Friday, October 9, 2009

Masjidil Aqsa..

Aqsa
Kau teguh di situ..
Teguh berdiri di situ!
Padahal di luar manusia bertelingkah,
Bertengkar, bertempur!
Kufar itu menjadi penghalang..
Perkarangan Aqsa menjadi haram!
Kepada Muslimin menjejakkan kaki..
Apatah lagi mengerjakan ibadah suci di situ!
SubhanaAllah
Hanya ucapan zikir yang mampu terlahir..
Zahirnya mata sudah puas bergenang butir-butir jernih..
Batinnya hanya Allah saja yang tahu..
Betapa perit!, pedih..
Kecewa,sedih..
Aqsa
Kau menjadi taruhan..
Dek yahudi yang dengki
Menjadikan tanah suci ini sebagai sebahagian negara mereka..
Kerana matlamat dan aqidah mereka..
Sudah berabad lamanya..
Syaitan2 itu merancang
Menjatuhkan ummah
Merosakkan deen
Mengguling kerajaan ISlam!
Justeru
Wahai pemuda pemudi..
Mohon lah pada DIA..
Dikurnia kekuatan dan ketabahan..
Menangkis segala serangan pemikiran ini..
Kerana ghazwul fikr ini adalah strategi mereka..
penulis,
Library UPSI
5.40 pm
Keratan akhbar-Kosmo- (5 OKT 2009)

Perbalahan di luar Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - Polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin berbalah dekat pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.
Menurut polis dan beberapa saksi, perbalahan itu berrlaku selepas pihak berkuasa Israel menutup laluan untuk pergi ke masjid itu di Baitulmaqdis menyebabkan 150 hingga 200 orang bersolat di luar Pintu Singa.
Perbalahan itu berlaku selepas solat apabila sekumpulan penunjuk perasaan membaling batu menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan air, kata saksi-saksi.
Menurut anggota paramedik, sebanyak lapan orang mengalami kecederaan dan sebanyak tiga lagi ditangkap.
Suasana di Bandar Lama di Baitulmaqdis tenang tetapi kembali tegang beberapa jam kemudian selepas perbalahan tersebut.
Anggota-anggota keselamatan ditempatkan di beberapa laluan sempit di bandar itu.
Polis menyatakan pihaknya menutup laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas satu pembesar suara di majlis itu meminta penganut Islam berhimpun.
"Kami menutup laluan ke majlis itu berikutan hasutan yang dikeluarkan menerusi pembesar suara," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld. - AFP

ANGGOTA-ANGGOTA polis menyekat penduduk palestin memasuki laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis
ANGGOTA-ANGGOTA polis menyekat penduduk palestin memasuki laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis

0 comments: