Salamun alaik..
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Membaca berita di dada akhbar hari ini (10 Jun) membuat diri ini sebak! Sedih dengan saudara seIslam kita di sana. Kerana garis sempadan itu, mereka terasing..seolah-olah kita tiada langsung perkaitannya. Apa tidaknya! Kita di Malaysia hanya mampu melihat! mampu mendoakan mereka di sana..Tergamak penyerang menyerang dan menembak mati umat Islam yang sedang menunaikan solat, di dalam masjid pula tu..
namun, alangkah beruntungnya mereka. mereka Syahid.. cita-cita2 ku..
mereka mati ketika dalam solat..subhanaAllah
Ditembak di masjid
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
= sungguh! kekejaman ini menaikkan kembali rasa tidak puas hati penduduk Islam di Selatan Thai. Apakah mereka benar2 sudah tidak selamat untuk duduk di kampung halaman sendiri! Penyerang tersebut sengaja menaikkan sentimen keagamaan dan persaudaraan di antara Malaysia dan Thailand sebaik sahaja perdana menteri mereka Abishit melawat Malaysia dalam usaha membaik pulih keamanan di Selatan Thai.
Di sini ana selitkan reflection dariforum iluvislam.com daripada leokid mengenai pergolakan di Selatan Thai. Moga mendapat manfaat!
Beberapa tahun lepas pun ada kes hampir serupa, berlaku di Pekan Narathiwat dan Tak Bai.
Saya masih teringat lagi hampir 10 tahun yang lalu, ketika saya dibesarkan di pekan Pengkalan Kubor, Kelantan. Pekan tersebut hanya dipisahkan oleh sebuah sungai (Sungai Golok), dan di seberangnya adalah pekan Tak Bai, negara Thailand.
Masih terngiang2 di memori saya, menaiki bot penambang 20 sen untuk ke pekan TakBai mencari ikan laga atau sekadar menonton ayam sabung di sana (masa tu budak2 lagi, biasa lah).
Namun yang ingin saya bawa kita semua fikirkan, negara tersebut, pekan tersebut, hanya dipisahkan oleh sebuah sungai yang jaraknya tidak sampai 1 atau 2 kilometer. Dan ketika insiden pembunuhan Muslim beramai2 yang berlaku di sana beberapa tahun yang lalu, adakah kita (atau spesifiknya, penduduk Muslim di pekan Pengkalan Kubor) terasa akan sengsaranya?
Tidak, malah kehidupan diteruskan seperti biasa. Perniagaan diteruskan seperti biasa, hiburan diteruskan seperti biasa.
Lihat, betapa kuatnya garisan bergelar sempadan negara yang digariskan oleh penjajah kepada kita, sehingga mampu memutuskan ikatan silaturahim sesama saudara seagama kita?
Saya tidak sekadar memfokus kepada penduduk di pekan Pengkalan Kubor sahaja. Sebaliknya fenomena ini melanda kita semua, umat Islam di seluruh dunia. Ustaz Hasrizal menggelarkannya sebagai "Aku Tidak Peduli-sma"
Meminjam analogi yang beliau gunakan, umat Islam seolah-olah semakin selfish.
Umat Islam di Palestin dibunuh - "Ah itu di palestin, ribu2 kilometer jauhnya. Aku di benua lain."
Umat Islam di Thailand dibunuh - "Ah itu di negara lain, aku di Malaysia"
Umat Islam di utara semenanjung dizalimi - "Ah itu di utara semenanjung, aku di tengah2"
Ada saudara seIslam di Kuala Lumpur yang dirompak - "Ah itu di Kuala Lumpur, aku di Selangor.
Ada saudara seIslam di Subang Jaya menjadi mangsa rogol - "Ah itu di Subang Jaya, aku di Shah Alam"
Ada saudara seIslam di Seksyen 3 diculik - "Ah itu di Seksyen 3, aku di Seksyen 17"
Dan seterusnya..sehinggalah bencana/sengsara tersebut kena pada diri kita sendiri baru kita peduli.
Di manakah semangat persaudaraan Islam, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan, mafhumnya umat Islam itu bagaikan anggota badan, jika satu sakit maka yang lainnya turut merasa sengsaranya?
Jangan sampai terkena pada diri kita sendiri, tatkala kita menagih simpati umat Islam yang lain tidak peduli, baru kita rasa betapa peritnya.
Penulis,
we care for them
11 june
0 comments:
Post a Comment