Tuesday, April 5, 2011

Menerobos sempadan diri!

Menimba pengalaman sebagai seorang pendidik merupakan suatu pengalaman berharga yang amat aku hargai.. Walaupun tidak semuanya indah, namun itulah yang dikatakan pengalaman..
Guru, suatu tugas yang amat mulia, JIKA rutin yang dilaluinya itu disertai dengan niat dan hati...

Dilalui dengan hati? Mcm mana sebenarnya ya??
Setiap hari, setiap kali aku melangkah dengan derap langkah menuju ke bangunan itu..
Aku cuba, dan cuba dengan sedaya upaya
Agar ikhlas, ikhlas, ikhlas kerana Allah!
Tiada niat lain selainNYA! 
Sedar akan terkadang hati ini seakan digesit oleh kata-kata nista syaitan!
Yang sering saja  membolak-balikkan hati ini.. Ya, aku sedar, sedar dan harus menentang serangan itu!
Berharap dan sentiasa berdoa, agar kedatangan ku ke sini tidak sia-sia!
Bukan sekadar seorang pelatih, yang melatih bakat diri
menonjol di khalayak sebagai pemidato lagaknya
bukan itu saja. Ia lebih dari itu...lebih dari itu..

Ya Rabb, mudahkan perjalanan kami, mudahkan lah ia..mudahkanlah..




“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

**********************************************************************************

Sejak berpraktikal, diri seakan tercabar dengan pelbagai perkara yang terkadang dirasakan tidak mampu. Namun, alhamdullilah, Allah mengetahui apa yang hamba-hambanya mampu lakukan. Apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Allah, sungguh Kau amat mengerti. Betapa engkau terlalu kasih dan sayang pada hamba-hambamu. Cuma, hamba-hambamu sahaja, yang tidak mampu merasakan kasih sayang Mu, mensyukuri setiap nikmat hatta sehela nafas yang Engkau anugerahkan. Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulliah.. Ampunkan kami ya Allah. Ampun kami ya Allah..Andai kami menzalimi diri sendiri, sama ada sedar mahu pun tidak..+_+

Dan..tika ini merasakan perlunya untuk PUSH diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh komitmen. Even, tugasan itu seperti berat dirasakan. (Hakikatnya, ada jalan yang jauh lebih berliku!) Namun, masih merasakan adanya sekelumit kekuatan yang Allah hadirkan untuk terus melangkah..yeah! :D Ayuh kita terobos sempadan diri!! 

My lovely students:)


b) Petua-petua untuk menerobos sempadan diri

1. Patuh perintah Allah swt sepenuhnya.
2. Doa yang berterusan – ‘Doa itu senjata mukmin – hadis’, minimum dalam 45minit sehari. Cakap/sebut perkara positif, jangkaan positif.
3. Gunakan kebolehan/ilmu/bakat yang ada dalam diri kita.
4. Bentuk matlamat yang jelas – tulis atas kertas, ceritakan pada yang tersayang, tampal kat bilik tidur, tempat kerja-membangkitkan semangat, mengingatkan. Termasuk berhenti merokok! (Doktor pakar sahkan ramai perokok muslim susah nak mengucap bila nazak)
5. Gunakan sunnah Nabi sebagai standard /piawai kita.
6. Mengurus diri dan orang lain dengan cara terbaik.
7. Bentuk suasana yang merangsang/memotivasikan kita – rumah, bilik tidur, bilik darjah, tempat kerja.
8. Sentiasa menolong, mendorong, merangsang orang lain – Allah akan membantu kita.
9. Belajar menghormati orang lain di sekeliling kita, agar kita dihormati – dapat belajar sesuatu daripada mereka, Allah akan turunkan rahmatNya.
10. Tingkatkan produktiviti – Allah suka hambaNya yang membuat sesuatu kerja dengan paling baik.
11. Meluaskan jaringan persahabatan – ramai sahabat yang baik-baik.
12. Sentiasa positif dan bersangka baik – tubuh badan akan sihat, otak positif, untuk dapat ilham, hidayah, bantuan Allah dan manusia.
13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi – selalu baca doa Nabi Musa – Surah Thaha ayat 25-27.
14. Buat kerja dengan penuh semangat, ceria,  - badan tidak penat, kerja akan berjalan lancar.
15. Kena berfikir secara kreatif, luar biasa – berdoa agar diberi ilham, hidayah oleh Allah, mula berfikir cara luar biasa, berkawan dengan orang yang hebat-hebat yang suka berfikir, fikir macam kartun/loyar buruk yang positif.
16. Ikut peraturan-peraturan Allah dengan sepenuhnya.
17. Lakukan perubahan langkah demi langkah secara bersepadu – ubah hati, cara berfikir, tindak tanduk, sosial-kawan-kawan yang baik, jaga solat dan perintah Allah, pastikan rezeki berkat, halal, komited terhadap kerja, keluar zakat.
18. Kena mengambil peluang sepenuhnya – segera buat keputusan melalui mesyuarat, istikharah, berbincang dengan yang tersayang.
19. Sentiasa membantu orang lain dengan ikhlas – Pesan Nabi kepada Ali; ‘Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain’
20. Sentiasa ceria, seronok, redha, senyum – awet muda, badan sihat, rezeki murah.
21. Jadi orang yang pemaaf – dendam terhakis, hati bersih, doa makbul. Maafkan semua orang sebelum tidur, sentiasa bermaaf-maafan sebelum berpisah.
22. Muhasabah diri, dan bentuk jurnal kejayaan – setiap malam sebelum tidur, tulis apakah perkara/kejayaan-kejayaan positif yang dicapai.
23. Tidak pernah memecahkan kunci – tidak memaksa orang lain menerima pandangan kita.
24. Bentuk imej diri yang positif – karisma, keyakinan diri, penampilan diri yang positif.
25. Sentiasa yakin dengan ketentuan Allah – sentiasa bertawakal kepada Allah.
Moga bermanfaat.


Petua copied from http://takafulsmartmedic.wordpress.com/2009/08/04/menerobos-sempadan-diri-dato-dr-hj-mohd-fadzilah-kamsah/

Tuesday, March 22, 2011

Dakwah adalah kehidupan!

dakwah oh dakwah.. bukanlah cukup dinamakan berdakwah apabila ia sekadar menjadi suatu yg rutin tanpa hati dan kehidupan..

inilah yg pernah aku lalui,
merasakan dakwah adalah 'bergerak' dan sentiasa 'berputar' hingga terlalu fokus kepada teknikal dan terlupa pada esensi dakwah itu sendiri- iaitu menyampaikan...
walau pengalaman ini tak banyak mana pun, cuma moment2 terkeliru tersebut membuat kurasakan bahawa adik2 perlu utk berhati2 agar tidak melalui kekeliruan yg pernah kulalui..

dakwah bermula dengan jihad dengan lidah, itulah hakikatnya. tiada dakwah jika tiada apa yg disampaikan. apalah erti dakwah tanpa maudhuk untuk diberikan. apabila kita bersyahadah, serentak itu tertaklif suatu tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran... kata sheikhuna, dakwah bukannya baju, yg dipakai ketika bersama mad'u, kendian ditanggalkan apabila tak bersama mereka.. bersama kawan, kita jadi biasa. bersama lecturer, kita sekadar murid. bersama housemate, kita sekadar rakan serumah.

hakikatnya dakwah harus berlaku di mana2 sekalipun.. kitalah suatu sosok yang berdiri tegar, sentiasa menjadi penyampai kebenaran.. kita tak hanya bercakap ttg dakwah ketika di dalam usrah dan daurah semata.. harusnya kita sentiasa berkisar ttg dakwah.. hattakan apabila sesama kita bertanya 'keifa haaluki?', otomatis kita tahu apa ertinya 'haal' yang ditanya...

dakwah memberi kehidupan, maka harusnya kita HIDUP DALAM DAKWAH dan dakwah yang dibawa harus sentiasa HIDUP dalam kita! hidup, dalam ertikata bernyawa, punya obsesi, sentiasa berhimmah, segar bugar dan marak menyala! sheikh muntalaq dalam raqaiq berpesan, kita yang membawa dakwah harus menjadi JIWA yang MENERANGI dan bercita-cita tinggi...

sememangnya itulah dakwah... dakwah bukan bertujuan untuk memberi kita suatu rasa 'termulia berbanding manusia'; kerna apalah mulianya kita bila segala amal yg bukan kerana Allah akhirnya akan menghumban kita ke dalam neraka.. dakwah bukan sekadar menambah inci tudung, menambah panjang baju, atau memutus hubungan dengan pasangan non-halal.. dakwah ialah kehidupan! ia memberi hidup, menghidupkan yang mati agar hidup! hidup! hidup!

bagaimana hidupnya dakwah bila kita mematikannya di pintu tasbih kifarah..
bagaimana hidupnya dakwah bila kita berma'thurat sekadar pada bibir sedang mata tertutup dan hati terlelap..
bagaimana hidupnya dakwah bila kita bersibuk-sibuk hanya pada hal sepinggan nasi kita di dunia..
bagaimana hidupnya dakwah bila perbualan, facebook, blog, sms, telefon kita lebih banyak ttg hal2 lagho dan tak terkait langsung dengan DAKWAH...

oh dakwah
maafkan kami
sebab selalu terlupakan kamu..........

copied from: http://sayangsaufiah.blogspot.com

Friday, March 18, 2011

Monolog seorang hamba

Salam alaik..

Yang sebenarnya, kerja menanda masih belum settle lagi, namun hati ini melonjak-lonjak mahu berkongsi sesuatu dalam blog ini.. Sambil memujuk hati dan perasaan supaya terus gigih menyiapkan kerja yang masih bertimbun serta fikiran yang tidak lepas memikirkan musim persekolahan yang bakal bermula 2 hari lagi..Di tambah dengan debaran untuk di'observe' oleh pensyarah bermula minggu hadapan.. Persiapan perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kekalutan.. Moga Allah permudahkan.. InsyaAllah.. Ameen.
Tertarik dengan artikel ini lalu terus saja mahu dikongsi. Moga mampu meningkat taqwa padaNya. Amin3x

******************************************************************************

Mulianya hidupku bergantung kepada cara aku menjalaninya. Aku memang mahukan kehidupan yang mulia dan dimuliakan. Kemuliaan adalah hasrat setiap insan. Aku percaya tiada siapa pun yang sudi dihina dan dimalukan. Hidup mulia adalah sasaranku dan setiap insan! insyaAllah..

Aku ingin kemuliaan hidup dan mencontohi kemuliaan kehidupan Rasullullah saw. Kemuliaan baginda terletak pada akhlaknya, budi pekerti yang mulia, peribadi agung dan sahsiah terpuji. Aku rasakan inilah yang semakin menghilang daripada kehidupan umat di sekeliling..


Ke mana menghilangnya kemuliaan umat ini? Kenapa umat Islam yang dinobatkan sebagai umat pilihan dan terbaik seperti yang termaktub dalam al Quran ini seolah-olah hilang izzahnya?

" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman..." (ali imran: 110) 

Kehidupan umat ini ku rasakan amat jauh daripada ciri-ciri kemuliaan peribadi agung Rasulullah saw. Kehebatan umat ini yang pernah mentadbir dua pertiga dunia, seolah-olah diinjak-injak oleh musuh yang sarat dengan kebencian terhadap Islam.

Umat Islam pasti mulia, selagi mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mulia. Peristiwa2 yang menjelikkan,memalukan dan menghinakan yang berleluasa kini adalah kesan daripada longgarnya bekalan dan pengangan pada Islam. Remaja kini tiada lagi sifat malu kerana malu seperti sudah terpinggir daripada akhlak dan budi pekerti islamik. 

Ya. Aku mulia kerana ISLAM. Islam mulia bukan kerana kita sebalikkan kita mulia kerana ISLAM. Syukur yang tidak terhingga pada yang ES A kerana menganugerahkan kami nikmat terbesar ini ya ALLAH. Nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulllilah.. Tuhannku..+_+

(di olah dari majalah Solusi isu No. 29, ms 27. Penulis: Ir. Ahmad Jais Alias)



Tuhanku (Waliband)

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….

- sila klik pada pilihan lagu di mix ipod untuk mendengar lagu.. :)

Sunday, March 13, 2011

Manisnya bersusah payah

“ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah” (Al balad, 90: 4)

Syed qutb menterjemah susah payah dari al balad: 4, dengan erti yang lebih mendalam. Dengan huraian yang padat dan terperinci. Sungguh Tafsir Fi Zillal Quran begitu menyentuh jiwa bagi sesiapa yang merasakan perlunya memahami dan menghayati isi kandungan al Quran dengan lebih mendalam. Ya, al Quran ini, kitab ini, buku ini, ibarat HARTA KARUN. Isi nya begitu bernilai. Namun, ungkapan ini hanya dapat dirasakan oleh empunya diri. Bagaimana Allah mencampakkan rasa & kefahaman masing-masing kepada individu tersebut..Rasa bernilainya ‘buku’ ini.

                Syed Qutb bercerita bahawa sesungguhnya kesusahan manusia itu adalah sedari sebelum alam rahim. SubhanaAllah. Tidak terfikir dibenak ini. Sedari bagaimana kesusahan sel sperma dan ovum bercantum untuk menjadi zygote. Seterusnya, bagaimana zygote ini bersusah payah menempel di dinding rahim dengan perlunya kondisi dan persekitaran yang sesuai serta makanan untuk terus hidup menjadi blastula dan seterusnya sel tersebut membahagi dengan izin Allah menjadi embryo. Bahawa tiada yang mudah. Suatu kejadian itu perlu melalui satu proses demi proses dan fasa demi fasa untuk menuju suatu matlamat. Ia bukan sekelip mata! Itulah kesusahan yang cuba di sampaikan Syed Qutb dalam menghuraikan ayat ke 4 dalam surah al balad ini.

                Tidak cukup dgn itu, lahirnya fetus ke dunia. Lahirnya dengan perjuangan mulia seorang ibu mendesak fetus keluar yang almaklum sudah pun bersusah payah sedari 9 bulan sebelumnya.   (Moga Allah merahmatimu ibu..) Kesusahannya tidak terhenti sampai di situ. Kesusahannya dalam meniti usia bayi kepada perlunya kondisi2 yang sesuai pada peringkat usia yang masih kecil dari makan minum, penjagaan dan kasih sayang yang lebih dari ibu dan ayah. SubhanaAllah...Mencapai usia memperoleh sepasang kaki..ku lihat, kanak2 ini begitu gigih dan sabarnya berjalan jatuh dan bangun. Bangun semula. Jatuh lagi. Namun bangun semula. Ah! Itu sudah cukup menampakkan kesusahan si kecil yang amat payah mahu bertatih berjalan, mahu bertebaran di muka bumi Allah ini! Si kecil ini seolah-olah faham bahawa tidak ada yang senang di bumi Allah ini. Tidak ada..  Bak kata orang2 tua, nak makan pun perlunya tangan dan tenaga untuk menyuap ke mulut. SubhanaAllah..:)

                Ya. Suatu refleksi buat diri. Bahawa kepada yang telah memilih jalan ini, maka memang Allah mengatakan ia tidak mudah.

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?” (al-ankabut, 29:2)

Betapa manisnya suatu perjuangan yang penuh liku dan susahnya, namun di akhirnya dikurnia ganjaran besar yang tidak lain dan tidak bukan syurga Allah serta pertemuan denganNYA.  Cuba bayangkan jika suatu matlamat atau perkara yang dihajati dapat diperoleh dengan begitu mudahnya dan lancarnya, tanpa perlu melalui jalan2 yang getir dan pahit? Sememangnya perasaaan mendapatkan apa yang dihajati jauh berbeza dengan mereka yang dengan penuh kecekalan dan tabah melalui lorong2 tajam demi mengharapkan apa yang dihajati. Ah~ betapa manisnya susah payah itu. So sweet..:)

                Syed Qutb benar2 mentelaah dan mentafsir perincian Kalamullah ini dengan hati dan jiwanya. Bukan sekadar mentafsir malah menjiwai bagaimana kata-kata Allah ini berdialog dengan dirinya. Subhanallah. Moga memperoleh manfaat dari entry ini. InsyaAllah. 


P/s: Jika ada fakta yang salah dalam entry ini. Sila perbetulkan ye. Jazakillah:)

Tuesday, February 22, 2011

Jalan Cinta Para Pejuang

di sana, ada cita dan tujuan
yang membuatmu menatap jauh ke depan
di kala malam  begitu pekat
dan mata sebaiknya dipejam saja
cintamu masih lincah melesat
jauh melampaui ruang dan masa
kelananya menjejak mimpi-mimpi

lalu di sepertiga malam terakhir
engkau terjaga, sadar dan memilih menyalakan lampu
melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
dengan cita yang besar, tinggi, dan bening
dengan gairah untuk menterjemah cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru pada iman
walau duri merantaskan kaki,
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah

tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di jalan cinta para pejuang


Salim A. Fillah








Penulis: Mohon doa agar hati-hati kita terus tsabat. di Jalan Cinta Para Pejuang. Amin ya rabb..

Monday, January 17, 2011

Menulislah! Biar sejarah menentukan..

Aku cemburu. Dalam masa yang sama aku kagum.
Bagaimana para duat itu, ikhwah mahupun akhawat itu,
Begitu kental jiwanya,
Begitu mulia hatinya,
Begitu halus nalurinya.
Segala yang dilakukan, adalah demi Agama ini, demi Ummah ini!



Aku cemburu
Kepada mereka yang gigih mengejar syurga di sana
Tanpa mengharapkan sepalit rencah kehidupan dunia
Tanpa mengimpikan sebuah kesenangan di muka bumi
Kerana mereka pasti
Pasti adanya mahligai serba indah yang jauh lebih hebat
Itu janjiNya


Aku seringkali cemburu
Cemburu dan sentiasa cemburu
Bagaimana agaknya minda & akal mereka berlegar?
Adakah seperti As-Syahid Hassan al Banna?
Yang fikirannya tidak lepas-lepas memikirkan ummah ini?
Hingga tidak tidur lena, hatta berjalan, duduk & ke sana ke mari
Dakwah ini sentiasa dimindanya,
Hingga nyawa tergadai, mempertahankan al-Haq
Begitukah?



Atau seperti As-Syahid Syed Qutb?
Yang tidak henti-henti
Jari jemarinya menulis
Walau dinding konkrit & jeriji besi
Menghalang pandangan mata
Namun bukan pada hati & akalnya!
Hingga akhirnya digantung oleh sekutu-sekutunya yang tegar itu
Syahid di jalanNya



"Mengapa apabila dikatakan kpdmu berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat & ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan didunia daripada kehidupan diakhirat? "


(at-taubah, 9:38)



Mood: Muhasabah ~


Wallahu'alam



Penulis

Tuesday, January 11, 2011

Nikmat-nikmat Tuhan

Allah sangat baik. Dia beri aku akal. Dengan akal, aku dapat berfikir.
Allah sangat baik. Dia tak pernah ambil akal aku, apabila aku gunakan akal aku untuk merancang buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mata. Bukan satu, tapi dua. Dengannya, aku melihat.
Allah sangat baik. Walaupun aku banyak buat maksiat dengan mata ini, Dia tak ambil penglihatan aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mulut. Aku boleh bercakap.
Allah sangat baik. Dia tak ambil mulut aku, sedangkan aku selalu bercakap benda-benda yang keji.
Allah baik. Terlalu baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku telinga. Aku mendengar dengannya.
Allah sangat baik. Walaupun aku selalu mendengar benda-benda yang tak berfaedah dan keji, Dia tak ambil telinga aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku hidung. Aku boleh bernafas.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan pernafasan aku walaupun aku banyak buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku jantung yang sentiasa berdegup. Aku boleh hidup.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan degupan jantung aku semasa aku sedang buat maksiat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku tangan. Aku boleh memegang benda.
Allah sangat baik. Dia tak cabut tangan aku apabila aku buat jahat dengan tangan ini.

Allah sangat baik. Dia beri aku kaki. Aku boleh berjalan sebab ada kaki.
Allah sangat baik. Dia tak ambil kaki aku walaupun aku selalu berjalan kearah benda-benda buruk.

Allah sangat baik. Kerana itu, aku mahu memberikan buah tangan sebagai tanda terima kasih.
Tapi, ada orang kata Allah sangat kaya. Dia tak perlu dan tak mahukan hadiah. Aku tak percaya.
Aku mahu juga berikan buah tangan.

Aku kumpul harta banyak-banyak.
Tapi Allah tak perlukan harta.

Aku belajar pandai-pandai.
Tapi Allah tak perlukan ilmu.

Aku berhias cantik-cantik.
Tapi Allah tak perlukan kecantikan.

Aku buntu. Apa Allah mahu?
Ternyata, Allah tak mahu apa pun dari aku. Kerana Allah sangat baik.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.






Lalu, wajarkah aku bermaksiat lagi sedangkan Allah sangat baik kepada aku?

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Sumber: 




Betapa banyak nikmat-nikmat yang dicurahkan sama ada kita sedar @ tidak. Sungguh banyak!! Tidak terhitung rasanya. Di tambah duduk di bumi Malaysia yang amat banyak sumber makanannya, sumber kewangannya, dan keselesaan, kesenangan & kemewahan yang melimpah.




Sesungguhnya, kesenangan itu adalah UJIAN buat hamba-hambanya yang berfikir. 




Waallahu'alam