terasing..seolah-olah kita tiada langsung perkaitannya. Apa tidaknya! Kita di Malaysia hanya mampu melihat! mampu mendoakan mereka di sana..Tergamak penyerang menyerang dan menembak mati umat Islam yang sedang menunaikan solat, di dalam masjid pula tu..
namun, alangkah beruntungnya mereka. mereka Syahid.. cita-cita2 ku..
mereka mati ketika dalam solat..subhanaAllah

Ditembak di masjid


Oleh AZRAN FITRI RAHIM

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters
ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
= sungguh! kekejaman ini menaikkan kembali rasa tidak puas hati penduduk Islam di Selatan Thai. Apakah mereka benar2 sudah tidak selamat untuk duduk di kampung halaman sendiri! Penyerang tersebut sengaja menaikkan sentimen keagamaan dan persaudaraan di antara Malaysia dan Thailand sebaik sahaja perdana menteri mereka Abishit melawat Malaysia dalam usaha membaik pulih keamanan di Selatan Thai.

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters
PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters
Di sini ana selitkan reflection dariforum iluvislam.com daripada leokid mengenai pergolakan di Selatan Thai.  Moga mendapat manfaat!
Beberapa tahun lepas pun ada kes hampir serupa, berlaku di Pekan Narathiwat dan Tak Bai.
Saya masih teringat lagi hampir 10 tahun yang lalu, ketika saya dibesarkan di pekan Pengkalan Kubor, Kelantan. Pekan tersebut hanya dipisahkan oleh sebuah sungai (Sungai Golok), dan di seberangnya adalah pekan Tak Bai, negara Thailand.
Masih terngiang2 di memori saya, menaiki bot penambang 20 sen untuk ke pekan TakBai mencari ikan laga atau sekadar menonton ayam sabung di sana (masa tu budak2 lagi, biasa lah).
Namun yang ingin saya bawa kita semua fikirkan, negara tersebut, pekan tersebut, hanya dipisahkan oleh sebuah sungai yang jaraknya tidak sampai 1 atau 2 kilometer. Dan ketika insiden pembunuhan Muslim beramai2 yang berlaku di sana beberapa tahun yang lalu, adakah kita (atau spesifiknya, penduduk Muslim di pekan Pengkalan Kubor) terasa akan sengsaranya?
Tidak, malah kehidupan diteruskan seperti biasa. Perniagaan diteruskan seperti biasa, hiburan diteruskan seperti biasa.
Lihat, betapa kuatnya garisan bergelar sempadan negara yang digariskan oleh penjajah kepada kita, sehingga mampu memutuskan ikatan silaturahim sesama saudara seagama kita?
Saya tidak sekadar memfokus kepada penduduk di pekan Pengkalan Kubor sahaja. Sebaliknya fenomena ini melanda kita semua, umat Islam di seluruh dunia. Ustaz Hasrizal menggelarkannya sebagai "Aku Tidak Peduli-sma"
Meminjam analogi yang beliau gunakan, umat Islam seolah-olah semakin selfish.
Umat Islam di Palestin dibunuh - "Ah itu di palestin, ribu2 kilometer jauhnya. Aku di benua lain."
Umat Islam di Thailand dibunuh - "Ah itu di negara lain, aku di Malaysia"
Umat Islam di utara semenanjung dizalimi - "Ah itu di utara semenanjung, aku di tengah2"
Ada saudara seIslam di Kuala Lumpur yang dirompak - "Ah itu di Kuala Lumpur, aku di Selangor.
Ada saudara seIslam di Subang Jaya menjadi mangsa rogol - "Ah itu di Subang Jaya, aku di Shah Alam"
Ada saudara seIslam di Seksyen 3 diculik - "Ah itu di Seksyen 3, aku di Seksyen 17"
Dan seterusnya..sehinggalah bencana/sengsara tersebut kena pada diri kita sendiri baru kita peduli.
Di manakah semangat persaudaraan Islam, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan, mafhumnya umat Islam itu bagaikan anggota badan, jika satu sakit maka yang lainnya turut merasa sengsaranya?
Jangan sampai terkena pada diri kita sendiri, tatkala kita menagih simpati umat Islam yang lain tidak peduli, baru kita rasa betapa peritnya.
Penulis,
we care for them
11 june

Monday, June 1, 2009

Adikku...

Adikku..
Adakah salah mak dan abah? Hingga adikku begini sikapnya?
Adakah salah aku dan akak tidak membetulkan sikapnya sejak sedari awal lagi..?
Adakah harus kita menyalahkan mana-mana pihak setelah apa yang sudah berlaku?
Adikku..
Dia bukan seperti dahulu..
Dia tidak lagi menjadi adik yang aku banggakan
Dulu, adikku, begitu gah namanya di sekolah, sebagai ketua asrama, tokoh sukan, aktif dalam pelbagai aktiviti, imam di surau..
Tapi itu dulu..
Aku cukup sedih..!
Mak dan abah apatah lagi!
Adikku, bagaimana bisa kau berubah sedemikian rupa?
Cukup drastik kau berubah
Kau semakin jauh
Jauh dari keluarga yang sepatutnya menjadi tulang belakang kau,
Tatkala kau jatuh dan bangun
Tapi kini,
Kau jauh pergi merapati hiburan dan keseronokan
Jauhh ke lembah sana..
masyaAllah..
Teman-teman kau yang kau utamakan..
Kau jadi sosial
Pandai main perempuan
Tatkala masa terluang kau keluar malam..
Kami tak tahu apa yang kau buat di luar sana..
Kami hanya mampu melihat, dan menasihatkan apa yang termampu
Adikku..
Tatkala mak dan abah melihat
Dengan mata kepala mereka sendiri
Mereka cukup sedih..
Perbuatan yang mengguris hati mereka
Mereka cukup terkesan
Atas apa yang yg kau dah lakukan
Adikku
Abah dan mak mahukan yang terbaik
Untuk masa depan kau
Kau tidak sedar itu semua
Apa yang kau fikirkan
Keseronokan semata!
Fikirkanlah adikku
Bagaimana hubungan kau dgn DIA
Hubungan kau dengan ya Rabb
Adakah kau menjaga hubungan kau dengan DIA?
Bagaimana pula hubungan kau dengan mak dan abah?
Hubungan kau dengan adik beradik..
Adik-adik melihat perbuatan kau
Bagaimana bisa kau ingin menjadi contoh kepada mereka?
BAGAIMANA?
Adikku..
Tika ini
Tika jari jemari ku menekan kekunci di papan keyboard
Fikiran mak dan abah tidak pernah lepas
Memikirkan kau di luar sana
Mendoakan keselamatan kau
Moga kau selamat sampai
Di samping dijauhi segala yang berbahaya
Memikirkan bagaimana kau akan berubah
Menjadi adikku yang dahulu
Adikku yang soleh..
insyaAllah..+_+
nukilan,
kakanda
11.25pm

Memburu Cinta al-Khaliq

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.

Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua!!

Walau demikian, sehebat manapun cahaya cinta Ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka buta mata hatinya. Inilah yang menjadikan jiwa insan kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak-pinak dan sahabat handai.

Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.

Allah SWT menerangkan bahawa setiap maksiat hamba-Nya itu tidak sedikitpun dapat menggoncang kerajaan dan kekuasaan-Nya atau mengurangkan kehebatan-Nya. Dan setiap ibadat hamba-Nya itu tidak sedikitpun memberi manfaat kepada-Nya.

Bahkan kekallah kerajaan Allah SWT gagah perkasa dan berdiri dengan sendiri-Nya tanpa memerlukan bantuan makhluk-makhluk-Nya.
Maka hakikat sebenar Allah SWT memerintahkan hamba beribadat dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya ialah demi kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia agar manfaat semua itu kembali kepada para hamba-Nya, juga untuk faedah dan kebaikan mereka sendiri di dunia dan di akhirat.
Peringatan inilah yang zahir dalam firman Allah, Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada (memerlukan) sekelian alam. (al-Ankabut: 6)
Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.

Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)

Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.
Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".

Memperbanyakkan istighfar dan taubat juga adalah tanda seorang mukmin yang benar dan sempurna dalam keimanannya. Oleh kerana itulah, sekalipun Baginda SAW terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat, Baginda melazimi istighfar dengan jumlah yang banyak setiap hari.

Menurut Sheikh al Islam Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.a, Nabi SAW beristighfar bukan kerana melakukan dosa dan kelalaiannya sebab adalah mustahil bagi kedudukan dan darjat Baginda SAW. Sebaliknya, istighfar Baginda SAW adalah istighfar ibadah sebagai suatu munajat dan berlazat-lazat dalam pengabdiannya kepada Allah SWT.
Inilah suatu sisi daripada gambaran keistimewaan dan kesempurnaan Rasulullah SAW bagi sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah SWT pintu untuk mengenali-Nya.
Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.
Jika kasih ibu dipuja dan dinobatkan begitu tinggi oleh manusia tanpa mengira agama, maka seharusnya cinta dan kasih Tuhan itu lebih dipuji, dipuja dan didaulatkan. Justeru, wajarlah cinta ilahi itu dibalas dengan rasa pengagungan, taat setia dan menjunjung perintah dengan penuh keikhlasan, keazaman dan keluhuran budi.
Para penghulu salafussoleh yang telah sekian lama meninggalkan kita telah pun mengecapi nikmat ini. Nikmat berlazat-lazatan dalam mencintai Allah SWT dan Allah SWT pula mencintai mereka.
Munajat dan rintihan mereka menjadi perhiasan malam hari dalam usaha mendamba kasih-Nya. Mereka benar-benar telah mendambakan cinta dan kasih al-Khaliq. Cahaya kasih itu pula terpancar dari kalam nasihat dan bicara mereka buat umat.
Bicara, nasihat dan pedoman mereka terbit dari hati yang telah disirami dengan cinta al-Khaliq. Lantas apa yang disampaikan benar-benar membekas di hati para pendengarnya. Lalu diamalkan dan dijadikan sebagai manhaj ikutan dalam kehidupan sehingga ke hari ini.
Demikianlah keistimewaan dan keajaiban bagi hati yang telah disinari cahaya kasih dan cinta Allah SWT.
Maka tiada lagi pilihan bagi golongan beriman selain berusaha mencari jalan memburu kasih dan cinta-Nya. Terdapat pelbagai jalan melalui amal kebajikan dan peribadatan untuk meraih kasih-Nya, sebanyak nafas yang keluar masuk di jasad insan.
Memburu cinta Allah juga bererti memburu cinta para kekasih Allah yang boleh menyampaikan kita kepada Allah. Apabila kita dihimpunkan bersama para kekasih Allah SWT yang benar-benar mendapat pandangan khusus dan inayah-Nya, pada saat itulah segala kalam bicara, tindak-tanduk dan seruan kita menjadi cerminan bagi sunnah Penghulu Segala Rasul, Sayyiduna Muhammad SAW.
Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28). Wallahu a'lam.
sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, May 27, 2009

Ampuni daku

Jam menunjukkan 2.10 am.
entah kenapa aku masih segar.  namun sesekali hidung ini,  ku pulas2, ku picit2..
alah pada habuk mungkin.. penangan kopi 'gold roast' yang baru ku hirup jam 11 tadi..mungkin.. hatiku mengiyakan..
baru dua hari aku me'relaks'kan diri di rumah..membantu mana yang patut, yang terdaya ( nmpk sgt buat ala kadar je..huuhu) hish, kau kena ikhlas! mane bleh tolong mak x ikhlas..buat dgn hati yang ikhlas tau! baru dapat ganjaran dari Allah!..^_^ insyaAllah..aku menanam niat!
penat dari kem menembak baru2 ni, semakin hilang.. alhamdullillah. pelbagai ilmu dan pengalaman ku timba, manis pahit perjuangan mencari ilmu (ilmu ketenteraan tuh!), ku titipkan, ku semat elok2..insyaAllah nilai2 murni itu, aku amalkan, aku smpaikan..
Ya Allah, sesungguhnya ku akui iman ini turun dan naik..andai aku terleka, andai aku terlupa, ingatkan aku ya Allah! aku hamba yang lemah.. sering lalai dengan arus duniawi dan keseronokan. sering terjatuh dalam lembah nafsu syaitan. Namun, engkau x pernah lupa melindungi daku, menjaga keselamatan aku, alhamdulliah.. terima kasih ya Allah
Bagaimana bisa aku berterima kasih pada MU!
Bagaimana aku memelihara mu Ya Allah, sebagaimana Kau melindungi kami..
Sejenak, aku terpanggil untuk mengingati kembali Hadith 19 yang disampaikan seorang akhawat baru2 ni..
Sebahagian hadith ini:
"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia akan senantiasa bersamamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah.
Dalam riwayat lain:
"Jagalah Allah nescaya engkau akan mendapatiNya berada di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang, Dia akan mengenalimu di saat kesulitan..
Ketahuilah kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi dugaan, dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan"..
Hadith ini cukup terkesan di hati ini..mungkin terkena batang hidung sendiri. memikirkan terkadang diri ini tidak memelihara Dia sepenuhnya. Astaghfirullah
Sesungguhnya, hidup ini merupakan perjalanan yang cukup panjang. oh Tuhan, bagaimana mungkin aku berterima kasih padaMu!
Andaiku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umur ku
andaiku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa2 ku
aku takut, dosa yang terus membayangiku...
Andaiku tahu
malaikatmu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padamu
aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
ampuni daku dari segala dosa2 ku
ampuni daku
menangisku bertaubat padamu
-Andai Ku Tahu, Ungu-
penulis,

Saturday, May 2, 2009

Penyakit Jiwa

Jiwa ini terkadang memberontak
gejolak remaja mungkin..!?
jiwa ini terkadang terasa begitu kering..
kering dek kurangnya amal dan iman
kiranya dapat dilihat dengan mata kasar..
Jiwa ini kusam warnanya
sekusam hati dan perasaan..
manusia berhibur, bersukaria..
dengan jiwa yang kosong..
apa makna semua ini?!
berhibur dan mencari hiburan..
padahal..,
hakikatnya ..
jiwa memberontak.., kosong..!
HIPOKRIT kau manusia!
di luar kau ketawa!
terkekeh kekeh..
kau termungil..
..namun..?
mengucap dan beristighfarlah..
wahai jiwa..
wahai hati..
Astaghfirullah..
kepada MU aku berserah diri..
penulis,

Tuesday, February 3, 2009

Bila lagi?

Bila lagi namamu akan berada dipuncak...
bila lagi dikau akan dijulang
bila lagi zaman kegemilangan itu akan kembali hidup..
bila?
bila lagi zaman kebangkitan ISLAM itu akan muncul?
bila lagi ISLAM itu akan disegani seluruh pelosok dunia?
Bila??
Tatkala aku menjengah sejarah Islam gemilang itu..
mindaku berputar,
tika itu..,
ilmu berkembang dengan mekarnya..
sahsiah menjana diri..
ketokohan menyuluh kemajuan..
agama teguh sebagai pegangan..
namun.. itu tinggal sejarah..!
Adakah salah kita??
Salah kita yang semakin alpa pada sejarah?
adakah salah kita yang tidak pernah belajar sejarah dengan hati?
adakah salah kita?
Sejarahlah yang mengajar kita erti jatuh dan bangun..
Sejarah juga buat kita sentiasa berfikir
bagaimana bisa ummah kini membangun..
Ku soroti kembali tinta sejarah itu,
di mana dia pejuang-pejuang itu?
di mana dia pejuang-pejuang yang tidak pernah gentar dengan musyrik kafir itu?
Salahuddin tidak pernah meninggalkan tahajudnya di tengah malam..
Muhammad al Fateh manusia yang tidak pernah tidur..,
tatkala memikirkan bagaimana menawan Constantinople..
Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman, Saad Abu Waqqas,..
hari-hari mereka tidak pernah kering dengan al Quran ..
ditambah dengan ilmu telaah Rasullulah..
Nah! hasilnya,, mereka menjadi manusia perkasa!
SubhanaAllah
Kini..
musyrik durjana itu
telah membuat kita lemah..
merasuk dengan idea sekularisme
kita jadi lemah..
lemah iman
lemah pemikiran
mengelabui mata..
kebaratan menjengah ke dasar hati..
setiap anak bangsa..
ayuh! fikirkan!..
nukilan,
penulis