Wednesday, May 27, 2009

Ampuni daku

Jam menunjukkan 2.10 am.
entah kenapa aku masih segar.  namun sesekali hidung ini,  ku pulas2, ku picit2..
alah pada habuk mungkin.. penangan kopi 'gold roast' yang baru ku hirup jam 11 tadi..mungkin.. hatiku mengiyakan..
baru dua hari aku me'relaks'kan diri di rumah..membantu mana yang patut, yang terdaya ( nmpk sgt buat ala kadar je..huuhu) hish, kau kena ikhlas! mane bleh tolong mak x ikhlas..buat dgn hati yang ikhlas tau! baru dapat ganjaran dari Allah!..^_^ insyaAllah..aku menanam niat!
penat dari kem menembak baru2 ni, semakin hilang.. alhamdullillah. pelbagai ilmu dan pengalaman ku timba, manis pahit perjuangan mencari ilmu (ilmu ketenteraan tuh!), ku titipkan, ku semat elok2..insyaAllah nilai2 murni itu, aku amalkan, aku smpaikan..
Ya Allah, sesungguhnya ku akui iman ini turun dan naik..andai aku terleka, andai aku terlupa, ingatkan aku ya Allah! aku hamba yang lemah.. sering lalai dengan arus duniawi dan keseronokan. sering terjatuh dalam lembah nafsu syaitan. Namun, engkau x pernah lupa melindungi daku, menjaga keselamatan aku, alhamdulliah.. terima kasih ya Allah
Bagaimana bisa aku berterima kasih pada MU!
Bagaimana aku memelihara mu Ya Allah, sebagaimana Kau melindungi kami..
Sejenak, aku terpanggil untuk mengingati kembali Hadith 19 yang disampaikan seorang akhawat baru2 ni..
Sebahagian hadith ini:
"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia akan senantiasa bersamamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah.
Dalam riwayat lain:
"Jagalah Allah nescaya engkau akan mendapatiNya berada di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang, Dia akan mengenalimu di saat kesulitan..
Ketahuilah kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi dugaan, dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan"..
Hadith ini cukup terkesan di hati ini..mungkin terkena batang hidung sendiri. memikirkan terkadang diri ini tidak memelihara Dia sepenuhnya. Astaghfirullah
Sesungguhnya, hidup ini merupakan perjalanan yang cukup panjang. oh Tuhan, bagaimana mungkin aku berterima kasih padaMu!
Andaiku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umur ku
andaiku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa2 ku
aku takut, dosa yang terus membayangiku...
Andaiku tahu
malaikatmu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padamu
aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
ampuni daku dari segala dosa2 ku
ampuni daku
menangisku bertaubat padamu
-Andai Ku Tahu, Ungu-
penulis,

Saturday, May 2, 2009

Penyakit Jiwa

Jiwa ini terkadang memberontak
gejolak remaja mungkin..!?
jiwa ini terkadang terasa begitu kering..
kering dek kurangnya amal dan iman
kiranya dapat dilihat dengan mata kasar..
Jiwa ini kusam warnanya
sekusam hati dan perasaan..
manusia berhibur, bersukaria..
dengan jiwa yang kosong..
apa makna semua ini?!
berhibur dan mencari hiburan..
padahal..,
hakikatnya ..
jiwa memberontak.., kosong..!
HIPOKRIT kau manusia!
di luar kau ketawa!
terkekeh kekeh..
kau termungil..
..namun..?
mengucap dan beristighfarlah..
wahai jiwa..
wahai hati..
Astaghfirullah..
kepada MU aku berserah diri..
penulis,

Tuesday, February 3, 2009

Bila lagi?

Bila lagi namamu akan berada dipuncak...
bila lagi dikau akan dijulang
bila lagi zaman kegemilangan itu akan kembali hidup..
bila?
bila lagi zaman kebangkitan ISLAM itu akan muncul?
bila lagi ISLAM itu akan disegani seluruh pelosok dunia?
Bila??
Tatkala aku menjengah sejarah Islam gemilang itu..
mindaku berputar,
tika itu..,
ilmu berkembang dengan mekarnya..
sahsiah menjana diri..
ketokohan menyuluh kemajuan..
agama teguh sebagai pegangan..
namun.. itu tinggal sejarah..!
Adakah salah kita??
Salah kita yang semakin alpa pada sejarah?
adakah salah kita yang tidak pernah belajar sejarah dengan hati?
adakah salah kita?
Sejarahlah yang mengajar kita erti jatuh dan bangun..
Sejarah juga buat kita sentiasa berfikir
bagaimana bisa ummah kini membangun..
Ku soroti kembali tinta sejarah itu,
di mana dia pejuang-pejuang itu?
di mana dia pejuang-pejuang yang tidak pernah gentar dengan musyrik kafir itu?
Salahuddin tidak pernah meninggalkan tahajudnya di tengah malam..
Muhammad al Fateh manusia yang tidak pernah tidur..,
tatkala memikirkan bagaimana menawan Constantinople..
Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman, Saad Abu Waqqas,..
hari-hari mereka tidak pernah kering dengan al Quran ..
ditambah dengan ilmu telaah Rasullulah..
Nah! hasilnya,, mereka menjadi manusia perkasa!
SubhanaAllah
Kini..
musyrik durjana itu
telah membuat kita lemah..
merasuk dengan idea sekularisme
kita jadi lemah..
lemah iman
lemah pemikiran
mengelabui mata..
kebaratan menjengah ke dasar hati..
setiap anak bangsa..
ayuh! fikirkan!..
nukilan,
penulis

Tuesday, January 13, 2009

Aku cemburu pada mujahidin Palestin...

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu
Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot
Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu
Nukilan : Rozmal Malakan
Sumber : HarakahDaily.net (http://firdausrahim.blogspot.com/)

Monday, January 12, 2009

PALESTIN..bagai telur dihujung tanduk..(T_T)

Assalamualaikum..
Hari ini sudah masuk minggu ketiga keganasan di Palestin...sudah beribu-ribu penduduk yg menderita..kehilangan org tersayang, menderita jiwa & raga..keadaan mereka di sana sememangnya bagaikan telur dihujung tanduk.. kian meruncing dari hari ke hari..(T_T)..Laillahaillallah..astaghfirullah
Ya Allah..jgn biarkan kami berhenti mengharap..ayuh temanku.. gandakan usaha..jgn dirasakan usaha kita ini terlalu kerdil sehingga tidak memberi apa-apa kesan..TIDAK!.. percaya dan yakinilah bantuan dr Allah..terus bersangka baik pd Allah..InsyaAllah!
Allah menyebut:"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu " (Riwayat Muslim)


Di sini ana ingin berkongsi bersama sahabat2 usaha-usaha yg boleh kita lakukan utk terus membantu dan menyokong saudara semuslim kita..insyaAllah!
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :
A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
~Artikel ini ana dapat dr laman web: www.iluvislam.com~
Sama-sama kita amalkan bacaan Qunut Nazilah ini sebagai salah satu usaha kita memohon perlindungan dr Allah utk mereka di Palestin..!
"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
.Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,
Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
~ artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. www.iluvislam.com ~
...mahu saja ana hentikan seketika dr menatap dada2 akhbar utk seketika ini.. mahu saja ana berhenti dr mendengar perihal kekejaman rejim zionis terhadap penduduk palestin..sudah cukup rasanya foto2 dan berita2 mengenai penderitaan mereka di palestin sana..Apa tidaknya, kanak-kanak yg masih comel dan tidak mengerti apa2 itu turut menjadi mangsa.. trmasuk wanita dan org2 tua..masyaAllah
Renungkan apa yg disampaikan pemimpin Hamas, Khaled Meeshal kepada pemimpin Israel..   salam perjuangan..
Khaled dalam ucapannya yang disiarkan secara meluas oleh media Arab berkata, sokongan rakyat Israel terhadap keganasan yang sudah memasuki hari ke-16 itu telah menjejaskan moral negara Yahudi itu.
"Saya ingin bertanya kepada rakyat Israel, apakah yang sudah kamu capai daripada perang yang kamu sokong ini?
"Apakah yang sudah kamu capai, selain membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa dan menyebabkan tengkorak penduduk Palestin berkecai dan memandikan Genting Gaza dengan lautan darah?" kata Khaled yang hidup dalam buangan di Syria.
Khaled berkata, Israel sengaja menjadikan penduduk awam sebagai sasaran untuk menghancurkan semangat seluruh penduduk Palestin di Gaza.
Katanya, serangan dahsyat Israel itu telah meleburkan sebarang peluang untuk mewujudkan perdamaian berkekalan antara negara Yahudi itu dengan dunia Arab di sekelilingnya.
"Kamu telah menghancurkan peluang terakhir untuk berunding kerana tiada siapa yang akan mempercayai kamu lagi.
"Kamu perlu mengetahui hukum Tuhan bahawa tidak ada masa depan untuk entiti dan negara yang didirikan atas dasar penindasan dan keganasan. Sama ada Islam, Yahudi atau Kristian, semuanya tertakluk kepada hukum ini," ujar Khaled yang merujuk kata-katanya kepada rakyat Israel.
Sumber: Utusan Malaysia

Friday, January 9, 2009

Apa harus dilakukan..?

salamunalaik..
setelah berehat agak lama, aku kini kembali ke bumi upsi..alhamdullilah..setelah berjaya menempuh latihan ketenteraan yg sememangnya menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal diri ini.. alhamdullilah.. (^_^)
dan kini, apa yg pasti aku masih tertanya-tanya..
selain doa dan pengharapan kepada Allah..apa yg harus dilakukan utk membantu saudara2 semuslim kita di palestin sana..?
cukupkah sekadar berdoa..menadah tgn pada yg Esa..memohon agar diselamatkan mereka dr ancaman bahaya...?
Baru td aku ke kelas pedagogi, Dr Kadir berkongsi apa yg beliau rasa.."sememangnya doa org2 Islam sudah tidak dapat dimakbulkan"..tersentap juga apa yg aku dgr dr mulut beliau... apa yg pasti sume qada' dan qadar hanya Allah yg menentukan..mgkn Dr agak kesal dgn sebahagian org Islam yg hanya bernamakan Islam namun tidak pada niat, amalan mahupun perbuatan.. Dr sendiri mengakui ramai di antara kita yang hanya tahu dia beragama Islam, tp langsung tidak mengerti apa itu Islam...
Apa yg Dr cakap tu, mmg betul.. termasuk mengingatkan diri aku sendiri..sejauh mana diri ini memahami apa itu Islam sebenarnya..subhanaAllah..mgkn ia satu peringatan.. buat aku dan teman2..
Dr juga menambah, keadaan di palestin mmg sudah kritkal.. org Islam sendiri x dapat nak membantu..namun, jgn sekali-kali kita berputus harap pada Allah..Sememangnya apa yg terjadi dibumi palestin sudah tertulis di dalam al Quran..
"dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu, " Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar"
( al-Isra' : 4 )
insyaAllah.. teruslah memainkan peranan kita..
Semoga perjalanan ini dipermudah..amin (^_^)

Wednesday, November 19, 2008

IMAn oh ImaN..?

Salamun'alaik...
salam pertemuan setelah berehat agak lama...alhamdullilah..selesai sudah imtihan.. smoga segala usaha dan tawakal kita pada yang Esa mendapat ganjaran olehNYA.. InsyaAllah.. sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..^_^
selesai imtihan (exam), ana rasa gembira..(yeke??).. gembira kerana berjaya mengharungi tempoh yang agak sulit..( debar jugak.. menanti result.. ^_+..huhu).. apa pun buat peringatan teman2 dan diri ana sendiri,,pabila kita dah buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik, serta telah bertawakal padanya.. serahkan ia pada yang Esa untuk menguruskannya.. sesungguhnya segala-galanya milik Allah..=)
" Allah mengetahui apa di hadapan mereka dan apa di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan"
( Al-Hajj: 22: 76)

Namun, pada masa yang sama ana seringkali terfikir dan merasa iman ini sedang turun dan naik..??
Tatkala  peperiksaan sedang rancak berjalan.. ketika itu pengharapan pada yang maha esa cukup tinggi.. ditambah dengan usaha yang berterusan...ketika itu kita cukup rajin berdoa siang dan malam... memohon pada yang maha esa agar dikurniakan kekuatan, ketenangan dan kejayaan untk peperiksaan yang bakal dihadapi nanti..
Iman oh iman... tatkala imtihan ini selesai melabuhkan tirai.. ana merasakan suatu penurunan iman..?? apa yg dapat ana katakan,, ana rasa ingin berseronok,, bersuka ria..tanpa sedar bahawa doa dan pengharapan pada yang Maha Esa perlu diteruskan..dan terlupa untuk seketika bahawa kita punya tanggungjawab dan tugasan yang perlu diteruskan..(~_~)astaghfirullah..

betullah ..kita ni manusia.. x lari dari melakukan kesilapan.. iman juga pastinya berlaku turun dan naik...namun, buat peringatan teman-teman dan diri ana sendiri.. sentiasalah recharge iman ini ye... kerana  dengan iman ini dapat melindungi kita dari pelbagai godaan dan hasutan yang hanya akan menambah titik hitam di hati ini..
insyaAllah..