Monday, October 27, 2008

Zalimkah aku??

Hari ini aku tersentap tatkala teringat tugasan yang belum aku usaikan lagi.. aku tersentap pabila teringat hukum Allah yang bakal menimpa diriku tatkala tanggungjawab ku ini masih belum terlahsana dgn sempurna..
Zalimkah aku?? Aku merasa diri ini sungguh zalim tatkala gagal menyampaikan kebenaran ini! Aku malu pada diri sendiri, malu pada teman2, malu pd Allah yang terutama bila mana melengah-lengahkan tanggungjawab ini.. Aku tersentap pabila terbaca hadith ini:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyembunyikan keterangan(saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?
(Al-Baqarah:140).
Telah lama sebenarnya tugasan ini terhenti.. x perlu aku salahkan sesiapa.. tuding saja pada diri sendiri..! Bagaimana bisa kamu membahagi masa?? Masa yang begitu pantas berlalu, dibiarkan saja tanpa usaha melangsaikan tugasan ini.. bangkitlah kamu! Sedarlah..!
Dan hari ini aku tekad untuk menyempurnakan syahadah ku kepada umat manusia.. Dan ini merupakan langkah ku yang pertama untuk aku menyempurnakan syahadah ku..
SUDAH SEMPURNAKAH SYAHADAH KAMU??
Membaca tajuk sudah membuatkan ramai yg tertanya-tanye..apa sbnarnya yang ana ingin smpaikan... Syahadah.. shahadah bermaksud penyaksian..bila bercakap mengenai saksi kta x terlepas dengan memikirkan mahkamah, keadilan..kita tahu tanpa saksi kebenaran x kan dapat dibuktikan.
soroti kisah di bawah..
Ainum berjalan perlahan-lahan menuju bahu jalan.. digagahi juga, walau pun dalam keadaan perut yang memboyot.. Ainum begitu mengidam kuih Seri Muka buatan tangan cik Kiah... Cik kiah melambai-lambai dr jauh.. ainum senyum.. dia berjalan menuju warung cik kiah melintasi jalan.
namun, entah dr mana dtgnya kereta kancil itu, ..ainum terkejut. kereta kancil itu terus merempuh ainum yang sedang sarat mengandung.. cik kiah tersentap,, hanya mampu melihat..AINUM!! cik kiah x terkata apa2..
kereta kancil tadi tanpa ada rasa perikemanusiaan, terus laju memecut, lari dari kesalahan.. Ainum dilihat terbaring di tgh jalan..KEADILAN buat ainum mesti ditegakkan! cik kiah berbisik di telinga.. dia mengetap bibirnya.. sedih mengenangkan ainum..
Berdasarkan cerita pendek itu td, cik kiah merupakan saksi kejadian itu.. maka untuk menegakkan kebenaran, cik kiah semestinya akan mengemukakan dakwaan bahawa terdapat kereta kancil yang telah melanggar ainum.. kita lihat di sini,, peranan saksi itu jelas.. amat penting.. cik kiah perlu menyatakan kebenaran tersebut, untuk memastikan si pelanggar itu menerima hukuman yang sewajarnya!!
Apa yang ana ingin kaitkan di sini, ialah kita juga telah bersaksi.. kita telah bersaksi atas  dua kalimah syahadah, Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu utusan Allah. Bermakna kita sudah membuat pengakuan. Apa tugas saksi? Membuktikan dan memberi keterangan. Bermakna di sini, syahadah itu bukan hanya satu ungkapan pengakuan dan persaksian saja tapi perlu dibuktikan!
Tahukah kita bahawa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai saksi ini bukan sekadar solat 5 waktu, baca al quran, menunaikan zakat, bersedekah, membuat amal makruf nahi mungkar?? jawapan nya tidakk..tidakk..
KIta perlu tahu, setelah selesai tugas rasul menyebarkan kebenaran ISLAM, kini tibalah saat & waktunya, giliran kita..
Di sini, ana ingin mengajak seluruh sahibah dan teman2 utk merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu kita, KITA, yang mendakwa beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan apabila akur dengan segala perintah Allah dan RasulNYA..
Maka, ayuh teman2ku, sebarkan kebenaran ini..jgn biarkan manusia yng bergelar ISLAM itu terus kabur,,
to be continue..

0 comments: