Saturday, September 19, 2009

Ahlan Wasahlan

salam perkenalan buat bloggers2 sekalian..
bukan tiada blog sebelum ini, cuma berlainan tempatnya. Jika sebelum ini saya menulis luahan di blog di laman friendster, jadi rasanya tak salah mencuba sesuatu yang baru di alam bloggers ini..
Moga usaha ini diredhaNya kerana niat hanya satu, mengembangkan ilmu, seterusnya memberi ilmu. InsyaAllah
Sila2kan memberi tunjuk ajar ye..syukran jazilan! ^_^





Friday, September 11, 2009

Memori 1 Ramadhan

Taman U, Tanjong Malim
5.10 am
Kak ayu mengejutkan adik2 yang lena dibuai mimpi..gelaran MOMMY memang cukup sesuai..spt ibu yg mengejutkan anak2 utk bangun bersahur..huhuuu
5.15
Disebabkan tiada apa yang dapat di makan di rumah, kami berenam sepakat bersahur di luar.. wah! first time bersahur di luar sepanjang belajar di upsi..excited gak..huhu., first time bersahur bersama sahabiah2 yg hatinya luhur dan murni menuju jalanNya..insyaAllah.. sesungguhnya, maha suci engkau yang memudahkan urusan kami!
Proton Juara meluncur laju di atas jalan raya. Di luar, hujan yang tadinya renyai semakin lebat..hujan rahmat menyambut 1 ramadhan..hatiku ku berkata~..kami melihat di tepi jalan, warung2 @ restoran2 yang rasa ok utk kami singgah dan mengisi perut..
"ini ok kot.." kak ayu bersetuju dan Juara diberhenti kan di tepi jalan.. hujan masih lagi turun.. kami bergegas keluar dan masuk ke Warung Seafood kalu x silap nama dia..agak segan mulanya nk memasuki perkarangan warung tersebut, mana x nye, pelanggan sume pokcik2 dan student lelaki..tapi kmi buat2 cool aje..huhu..kami trus duduk, dan trus msg2 setuju utk mengorder juadah yg sama, supaya cpt siap! " nasi gorng kampong 6! teh tarik 6!" kak ayu mengorder..huhu ^^
alhamdullillah, seusai habis bersahur kami pulang ke rumah.. perut masg2 sudah terisi.. alhamdullilah, Jgn lupe! niat puasa di bulan ramdahan ye!
REFLECTION:
Sesungguhnya ini baru permulaan langkahku, perjuangan bersama sahabiah2 sekalian..
Dan pada hari ini, objektif dan misi yang lebih besar perlu dilaksanakan..
Ya Allah, sungguh! nikmatmu amat agung! tidak termampu kam menghitungnya.. sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdullilah..
Kau jadikanlah hati kami ini sentiasa bertaut & terus teguh di jalanMU..insyaAllah
Sepotong ayat yang dapat dikongsi:
" Maka nikmat Tuhan yang mana, yang dapat kamu dustakan?"
- Surah ArRahman: 39 -
Reflection,
penulis
1 Ramadhan.

Thursday, August 20, 2009

RaMadhan Ya Kareem..^^

Salamunalaik.. tinggal beberapa hari saja lg..Ramadhan bakal menjelma.
sungguh, aku bersyukur pada mu ya Rabb, kau masih panjangkan jasad dan roh ini untuk untuk aku bertemu dengan bulan mulia ini, insyaAllah.
Semoga dalam bulan yang penuh barakah ini, kita perbaiki amal, mantapkan ibadah, moga dirahmati segalanya. insyaAllah ^^
Sedikit perkongsian untuk tatapan teman2:

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

1) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
2) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
tinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
3) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
4) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
6) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
7) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
8) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
9) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

sumber: zaharuddin.net

Monday, August 3, 2009

Mencari Kekuatan

Salamuna'laik..
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw & para sahabat..
Sudah melewati hari ke 4 aku bercuti di rumah.. cuti gara2 H1n1 + cuti midsem yang diawalkan..dalam hati agak gumbira tapi sebenarnya dalam masa yg sama fenin kepala  memikirkan kerja2 'sihir' yang bertimbun dan bakal bertindih..apa tidaknya, Test yang dijangkakan berlangsung pd minggu ini, terpaksa ditunda ke hari lain.. di tambah dengan assignment n lab repot..
Boleh aje kalu nk disenaraikan di sini, buat ingatan diri sendiri dan mgkn shbt seperjuangan..huhu::
TEST
1. TKU= Tarikh asal 8.8.09 ditunda ke 15.08.09 + Quiz (latest!) ^_+
2. TBD= Tarikh asal: 16.8. 09 (mgkn tarikh ni xkan berubah!)~ kecut perut sudah
3. TBK= Tarikh asal. 4.8.09. gara2 cuti H1N1, ditunda ke tarikh baru..
4. TSP = Tarikh asal mggu ini.. kemungkinn ditunda ke mggu satu lg
Assignment + task:
1. TBK= new thinking map production~ for Test reference..^_+
2. TKU=Lab report
3. TBD= PBL 3~ presentation: my turn!
3. TSP= Lab Report
itulah sebahagian tugasan duniawi yang aku perlu laksanakan..
namun, hakikatnya, dok kat umah, satu assign pon x jalan..^_+ wut to do??
Sesungguhnya, aku mencari kekuatan diri ya Allah.. disamping urusan duniawi yang aku perlu lunaskan, aku tahu dan aku perlu mendapatkan hatta secamca 'urusan' ukhrawi agar aku tidak lupa dan alpa di jalanmu Ya ALLAh.
Sesungguhnya, aku cuba sedaya upaya menonjolkan yang terbaik buat mak abah. Agar menjadi qudwah hasanah dalam kalangan keluarga ini. InsyaAllah
Moga dikurnia kekuatan dan dipermudah dalam melunaskan kerja2 yang bertimbun itu.. Sesungguhnya ingatlah Allah sentiasa di sisi!
InsyaAllah.. ^_^
p/s: petang td, baru selesai memahirkan diri memandu di bukit & parking. doakan ana mudah lulus ya! huhuu ^_+
insyaAllah
penulis,
10.45 pm
Batu Pahat

Thursday, July 16, 2009

Muhasabah seorang Daie

1.  Rasa Berkorban
-sentiasa merasakan setiap apa yang dilakukan adalah mujahadah. Tugas  dan tanggungjawab ini kerana Allah
2. Seorang daie kerjanya melebihi masa..
3. Daie,  xde masa utk lemah semangat!
4. Gilap logam Diri
5. ALLAH melihat USAHA bukan hasil!
6. Mengatasi segala keuzuran, penting bg seorang Daie
7. Dalam perjuangan, tiada istilah gagal
8. Melakukan yang terbaik utk tugas dakwah!
9. Check mutaba'ah amal
10. Sentiasa memperbaharui niat!
11. Bersangka baik sesama manusia & sentiasa menyatukan tali sillaturrahim
12. IsTiqamaH!
muhasabah diri..
untuk ingatan bersama ^_^
insyaAllah.
penulis,
3.24 am

Wednesday, July 1, 2009

Kematian yang tidak bertarikh

Alhamdullilah.. syukur pad mu Ya Rabb
Selawat dan salam buat rasul junjungan, keluarga dan para sahabat baginda
Untuk entry kali ini aku sebenarnya agak tertarik dgn berita kematian MJ (micheal Jackson) yang meninggal dunia secara mengejut.  a bit stunned actually.,huhuu
dan kini, di mana2 org menyebut mengenai kesahihan MJ dalam keimanannya kepada ISLAM. I'm a bit curious as well.,. bagaimana agaknya majlis pengebumiannya, dan jika benarlah MJ atau nama Islam nya MIkael telah memeluk Islam dengan rasmi, bagaimana reaksi peminat2 nya, dan kita sememangnya mengharapkan berita gembira mengenai kebenaran keislaman MJ. Sudah tentu keislaman nya membawa pengaruh besar kepada seluruh dunia yang mungkin membawa ke arah positif.

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu kebenarannya. Michael sendiri tidak pernah menyatakan secara rasmi dan terbuka mengenai keimanannya kepada agama tauhid Allah ini.
Sesungguhnya kematian itu tidak bertarikh. Oleh hal yang demikian, berlumba2 lah kita mencari kebaikan untuk bekalan di SANA nanti.
فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ
“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” al-Maidah :48
Di sini, terdapat artikel yang menarik yang dapat dikongsi bersama berkaitan MJ dan hakikat kematian kita yang tidak bertarikh.
semoga mendapat manfaat bersama. insyaAllah ^_^
.................................................................................................................................
Sana sini orang masih menceritakan khabar kematian Michael Jackson yang matinya secara mengejut. Namun pemerhatian masyarakat di kita tidaklah terfokus sangat pada sebab kematiannya walaupun masih belum terungkai dengan sepenuhnya. Menariknya kematian selebriti ini responnya berlainan berbanding kematian penyanyi dunia yang lain. Apa yang menjadi titik persoalan sebahagian masyarakat kita yang bukan semua peminat fanatiknya adalah status keislamannya. Status agamanya inilah yang telah membawa kepada perbincangan dan perdebatan agama di internet secara meluas. Info ini jugalah yang menjadi tarikan magnet pada minda saya untuk mengikuti juga sedikit sebanyak perkembangan lanjut mengenai kematiannya.
Michael atau nama Islamnya Mikhail, diberitakan telah memeluk Islam pada 21 November 2008. Adalah tidak mustahil seorang yang bergelumang dengan segala kesesatan dan kemasyhuran batil yang akhir hayatnya berada dalam cahaya kebenaran. Begitulah juga sebaliknya kerana inilah hakikat keimanan yang kuasa penentunya disisi Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa.
Walaupun disahkan oleh media terutma The Sun dan pengakuan saudara kandungnya sendiri, namun sayangnya setakat ini saya belum menemui pengakuan secara terang-terangan oleh Michael sendiri. Inilah yang menjadi persoalan atas keislamannya meskipun rata-rata Muslim mengharapnya sebegitu. Persoalan ini masih tidak terungkai apabila keluarganya pula memutuskan untuk merahsiakan lokasi perkuburannya dan cara ia disemadikan.
Keimanan kepada Allah s.w.t adalah hakikat yang sangat penting bagi kehidupan seorang manusia berbanding dengan cara dan sebab kematiannya. Hakikat inilah yang membezakan status seorang manusia dan nilai kehidupannya itu sendiri. Jikalau muslim dengan sepenuh kepercayaan mengesakan Allah s.w.t maka setiap inci hidupnya selepas pengakuannya itu akan dinilai, manakala sebelumnya akan terlebur. Namun sekiranya tidak, maka setiap langkah kehidupannya adalah sia-sia dan amalnya seperti debu-debu yang berterbangan.Firman Allah Taala:
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” Furqan :23
Michael adalah antara jutaan manusia yang matinya tidak disangka-sangka baik mereka yang disekelilingnya atau mungkin beliau sendiri. Tinggal lagi kematiannya mendapat laporan terhangat kerana beliau seorang penyanyi dunia yang terkenal. Kematian yang meninggalkan segala kemasyhuran dan kekayaan yang dikecapinya selama ini. Perpindahan dari rumah yang besar tersergam ke lubang kubur yang bersegi empat kecil. Andainya beliau benar seorang Islam, maka ia sangat beruntung baginya. Satu pencarian hakiki yang telah ditemuinya di fasa-fasa terakhir kematiannya.
Alangkah bagusnya kalau beliau benar-benar mengakui keislamannya dan memperlihatkan dengan jelas cahaya itu berkesan dalam dirinya di akhir-akhir ambang kematiannya. Atau jua harapan kita mungkin ingin melihat perubahan Michael seperti berubahnya Cat Stevan kepada Yusof Islam. Mencanangkan kebenaran yang didokongnya dan menyatakan kebatilan yang di cari sebelum ini. Pasti ianya sangat memberi impak yang mendalam pada peminat fanatiknya sendiri. Namun ianya kehendak Allah s.w.t yang Maha Mengetahui apakah hikmah di sebaliknya. Jika ia sememangnya telah mentransformasi sebagai Mikail luar dan dalam, maka hanya Allah yang mengetahui kedudukannnya di akhirat dan Dialah yang berhak mengadilinya. Tiada siapa yang dapat menyelami akidah penyanyi unik ini melainkan Yang Maha Mengetahuinya.
Kematian Tidak Bertarikh
Kematiannya bukanlah mengingatkan sangat kita kepada stailnya berjalan ke belakang, gaya melekap tangan pada cermin atau tarian zombinya yang pernah menakutkan saya ketika kecil. Namun ternyata sekali lagi kematian Michael mengingatkan kita tentang hakikat kematian yang hadir tiada bertarikh. Kematian yang tidak dipercepatkan dan tidak pula ditangguhkan. Firman Allah Taala :
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ‌ۚ إِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ فَلَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
“Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya.”  Yunus :49
Benar kata Saidina Ali r.a, “Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba barulah dia terjaga dari tidurnya” Ada orang takut mengingati mati, apatah lagi untuk memikirkannya. Lagu Selimut Putih sendiri takut didengari dan baginya mengingati mati tiada motivasi dan melemahkan semangat diri. Kenapa ingin digembar gemburkan perit kematian sedangkan hakikat itu akan datang jua nanti akhirnya?
Memang benar, sangat beballah sekiranya ada yang benar-benar menganggap dirinya kekal dan kematian tidak menjemputnya. Mungkin satu wayarnya sudah tercabut atau tidak berfungsi untuk dia berfikir secara waras. Namun betapa ramai yang hidup seperti berfikiran sebegini tanpa mereka sedari perjanjian itu makin hampir.
Sumber : http://tintataghyir.wordpress.com
penulis,
11.57 pm

Friday, June 26, 2009

Ahlan Wasahlan ya Rajab..

salamun alaik..
Sungguh tidak ku sedari, masa berjalan dengan begitu pantas.. sehingga tidak ketahuan langsung bulan barakah, Bulan Rejab sudah pun menyusul..
almaklum, tika ini aku masih dalam fasa 'relax2' di rumah, menjadi suri rumah sepenuh masa..huhuu, sehinggakan tarikh dan hari yang berlalu pun tidak menjadi keutamaan untuk diketahui.. huhu
Selain mengadap TV, paper, laptop, dan menolong mak mengurus rumah, sesekali diri ini perlu recharge and diupdatekan..insyaAllah
Melayari internet di kala kelapangan ini, menyinggah blog2 teman dan para ilmuwan, semacam memberi diri ini kekuatan dan sumber inspirasi untuk aku terus menulis dengan satu misi mengajak manusia ke arah yang di redhai Allah. moga istiqamah di jalan ini..insyaAllah

Bulan Rejab yang hadir, tidak akan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. seharusnya di isi dengan amal ibadah yang cukup berganda nilainya di sisi Allah.
.....................................................................................................................
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
insyaAllah, moga kita akan dikuatkan untuk terus beramal, bukan sahaja pada bulan2 yang Allah gandakan ganjarannya, malah berterusan..^_^

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. (Sabda Nabi s.a.w.:)

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


sumber: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html

penulis,
12.09 am